Friday, September 9, 2011

Pemantauan PLN Sepak Takraw USPTN Perlis


Tarikh: 9 September 2011
Masa:
5.30 Petang
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
Jurulatih : 1. Aziz Bin Abdullah
2. Bidi bin Rejab
Atlet: 12 Orang

Sesi latihan bermula pada pukul 4.30 petang hingga pukul 6.30 Petang..Program latihan pada petang ini lebih tertumpu kepada teknik penerimaan dan pengawalan bola..Jurulatih memilih untuk melakukan latihan di SMK Syed Alwi pada harini kerana pada petang ini latihan tertumpu kepada atlet sepak takraw yang berumur bawah 16 tahun.. Jurulatih memaklumkan atlet-atlet di bawah umur 16 tahun masih mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, oleh itu jurulatih akan memberikan lebih penumpuan kepada atlet bagi kategori umur ini.

Terima kasih diucapkan kepada guru dari SMK Tungku Sulaiman dan SMK Syed Hassan kerana sudi menghantar atlet dari sekolah tersebut untuk menjalani latihan pada harini..Terima kasih juga kepada pihak Majlis Sukan Negeri Perlis kerana membantu dengan membekalkan 10 biji bola dan 3 jaring Sepak takraw..PLN sepak takraw masih memerlukan 10 hingga 15 biji bola sepak takraw untuk digunakan pada setiap sesi latihan. Saya amat berharap pihak MSN Perlis dapat membantu dengan membekalkan lagi 10 hingga 15 biji bola sepak takraw..

Sekian Terima kasih
--
Dari~~~ Rasidi Baharom

No comments:

Post a Comment