Monday, October 22, 2012

KLINIK DAN MINI KEJOHANAN TENPIN BOLING PERLIS 2012


TARIKH : 20.10.2012
MASA : 9.30 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PERLIS BOWLS

KEHADIRAN :
1.EN.AZME B MD NOOR - PENCERAMAH
2.EN.NOR AZLAN - S/U PERSATUAN BOLING PERLIS
3.EN. HAIRUL ANUAR B ABU BAKAR - KU
4.SAUFIK REDZUAN B SUBRI - PPN
5.SHAHIDI B OTHMAN -JSM
6.ZUNIKA BT ZAINAL -JSM
7.NUR HANANI BT KAMARUDIN - URUSETIA
8.NUR AMALINA BT ADZNAN-URUSETIA

ATLET :
PROGRAM PELAPIS : 16 ORANG
LUAR PROGRAM : 20 ORANG

PROGRAM:
9.30 am - Pendaftaran
10.00 am -Taklimat program oleh PPN dan Jurulatih
10.30 am - Sesi bersama Penceramah .(Classroom)
11.30 - 1.00 pm - Practical on lane
1.00 - 2.00 pm  - Rehat dan makan tengah hari
2.30 - 4.00 pm - Mini pertandingan
4.30 - 5.30 pm - Penyampaian hadiah dan jamuan petang

ULASAN:
Program ini telah dijalankan selama 1 hari bermula jam 9.30 pagi .Pada mulanya pihak USPTNPs telah menjemput En Ambia Jurulatih Sukma Kedah menjadi penceramah jemputan namun di saat akhir beliau terpaksa menolak kerana mempunyai urusan peribadi.Oleh yang demikian Pihak USPTNPs telah menjemput En Azmi b Mad Noor bekas jurulatih SUKMA Kedah yang juga Pengurus Pusat Boling Ampang Super Bowls Langkawi untuk menggantikan En Ambia.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari peserta luar dari Program Pelapis.Kehadiran bagi program ini adalah seramai 36 orang atlet termasuk atlet sedia ada seramai 16 orang.

En Azmi  mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang begitu luas didalam sukan Tenpin Boling dan telah banyak memberi input yang baru kepada peserta.Beliau telah banyak membantu dari aspek teknik semasa latihan.Program ini sangat berkesan dan memberi impak positif kepada atlet.Respon dari peserta sangat memberangsangkan dan masing-masing teruja dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi.Di kesempatan ini juga pihak USPTNPs telah berbincang bersama En Azmi sekiranya beliau dapat membantu dalam sesi latihan dan beliau telah bersetuju untuk memberikan khidmat bantuan pada setiap hari Jumaat sesi latihan (2 Minggu Sekali ) tanpa mengenakan apa - apa bayaran. Persetujuan ini merupakan satu peluang yang amat berharga kepada PLN Perlis.

Selain itu Mini Pertandingan yang telah diadakan bagi mengcungkil bakat baru di kalangan peserta luar program.Setelah penilaian dilakukan oleh JSM dan En Azmi seramai 5 orang dilihat berpotensi untuk diserapkan kedalam program Latihan Pelapis.
Terima kasih kepada En Azmi kerana telah sudi hadir bagi menjayakan program ini dan juga jutaan terimaksih kepada semua yang terlibat dalam membantu menlancarkan perjalanan program ini. Bagi pemenang diucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam sukan Tenpin Boling bagi memartabatkan sukan Tenpin Boling Negeri Perlis.

Sekian Terima Kasih

Laporan oleh : Saufik Redzuan b Subri
-
ساءوفيك رضوان ب سوبري
http://usptnps.blogspot.com
PPN Badminton, Tenpin Boling dan Akuatik Renang
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment