Wednesday, October 24, 2012

KEJOHANAN MEMANAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PERLIS


Tarikh Kejohanan: 22 Hingga 24 Oktober 2012

Tempat Kejohanan: Sekolah Kebangsaan Behor Mali

Penyertaan:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Sheikh Ahmad
3. Sekolah Menengah Teknik Kangar
4. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
5. Maktab Rendah Sains Mara Beseri
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulaiman
7. Sekolah Kebangsaan Behor Mali

Pada kejohanan ini semua atlet PLN Perlis dan atlet dari ' After School Program'  menyertai kejohanan yangt dianjurkan ini dan beberapa atlet yang tidak berada didalam pusat mendapat perhatian dari JSM untuk diserapkan ke dalam Pusat Latihan kerana menunjukkan prestasi yang agak baik.

Pada kejohanan ini hanya dua jarak dipertandingkan iaitu pada jaraj 30 meter dan 50 meter dan pada hari terakhir " Olympic Round" dipertandingkan..

Terima Kasih..

Cdie_usptnPs

Monday, October 22, 2012

LAPORAN PENGANJURAN KLINIK BERBASIKAL USPTN PERLIS



Program :Klinik Berbasikal USPTN Perlis
Tarikh : 20.10.2012 - 21.10.2012
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Perlis


PENYERTAAN
Atlet : 28 orang
Jurulatih : 2 orang ( En. Afandi-JPM & En. Rahizal-JSM)
Urusetia : 2 orang
SDO : 1 orang
Penceramah Jemputan : En. Suod bin Hussain @ Cikgu Suod (Jurulatih Pelapis Kebangsaan, MSNM)

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
20.10.2012 (SABTU)

1. Introduction of Cycling & Cycling Events
2. Bike Fit-Biomechanic
3. Sport Nutrition
4. Cycling Skills / Technique & Game

21.10.2012 (AHAD)
1. Test For Talent (Ujian Bakat)
2. Video Session
3. Cycling Skills / Technique & Game
4. Majlis Penutup

Program selama 2 hari ini telah diisi dengan pelbagai ilmu, teknik & kemahiran mengenai sukan Berbasikal kepada semua peserta yang hadir. Selain itu, satu sesi ujian bakat juga telah diadakan pada hari kedua untuk mengenalpasti atlet yang berpotensi sebagai pelumba sprinter atau pelumba endurance. Antara ujian yang diadakan ialah Vertical Jump, Lompat Jauh dan Shuttle Run. Untuk slot teknik dan kemahiran kayuhan pada hari kedua terpaksa dilakukan di dalam Dewan Rakan Sukan, MSNPs kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Selain itu, para peserta juga ditunjukkan beberapa siri tayangan video bagi acara trek. Kesemua peserta memberikan maklum balas yang positif serta menunjukkan semangat dan minat yang tinggi semasa setiap sesi terutama semasa slot Bike Fit-Biomechanic & Sport Nutrition.

Program ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Persatuan mahupun MSN Perlis. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah MSN Perlis, En. Muhd Azahari bin Ramli kerana sudi menghadirkan diri untuk majlis penutup. Pihak USPTN Perlis / MSN Perlis juga amat berbesar hati dan berterima kasih di atas kesudian Cikgu Suod menghadirkan diri ke program ini dan berharap kerjasama yang baik ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

--
Aniza Bt Roslan
Peg Pembangunan Negeri
USPTN Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

KLINIK DAN MINI KEJOHANAN TENPIN BOLING PERLIS 2012


TARIKH : 20.10.2012
MASA : 9.30 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PERLIS BOWLS

KEHADIRAN :
1.EN.AZME B MD NOOR - PENCERAMAH
2.EN.NOR AZLAN - S/U PERSATUAN BOLING PERLIS
3.EN. HAIRUL ANUAR B ABU BAKAR - KU
4.SAUFIK REDZUAN B SUBRI - PPN
5.SHAHIDI B OTHMAN -JSM
6.ZUNIKA BT ZAINAL -JSM
7.NUR HANANI BT KAMARUDIN - URUSETIA
8.NUR AMALINA BT ADZNAN-URUSETIA

