Wednesday, September 21, 2011

PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS MSNM KE NEGERI PERLIS






Tarikh : 21.09.2011
Masa : 9.30 pagi
Tempat : USPTNPs

Hari ini Negeri Perlis amnya dan USPTN Perlis khususnya telah menerima kahadiran seorang Pengurus Sukan Pelapis Negeri dari Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia iaitu EN RASHID BIN RAMLI. Ketibaan beliau telah dijemput oleh En Saufik Redzuan b Subri di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah pada jam 8.30 pagi.

Setibanya di pejabat USPTN Perlis, Ketua Unit USPTN Perlis iaitu En Hairul Anuar b. Abu Bakar mengalu-alukan ketibaan En. Rashid yang seterusnya bertemu dengan semua staf USPTN Perlis untuk penerangan ringkas tentang tujuan kehadiran beliau ke sini. Pihak USPTN Perlis telah mengaturkan satu jadual lawatan beliau ke semua Pusat Latihan Negeri (PLN) di Perlis sepanjang 2 hari beliau di sini. Program lawatan beliau akan dimulakan pada petang ini. Beliau dijangka bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah pagi Jumaat (23/09/2011).

Selain daripada lawatan ke semua PLN, En Rashid juga akan dibawa melawat ke venue-venue pertandingan untuk penganjuran Karnival Pelapis Negeri pada bulan Disember 2011 nanti. Beliau juga akan membuat lawatan ke Kejohanan Perlis National Fours 2011 yang secara kebetulannya sedang berlangsung di Perlis pada 19.09.2011 hingga 23.09.2011 ini.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 20, 2011

HARI KEDUA - PERLIS NATIONAL FOURS 2O11

20 September 2011 masuk hari kedua kejohanan Boling Padang National Fours 2011... Bagi Pasukan USPTN Perlis lelaki dan wanita pada hari ini hanya menentang satu pasukan sahaja pada sebelah petang... keadaan cuaca pada harini agak baik kerana berada didalam keadaan yang tidak terlalu panas dan keadaan cuaca sebegini amat dialu-alukan oleh semua pasukan..

Perlawanan pada sebelah petang bermula pada pukul 2.00 petang dengan pasukan lelaki USPTN Perlis akan menentang pasukan Pulau Pinang 'B'... Bagi perlawanan ini pasukan USPTN Perlis menang dengan jumlah mata yang agak tipis iaitu 16 - 14.... Bagi pasukan wanita pula, mereka bertemu pasukan PDRM... Pasukan PDRM ini diwakili oleh 3 orang atlet Kebangsaan.... Keputusan bagi perlawanan ini telah dijangka oleh Jsm Perlis dengan keputusan USPTN Perlis tewas 5 - 26...

Untuk hari esok akan berlangsung pusingan kedua yang akan bermula pada pukul 9.00 pagi...

Sekian terima kasih....
--
Dari ~~~ Rasidi Baharom

PEMANTAUAN SUKAN RENANG






Tarikh :19 Setember 2011
Tempat : Kolam Renang JBS
Jam :5.00 Petang
Kehadiran : 12 orang Atlet & 1 seorang jurulatih

Latihan pada hari ini telah bermula jam 4.30 petang.Latihan yang dijalankan adalah speed 100 meter gaya bebas dan butterfly.Kehadiran pada hari ini amat memuaskan dan kehadiran adalah 100%.

Pegawai dan jurulatih juga berbincang mengenai kejohanan dalaman yang akan dianjurkan oleh USPTNPs dan MSN Perlis yang masih dalam perbincangan bersama pengarah.Pada tarikh 24 dan 25 september atlet dan jurulatih akan ke kejohanan Jemputan negeri Kedah yang akan berlangsung di Kompleks Renang Gunung Keriang.Kesemua atlet akan bertanding dalam kategori masing-masing.Kejohanan ini akan di bantu oleh Persatuan dan ibubapa atlet dari segi yuran penyertaan dan pengangkutan.

Pemantauan berakhir jam 6.00 Petang

Sekian terima kasih


Laporan oleh
Saufi Redzuan B Subri
PPN Akuatik Renang

Monday, September 19, 2011

PERLIS NATIONAL FOURS 2011 - HARI PERTAMA


Hari ini berlangsungnya Perlis National Fours 2011 yang bertempat di Gelanggang Lawn Bowls Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kejohanan ini adalah pengajuran Persatuan Boling Padang Perlis dengan kerjasama Persekutuan Lawn Bowls Malaysia serta Majlis Sukan Negeri Perlis.
Bermula pada jam 9.00 pagi pasukan wanita USPTN Perlis turun ke gelanggang untuk bertemu dengan pasukan Pulau Pinang, keputusan bagi perlawanan ini berkesudahan dengan USPTN Perlis seri dengan pasukan Pulau Pinang pada jumlah mata 16 -16...Hujan pada awal pagi menyebabkan peserta mengalami sedikit masalah untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang pertandingan.. Pada sebelah petang kejohanan bermula pada pukul 3.00 petang dengan pasukan lelaki USPTN Perlis menentang pasukan Warga Emas dengan keputusan perlawanan ini berpihak kepada pasukan USPTN Perlis dengan pungutan mata 16 - 15...bagi pasukan wanita pula, pada sesi petang USPTN Perlis bertemu dengan pasukan Perlis (pasukan daripada persatuan Boling Padang Perlis)..keputusan bagi perlawanan ini dimenangi oleh pasukan USPTN Perlis dengan pungutan mata 11 -8... Untuk hari esok atlet Boling Padang Perlis berharap cuaca berada didalam keadaan yang baik dan panas supaya semua atlet dapat bertanding didalam keadaan yang amat selesa serta dapat menunjukkan pretasi yang terbaik....

