Tarikh : 13.10.2011
Masa. : 5.00ptg
Tempat : SK KUALA PERLIS
Kehadiran : 11 orang atlet 2 jurulatih
Mod latihan : Teori ikatan pelayaran dan undang-undang pelayaran.
1. Latihan dijalankan di Sk Kuala Perlis dengan kehadiran seramai 11 orang atlet dan 2 orang jurulatih. Latihan ini dijalankan untuk atlet yang masih baru untuk sukan pelayaran ini. Latihan bagi atlet-atlet senior diadakan pada hari minggu sabtu dan ahad bertempat di Tasik Timah Tasoh.
2. Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan atlet betul-betul mahir dalam teknik ikatan layar dan undang-undang pelayaran supaya mereka tidak melakukan kesalahan pada kejohanan kelak.
3. Untuk makluman latihan tidak dapat dijalankan pada hujung minggu ini kerana jurulatih terlibat dengan kursus bot yang diadakan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi.
Sekian terima kasih.
MIOR ZUHRY AZIM B MIOR ADNAN
PBS PELAYARAN USPTN
PERLIS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment