Monday, October 31, 2011

UJIAN KECERGASAN ATLET GIMRAMA SEMPENA PERLIS LITTLE CHAMP 2011










Tarikh : 29 Oktober 2011
Masa : 8.00 pg - 1.00 petang
Tempat : Arena Futsal, Kompleks Sukan Negeri Perlis
Kehadiran : 8 orang atlet dan 1 orang jurulatih

Atlet-atlet gimrama telah menghadirkan diri ke Program Perlis Little Champs 2011 anjuran MSN Perlis dengan kerjasama USPTN Perlis dan juga Unit Sukan UiTM Perlis. Program ini selain bertujuan mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan, beberapa aktiviti lain juga turut diadakan iaitu senamrobik, ujian kecergasan dan juga latihan dalam kumpulan mengikut sukan.

Sukan-sukan yang terlibat dalam program ini ialah Gimrama, Badminton, Memanah, Olahraga, Tinju dan Boling Padang. Antara ujian kecergasan yang dilakukan ialah Bleep Test, Flexibility Test (Sit & Reach) , Static Balance (1 Leg Stand), Vertical Jump, Push-Up Test, Hand Grip Test dan Agility Test (4 corner Shuttle Run Test). Atlet-atlet gimrama yang hadir telah menjalani ujian kecergasan yang diadakan. Selain itu talent scouting juga telah diadakan oleh jurulatih.

Sekian, terima kasih.
Aniza bt Roslan
PPN Gimrama

No comments:

Post a Comment