Friday, January 7, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat Tahun Baru di ucapkan pada semua pengunjung laman sesawang ini....

Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya dengan kejayaan atlet-atlet negeri Perlis di dalam kejohanan dan pertandingan .Dengan rekod baru kutipan pingat di SUKMA Melaka kini Tanggung jawab kepada Pegawai-pegawai sukan terutamanya Pegawai Pembangunan Sukan di Cawangan Pelapis Negeri Perlis menjadi semakin berat.ini kerana setiap pegawai perlu mempunyai perancangan yang terperinci dan bersistematik bagi meningkatkan prestasi atlet dan kualiti pentadbiran sukan supaya membawa kejayaan kepada Negeri Perlis...

Beberapa perancangan telah diatur oleh pihak USPTNPs dan MSN Perlis bagi tahun 2011.Pelbagai program pembangunan atlet dan sukan telah dirancang .

Bagi Warga USPTNPs selamat maju jaya jadikan tahun 2011 menjadi tahun kejayaan kepada sukan Negeri Perlis bagi memartabatkan mutu sukan Negara di persada antarabangsa.

Bagi semua Atlet Negeri Perlis selamat maju jaya dan capaikan matlamat anda pada tahun baru ini..moga kejayaan milik kita, kami sentiasa berada disamping anda bagi merealisasikan impian agar terlaksana.

PERLIS BOLEH! PERLIS BOLEH !!!!!!!!!!!!!!!!