Friday, July 30, 2010

Fatin Sandaran Angkat Berat Olimpik Remaja Negara


Fatin sandaran angkat berat Olimpik Remaja negara

11/06/2010 2:45pm

KUALA LUMPUR 11 Jun — Atlet angkat berat negara Fatin Atikah Osman menjadi satu-satunya sandaran Malaysia untuk memburu pingat pada Temasya Olimpik Remaja 2010 di Singapura pada Ogos depan.

Jurulatihnya, Mohd Faiz Musa berkata Fatin Atikah, 17, dipilih setelah berjaya melepasi Kejohanan Ujian Kelayakan Olimpik Remaja di Tashkent, Uzbekistan pada April yang lepas.

"Ketika beraksi di Uzbekistan, Fatin Atikah memperoleh pingat gangsa dalam acara 58kg dan saya percaya beliau mampu membuat angkatan terbaik di Singapura nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Faiz berkata, penglibatan Fatin Atikah ke Temasya Olimpik Remaja adalah penyertaan pertama beliau ke peringkat tinggi dan ini merupakan pendedahan yang amat berguna kepadanya.

Beliau berkata, anak didiknya sebelum ini hanya terlibat dengan kejohanan tempatan sahaja.

"Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran kepada Fatin, saya tetap menaruh harapan beliau mampu pamer aksi cemerlang di Singapura nanti,” katanya. - Bernama


Monday, July 26, 2010

TID BOLING PADANG










TID BOLING PADANG TELAH DI ADAKAN PADA TARIKH 25 JULAI 2010 BERTEMPAT DI KOMP;EKS BOLING PADANG PERLIS.SEKOLAH YANG MENYERTAI ADALAH SMK DERMA DAN SMK PUTRA.SERAMIA 25 ORANG TELAH MENDAFTARKAN DIRI DALAM PROGRAM INI.

DALAM PROGRAM INI PIHAK USPTNPs TELAH MENDAPAT KERJASAMA DARI GURU-GURU DARI SEKOLAH BERKENAAN

Thursday, July 22, 2010

TID SUKAN AKUATIK (RENANG DAN TERJUN) SIRI 1 /2010
















TID AKUATIK (RENANG DAN TERJUN)
TARIKH: 21 JULAI 2010
TEMPAT : KOMPLEKS RENANG JABATAN BELIA DAN SUKAN
MASA: 5.30 PETANG - 6.45 PETANG
PESERTA: USPTN PERLIS, 25 PELAJAR PROGRAM RENANG CHINKO TRADING, SK SERI INDRA DAN IPGM, IBU BAPA.
SDO: ISWADI BIN RAMLI

Tid Sukan Terjun dan Renang ini diadakan bagi mencari bakat baru dalam sukan tersebut. Pelajar yang terlibat telahpun mempunyai asas renang melalui kelas-kelas renang yang dihadiri dan ini lebih memudahkan pemilihan dan latihan diadakan kemudian.

Seramai 2 orang pelajar telah dipilih untuk latihan pemilihan akhir bagi sukan terjun dan 6 pelajar untuk Pusat Latihan Renang. Antara yang terlibat ialah Jabatan Pelajaran Perlis, Sekolah Kebangsaan Seri Indra , pelajar Sekolah Rendah Institut Perguruan Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Syarikat Chinko Trading dan ibu bapa. TID ini yang pertama untuk tahun ini dan TID seterusnya dijangka diadakan di sekolah-sekolah sekitar Kangar pada hujung tahun ini.

Tuesday, July 6, 2010

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN BADMINTON














PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON

TEMPAT: Dewan Badminton Kangar
JSM: A'amar bin Hashim, Zulkefle bin Mohd Nor
Atlet: 10 orang
Tarikh: 6 Julai 2010
SDO: ISWADI BIN RAMLI

Laporan:
1) JSM maklumkan Perlis menarik diri daripada Kejohanan Berpasukan Kebangsaan pada Ogos disebabkan atlet wanita terlibat dalam peperiksaan. Persatuan akan memaklumkan kepada pihak BAM akan perkara ini.
2) Shuttle yang ada telah berkurangan dan JSM memohon shuttle baru dibekalkan untuk latihan
3) Merancang menganjurkan mini kejohanan badminton bawah 12 tahun dan program attachment atlet badminton Perlis ke pusat latihan di luar Perlis
4) Kehadiran atlet ke pusat latihan menurun.