Dari ~~~ Rasidi Baharom

PLN MEMANAH PERLIS

Tarikh: 19 September 2011

Tempat: Sekolah Kebangsaan Behor Mali

Waktu: 5.45 Petang

Jurulatih: Md Zain Bin Shafee

Atlet: 4 lelaki dan 2 Wanita

Latihan pada harini bermula pada pukul 5.00 petang hingga pada pukul 6.45 petang..Program latihan yang diatur oleh jurulatih pada petang ini ialah latihan pada jarak 30 meter dan penekanan lebih diberikan kepada memperbaiki teknik menarik tali dan melepaskan arrow...Jurulatih juga memaklumkan bahawa atlet untuk tingkatan 5 dan tingkatan 3 pada masa ini berehat sementara waktu, daripada melakukan latihan kerana memberi tumpuan kepada peperiksaan yang akan dihadapi..

Pada pemantauan ini juga jurulatih menunjukkan bilik memanah yang baru sahaja diperolehi daripada pihak sekolah..Bilik ini adalah hadiah daripada Guru Besar sekolah kepada Persatuan Memanah sekolah dan juga kepada PLN Memanah Perlis kerana telah mengharumkan nama sekolah pada Kejohanan Memanah MSS Perlis yang lalu..

Sekian Terima kasih
--
Dari~~~ Rasidi Baharom..

Friday, September 9, 2011

Pemantauan PLN Sepak Takraw USPTN Perlis


Tarikh: 9 September 2011
Masa:
5.30 Petang
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
Jurulatih : 1. Aziz Bin Abdullah
2. Bidi bin Rejab
Atlet: 12 Orang

Sesi latihan bermula pada pukul 4.30 petang hingga pukul 6.30 Petang..Program latihan pada petang ini lebih tertumpu kepada teknik penerimaan dan pengawalan bola..Jurulatih memilih untuk melakukan latihan di SMK Syed Alwi pada harini kerana pada petang ini latihan tertumpu kepada atlet sepak takraw yang berumur bawah 16 tahun.. Jurulatih memaklumkan atlet-atlet di bawah umur 16 tahun masih mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, oleh itu jurulatih akan memberikan lebih penumpuan kepada atlet bagi kategori umur ini.

Terima kasih diucapkan kepada guru dari SMK Tungku Sulaiman dan SMK Syed Hassan kerana sudi menghantar atlet dari sekolah tersebut untuk menjalani latihan pada harini..Terima kasih juga kepada pihak Majlis Sukan Negeri Perlis kerana membantu dengan membekalkan 10 biji bola dan 3 jaring Sepak takraw..PLN sepak takraw masih memerlukan 10 hingga 15 biji bola sepak takraw untuk digunakan pada setiap sesi latihan. Saya amat berharap pihak MSN Perlis dapat membantu dengan membekalkan lagi 10 hingga 15 biji bola sepak takraw..

Sekian Terima kasih
--
Dari~~~ Rasidi Baharom

GIMRAMA - LATIHAN







Tarikh : 08/09/2011 (Khamis)
Masa : 4.00 petang
Tempat : PLN Gimrama (Dewan Rakan Sukan MSNPs)
Jurulatih : Afiqah Anati
Atlet : 10 orang hadir

Seramai 10 orang atlet hadir semasa sesi latihan dijalankan. Latihan giat dijalankan sebagai persiapan menyertai kejohanan akan datang iaitu Karnival Pelapis nanti. Perbincangan juga diadakan bersama jurulatih bagi persediaan untuk mengelola Kejohanan Karnival Pelapis yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sukan ini menerima kehadiran 2 orang atlet baru pada minggu ini. Atlet tersebut diminta supaya konsisten hadir ke sesi-sesi latihan dan sekiranya didapati layak akan serapkan ke dalam program. Terdapat atlet yang menunjukkan peningkatan dalam latihan iaitu kemahiran pengendalian alatan seperti bola. Tahniah di ucapkan kepada jurulatih kerana menjalankan latihan dengan baik. Kepada atlet yang baru hadir diharap akan terus berlatih dengan gigih sehingga berjaya.

Sekian.

Disediakan Oleh :
Aniza bt Roslan
PPN Gimrama
USPTN Perlis

Wednesday, September 7, 2011

ANGKAT BERAT










Tarikh : 7/9/2011(Rabu)
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Gymnasium Angkat Berat MSN PERLIS
jurulatih (JSM) : Rusli B Othman
jurulatih (JSM) : Mohd Faiz Musa


Seramai 6 org atlet hadir semasa sesi latihan dijalankan iaitu 4 lelaki dan 2 orang wanita. Latihan giat dijalankan bagi persiapan menyertai kejohanan-kejohanan yang akan datang. Perbincangan bersama jurulatih bagi persediaan untuk mengelola kejohanan Karnival Pelapis yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Terdapat atlet yang ada peningkatan dalam angkatan secara pantas berdasarkan angkatan terbaik pada setiap bulan. Tahniah di ucapkan kepada jurulatih kerana menjalankan latihan dengan baik. kepada atlet yan baru diharap tidak putus semangat untuk terus berlatih dan berjaya.

Sekian

MIOR ZUHRY AZIM MIOR ADNAN
PBS USPTN PERLIS