Monday, November 14, 2011

SIRKIT BERBASIKAL BULANAN TREK PELAPIS 2011












Tarikh : 12 November 2011
Tempat : Veledrome Rakyat, Ipoh, Perak
Penyertaan : 11 orang atlet , 2 orang jurulatih & 1 orang PPN

Pasukan Pelapis Perlis telah menyertai sirkit ini dengan 11 orang atlet lelaki kategori bawah 16 tahun dan kategori 17 tahun ke atas. Hujan turun dengan lebatnya di Ipoh dari awal pagi sehingga kira-kira jam 11.00 pagi. Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada awal pagi ini dan perbincangan mengenai beberapa perkara termasuklah penganjuran sirkit akan datang dan alternatif program sekiranya keadaan cuaca hujan sebegini. Sirkit pada kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kebanyakkan PLN Negeri.

Setelah hujan berhenti pada jam 11.00 pagi, dan melihat kepada keadaan trek yang semakin kering, melalui perbincangan pihak penganjur dengan kesemua jurulatih perlumbaan diputuskan akan diadakan mulai jam 2.00 petang. Hanya 1 acara yang akan diadakan iaitu scratch race. Semasa perlumbaan berlangsung, 2 orang atlet Perlis tidak dapat menghabiskan perlumbaan kerana terjatuh dan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan susulan.

Walaupun pasukan Pelapis Perlis tidak memenangi dalam acara tersebut tetapi kesemua atlet yang mengambil bahagian telah menunjukkan peningkatan prestasi. Jurulatih berharap para atlet akan dapat meningkatkan lagi prestasi masing-masing pada Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis Sirkit 02/2011 yang dijadualkan berlangsung lebih kurang dalam tempoh seminggu lagi dari sekarang iaitu pada 21-25 November 2011 nanti.

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh,
Aniza bt Roslan
PPN Berbasikal

No comments:

Post a Comment