Monday, October 22, 2012

LAPORAN PENGANJURAN KLINIK BERBASIKAL USPTN PERLIS



Program :Klinik Berbasikal USPTN Perlis
Tarikh : 20.10.2012 - 21.10.2012
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Perlis


PENYERTAAN
Atlet : 28 orang
Jurulatih : 2 orang ( En. Afandi-JPM & En. Rahizal-JSM)
Urusetia : 2 orang
SDO : 1 orang
Penceramah Jemputan : En. Suod bin Hussain @ Cikgu Suod (Jurulatih Pelapis Kebangsaan, MSNM)

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
20.10.2012 (SABTU)

1. Introduction of Cycling & Cycling Events
2. Bike Fit-Biomechanic
3. Sport Nutrition
4. Cycling Skills / Technique & Game

21.10.2012 (AHAD)
1. Test For Talent (Ujian Bakat)
2. Video Session
3. Cycling Skills / Technique & Game
4. Majlis Penutup

Program selama 2 hari ini telah diisi dengan pelbagai ilmu, teknik & kemahiran mengenai sukan Berbasikal kepada semua peserta yang hadir. Selain itu, satu sesi ujian bakat juga telah diadakan pada hari kedua untuk mengenalpasti atlet yang berpotensi sebagai pelumba sprinter atau pelumba endurance. Antara ujian yang diadakan ialah Vertical Jump, Lompat Jauh dan Shuttle Run. Untuk slot teknik dan kemahiran kayuhan pada hari kedua terpaksa dilakukan di dalam Dewan Rakan Sukan, MSNPs kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Selain itu, para peserta juga ditunjukkan beberapa siri tayangan video bagi acara trek. Kesemua peserta memberikan maklum balas yang positif serta menunjukkan semangat dan minat yang tinggi semasa setiap sesi terutama semasa slot Bike Fit-Biomechanic & Sport Nutrition.

Program ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Persatuan mahupun MSN Perlis. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah MSN Perlis, En. Muhd Azahari bin Ramli kerana sudi menghadirkan diri untuk majlis penutup. Pihak USPTN Perlis / MSN Perlis juga amat berbesar hati dan berterima kasih di atas kesudian Cikgu Suod menghadirkan diri ke program ini dan berharap kerjasama yang baik ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

--
Aniza Bt Roslan
Peg Pembangunan Negeri
USPTN Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment