Tarikh : 27-30 September 2012
Masa : 7.00 pagi - 7.00 petang
Tempat : Veledrom Kuala Lumpur, Cheras, K.L
Penyertaan
1. 1- SDO, 2- Jurulatih & 9 orang atlet
Ulasan :
1. Seramai 6 orang atlet baru dibawa ke kejohanan kali ini untuk memberi pendedahan dan mereka menunjukkan prestasi yang agak baik. Kesemuanya adalah berumur bawah 15 tahun.
2. Atlet-atlet yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi diberi kelonggaran tidak menyertai kejohanan pada kali ini .
3. Pasukan Berbasikal juga akan menyertai Kejohanan Berbasikal Terbuka Perlis yang akan diadakan pada minggu ini dengan menggunakan bantuan peruntukan kewangan daripada pihak Persatuan.
4. Jurulatih akan meningkatkan lagi usaha / latihan sebagai persediaan rapi menyertai kejohanan seterusnya yang dijadualkan akan diadakan pada bulan November nanti.
5. Jurulatih juga akan membuat pemilihan atlet-atlet terbaik (prestasi daripada kejohanan-kejohanan yang disertai sepanjang tahun) untuk program attachment bersama Pelapis Serantau atau Pelapis Kebangsaan yang dirancang pada bulan Disember nanti.
Sekian, terima kasih.
Aniza Bt Roslan
USPTN Perlis
No comments:
Post a Comment