Wednesday, October 17, 2012

JUARA LAGI..!!!!


Atlet Pelapis Boling Padang Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis telah mengungguli Kejohanan Boling Padang Mahsuri Cup 2012 (LANGKAWI MIX DOUBLE INTERNATIONAL LAWN BOLWS TOURNAMENT) yang berlangsung pada 10 – 14 Oktober 2012 yang bertempat di Kuah, Langkawi. 

Pelapis Perlis diwakili oleh pasangan adik beradik iaitu Syafikah Haidar Afif Bt Abdul Rahman dan Abdul Syafiq Afif Bin Abdul Rahman..Pasangan Adik beradik ini telah mengalahkan pasangan dari Filipina yang diwakili oleh Leo Cerren dan Ronald Crenless pada perlawanan Akhir dengan pungutan mata 14 – 10 yang berlangsung pada 14 Oktober 2012 (09.00 malam)
 Terdahulu pada peringkat separuh akhir pasangan ini telaha mengalahkan pasangan dari Harimau Malaysia dengan pungutan mata 19 – 12. Dengan kemenangan tersebut pasangan adik beradik tersebut telah membawa pulang Jam tangan dan  wang tunai RM 3,200.00 sebagai Johan kejohanan tersebut..  Taniah Diucapkan...

--
Dari....
Rasidi Baharom..

No comments:

Post a Comment