Tuesday, September 20, 2011

HARI KEDUA - PERLIS NATIONAL FOURS 2O11

20 September 2011 masuk hari kedua kejohanan Boling Padang National Fours 2011... Bagi Pasukan USPTN Perlis lelaki dan wanita pada hari ini hanya menentang satu pasukan sahaja pada sebelah petang... keadaan cuaca pada harini agak baik kerana berada didalam keadaan yang tidak terlalu panas dan keadaan cuaca sebegini amat dialu-alukan oleh semua pasukan..

Perlawanan pada sebelah petang bermula pada pukul 2.00 petang dengan pasukan lelaki USPTN Perlis akan menentang pasukan Pulau Pinang 'B'... Bagi perlawanan ini pasukan USPTN Perlis menang dengan jumlah mata yang agak tipis iaitu 16 - 14.... Bagi pasukan wanita pula, mereka bertemu pasukan PDRM... Pasukan PDRM ini diwakili oleh 3 orang atlet Kebangsaan.... Keputusan bagi perlawanan ini telah dijangka oleh Jsm Perlis dengan keputusan USPTN Perlis tewas 5 - 26...

Untuk hari esok akan berlangsung pusingan kedua yang akan bermula pada pukul 9.00 pagi...

Sekian terima kasih....
--
Dari ~~~ Rasidi Baharom

No comments:

Post a Comment