Thursday, November 17, 2011

T.I.D BASIKAL






Tarikh : 17 November 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan Gymnasium, Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis

Penglibatan Pegawai dari ISN :
1. En. Syafiq Miswan
2. En. Ahmad Afandi Said
3. En. Abdul Hadi Hussain
4. En. Ruzaimi Zainal
5. En. Mohamad

Program ini adalah kesinambungan daripada program yang diadakan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada 15-18 Julai 2011 yang lalu di mana seramai 34 orang pelajar daripada 8 buah sekolah peringkat negeri Perlis telah disenarai pendek duntuk menjalani ujian kecergasan dan pemilihan program Cari Juara Berbasikal peringkat negeri Perlis 2011. Kriteria pemilihan atlet-atlet berkenaan adalah berdasarkan keputusan ujian kecergasan program Tunas Gemilang yang telah diadakan oleh pihak ISN sendiri.

Melalui perbincangan dengan pihak ISN Bukit Jalil, pihak USPTN Perlis telah menjemput kesemua atlet berkenaan untuk hadir dan menjalani 1 sesi ujian kecergasan dan TID sukan berbasikal. Seramai 14 orang atlet telah hadir dan dan antara ujian-ujian kecergasan yang dilakukan adalah seperti berikut:

1. Anthropometrik Test
2. Strength & Power Test
3. Speed Test
4. Flexibility Test
5. Muscular Endurance Test
6. Cardiovaskular Endurance Test

Program turut disertai oleh JSM Berbasikal, En. Rosmaini dan kesemua pelajar yang hadir diminta untuk hadir ke PLN Berbasikal pada minggu berikutnya untuk taklimat seterusnya dan ujian spesifik berbasikal. JPM Berbasikal, En. Afandi tidak dapat menyertai program ini kerana beliau berada di Palembang, Indonesia atas urusan SUKAN SEA ke-26.

Pihak USPTN Perlis mengucapkan terima kasih kepada pihak ISN Bukit Jalil di atas kesudian menghadirkan diri dan menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh,
Aniza bt Roslan
PPN Berbasikal

Monday, November 14, 2011

SIRKIT BERBASIKAL BULANAN TREK PELAPIS 2011












Tarikh : 12 November 2011
Tempat : Veledrome Rakyat, Ipoh, Perak
Penyertaan : 11 orang atlet , 2 orang jurulatih & 1 orang PPN

Pasukan Pelapis Perlis telah menyertai sirkit ini dengan 11 orang atlet lelaki kategori bawah 16 tahun dan kategori 17 tahun ke atas. Hujan turun dengan lebatnya di Ipoh dari awal pagi sehingga kira-kira jam 11.00 pagi. Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada awal pagi ini dan perbincangan mengenai beberapa perkara termasuklah penganjuran sirkit akan datang dan alternatif program sekiranya keadaan cuaca hujan sebegini. Sirkit pada kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kebanyakkan PLN Negeri.

Setelah hujan berhenti pada jam 11.00 pagi, dan melihat kepada keadaan trek yang semakin kering, melalui perbincangan pihak penganjur dengan kesemua jurulatih perlumbaan diputuskan akan diadakan mulai jam 2.00 petang. Hanya 1 acara yang akan diadakan iaitu scratch race. Semasa perlumbaan berlangsung, 2 orang atlet Perlis tidak dapat menghabiskan perlumbaan kerana terjatuh dan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan susulan.

Walaupun pasukan Pelapis Perlis tidak memenangi dalam acara tersebut tetapi kesemua atlet yang mengambil bahagian telah menunjukkan peningkatan prestasi. Jurulatih berharap para atlet akan dapat meningkatkan lagi prestasi masing-masing pada Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis Sirkit 02/2011 yang dijadualkan berlangsung lebih kurang dalam tempoh seminggu lagi dari sekarang iaitu pada 21-25 November 2011 nanti.

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh,
Aniza bt Roslan
PPN Berbasikal