ATLET :
PROGRAM PELAPIS : 16 ORANG
LUAR PROGRAM : 20 ORANG

PROGRAM:
9.30 am - Pendaftaran
10.00 am -Taklimat program oleh PPN dan Jurulatih
10.30 am - Sesi bersama Penceramah .(Classroom)
11.30 - 1.00 pm - Practical on lane
1.00 - 2.00 pm  - Rehat dan makan tengah hari
2.30 - 4.00 pm - Mini pertandingan
4.30 - 5.30 pm - Penyampaian hadiah dan jamuan petang

ULASAN:
Program ini telah dijalankan selama 1 hari bermula jam 9.30 pagi .Pada mulanya pihak USPTNPs telah menjemput En Ambia Jurulatih Sukma Kedah menjadi penceramah jemputan namun di saat akhir beliau terpaksa menolak kerana mempunyai urusan peribadi.Oleh yang demikian Pihak USPTNPs telah menjemput En Azmi b Mad Noor bekas jurulatih SUKMA Kedah yang juga Pengurus Pusat Boling Ampang Super Bowls Langkawi untuk menggantikan En Ambia.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari peserta luar dari Program Pelapis.Kehadiran bagi program ini adalah seramai 36 orang atlet termasuk atlet sedia ada seramai 16 orang.

En Azmi  mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang begitu luas didalam sukan Tenpin Boling dan telah banyak memberi input yang baru kepada peserta.Beliau telah banyak membantu dari aspek teknik semasa latihan.Program ini sangat berkesan dan memberi impak positif kepada atlet.Respon dari peserta sangat memberangsangkan dan masing-masing teruja dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi.Di kesempatan ini juga pihak USPTNPs telah berbincang bersama En Azmi sekiranya beliau dapat membantu dalam sesi latihan dan beliau telah bersetuju untuk memberikan khidmat bantuan pada setiap hari Jumaat sesi latihan (2 Minggu Sekali ) tanpa mengenakan apa - apa bayaran. Persetujuan ini merupakan satu peluang yang amat berharga kepada PLN Perlis.

Selain itu Mini Pertandingan yang telah diadakan bagi mengcungkil bakat baru di kalangan peserta luar program.Setelah penilaian dilakukan oleh JSM dan En Azmi seramai 5 orang dilihat berpotensi untuk diserapkan kedalam program Latihan Pelapis.
Terima kasih kepada En Azmi kerana telah sudi hadir bagi menjayakan program ini dan juga jutaan terimaksih kepada semua yang terlibat dalam membantu menlancarkan perjalanan program ini. Bagi pemenang diucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam sukan Tenpin Boling bagi memartabatkan sukan Tenpin Boling Negeri Perlis.

Sekian Terima Kasih

Laporan oleh : Saufik Redzuan b Subri
-
ساءوفيك رضوان ب سوبري
http://usptnps.blogspot.com
PPN Badminton, Tenpin Boling dan Akuatik Renang
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

KLINIK DAN MINI KEJOHANAN TENPIN BOLING PERLIS 2012


TARIKH : 20.10.2012
MASA : 9.30 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PERLIS BOWLS

KEHADIRAN :
1.EN.AZME B MD NOOR - PENCERAMAH
2.EN.NOR AZLAN - S/U PERSATUAN BOLING PERLIS
3.EN. HAIRUL ANUAR B ABU BAKAR - KU
4.SAUFIK REDZUAN B SUBRI - PPN
5.SHAHIDI B OTHMAN -JSM
6.ZUNIKA BT ZAINAL -JSM
7.NUR HANANI BT KAMARUDIN - URUSETIA
8.NUR AMALINA BT ADZNAN-URUSETIA

ATLET :
PROGRAM PELAPIS : 16 ORANG
LUAR PROGRAM : 20 ORANG

PROGRAM:
9.30 am - Pendaftaran
10.00 am -Taklimat program oleh PPN dan Jurulatih
10.30 am - Sesi bersama Penceramah .(Classroom)
11.30 - 1.00 pm - Practical on lane
1.00 - 2.00 pm  - Rehat dan makan tengah hari
2.30 - 4.00 pm - Mini pertandingan
4.30 - 5.30 pm - Penyampaian hadiah dan jamuan petang

ULASAN:
Program ini telah dijalankan selama 1 hari bermula jam 9.30 pagi .Pada mulanya pihak USPTNPs telah menjemput En Ambia Jurulatih Sukma Kedah menjadi penceramah jemputan namun di saat akhir beliau terpaksa menolak kerana mempunyai urusan peribadi.Oleh yang demikian Pihak USPTNPs telah menjemput En Azmi b Mad Noor bekas jurulatih SUKMA Kedah yang juga Pengurus Pusat Boling Ampang Super Bowls Langkawi untuk menggantikan En Ambia.


Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari peserta luar dari Program Pelapis.Kehadiran bagi program ini adalah seramai 36 orang atlet termasuk atlet sedia ada seramai 16 orang.

En Azmi  mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang begitu luas didalam sukan Tenpin Boling dan telah banyak memberi input yang baru kepada peserta.Beliau telah banyak membantu dari aspek teknik semasa latihan.Program ini sangat berkesan dan memberi impak positif kepada atlet.Respon dari peserta sangat memberangsangkan dan masing-masing teruja dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi.Di kesempatan ini juga pihak USPTNPs telah berbincang bersama En Azmi sekiranya beliau dapat membantu dalam sesi latihan dan beliau telah bersetuju untuk memberikan khidmat bantuan pada setiap hari Jumaat sesi latihan (2 Minggu Sekali ) tanpa mengenakan apa - apa bayaran. Persetujuan ini merupakan satu peluang yang amat berharga kepada PLN Perlis.


Selain itu Mini Pertandingan yang telah diadakan bagi mengcungkil bakat baru di kalangan peserta luar program.Setelah penilaian dilakukan oleh JSM dan En Azmi seramai 5 orang dilihat berpotensi untuk diserapkan kedalam program Latihan Pelapis.


Terima kasih kepada En Azmi kerana telah sudi hadir bagi menjayakan program ini dan juga jutaan terimaksih kepada semua yang terlibat dalam membantu menlancarkan perjalanan program ini. Bagi pemenang diucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam sukan Tenpin Boling  bagi memartabatkan sukan Tenpin Boling Negeri Perlis .


Sekian Terima Kasih

Laporan oleh : Saufik Redzuan b Subri

--
ساءوفيك رضوان ب سوبري
http://usptnps.blogspot.com
PPN Badminton dan Akuatik Renang
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN


LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN  

SUKAN: ANGKAT BERAT

Tarikh: 18 - 21 Oktober 2012
Masa: 8.30 PG - 5.00 PTG
Tempat: Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Sembilan

Kehadiran

1. Rusli b. Othman - JSM
2. Atlet - 2 lelaki, 2 wanita
ULASAN

Kejohanan pada kali ini disertai 15 negeri dan seramai 75 orang atlet dari seluruh Malaysia bersama-sama berentap bagi mendapat pingat yang di pertaruhkan pada kejohanan kali ini.Pasukan Angkat Berat Perlis telah menghantar 4 orang atlet untuk menyertai kejohanan pada kali ini iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang wanita. JSM En Rusli B. Othman turut serta bagi mengiringi atlet dalam kejohanan ini. 

Untuk kejohanan pada kali ini  pasukan angkat berat Perlis telah menyumbangkan pingat melalui kategori 58kg wanita pingat (gangsa)  acara snatch, dan kategori 94kg lelaki perak acara snatch dan clean & jerk. 
Berikut adalah keputusan pertandingan bagi atlet perlis.

SHAHWAL ZAWAWI B. ABDULLAH (94kg)                 -  Snatch 76kg Clean & Jerk 101kg Rank 2 (Perak)
ADIRA NADIA BT KHARUN AZMAN (58KG)                 - Snatch 35kg Clean & Jerk 40kg   Rank 4  (Gangsa)
NUR NABILA BT MAZLAN (48KG)                                - Snatch 28kg Clean & Jerk 40kg   Rank 4
MOHD HARIS HASSAN (85KG)                                   - Snatch 0 kg Clean & Jerk  0kg   Rank 10

Tahniah kepada semua pemenang pingat pada kejohanan kali ini.

Sekian terima kasih.

MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS
ANGKAT BERAT & PELAYARAN