Wednesday, September 21, 2011

PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS MSNM KE NEGERI PERLIS






Tarikh : 21.09.2011
Masa : 9.30 pagi
Tempat : USPTNPs

Hari ini Negeri Perlis amnya dan USPTN Perlis khususnya telah menerima kahadiran seorang Pengurus Sukan Pelapis Negeri dari Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia iaitu EN RASHID BIN RAMLI. Ketibaan beliau telah dijemput oleh En Saufik Redzuan b Subri di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah pada jam 8.30 pagi.

Setibanya di pejabat USPTN Perlis, Ketua Unit USPTN Perlis iaitu En Hairul Anuar b. Abu Bakar mengalu-alukan ketibaan En. Rashid yang seterusnya bertemu dengan semua staf USPTN Perlis untuk penerangan ringkas tentang tujuan kehadiran beliau ke sini. Pihak USPTN Perlis telah mengaturkan satu jadual lawatan beliau ke semua Pusat Latihan Negeri (PLN) di Perlis sepanjang 2 hari beliau di sini. Program lawatan beliau akan dimulakan pada petang ini. Beliau dijangka bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah pagi Jumaat (23/09/2011).

Selain daripada lawatan ke semua PLN, En Rashid juga akan dibawa melawat ke venue-venue pertandingan untuk penganjuran Karnival Pelapis Negeri pada bulan Disember 2011 nanti. Beliau juga akan membuat lawatan ke Kejohanan Perlis National Fours 2011 yang secara kebetulannya sedang berlangsung di Perlis pada 19.09.2011 hingga 23.09.2011 ini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment