Saturday, March 31, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT PLN USPTN PERLIS



SUKAN: ANGKAT BERAT

Tarikh: 23 MAC 2012
Masa: 5.00 PTG
Tempat: GYMNASIUM ANGKAT BERAT MSNPs

Kehadiran
1. Rusli b. Othman - JSM
2. Mohd Faiz Musa - JSM
3. Atlet - 5 lelaki

LATIHAN

1. Military Press
2. Stand Snatch
3. Push Jerk
4. Weight Press
5. Clean Pull

UJIAN

1. Ujian kecergasan akan diadakan pada 31 Mac 2012

PERTANDINGAN

1. Atlet akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 1/2012 yang akan
diadakan di Kelantan nanti.

PERALATAN

1. Kasut latihan telah dihantar untuk diperbaiki ini kerana banyak yang
telah rosak.

PROGRAM BINAAN

1. Program Perlis Future Champions akan diadakan pada 24 -25 Mac 2012 dan
ini merupakan program TID bagi sukan Angkat Berat.

ULASAN

1. Atlet giat menjalankan latihan bagi menghadapi kejohanan angkat berat
kebangsaan yang akan diadakan pada 2 - 5 April nanti nanti.
2. Kebanyakan atlet terlibat dalam aktiviti sekolah iaitu MSSPs yang
akan diadakan pada minggu ini.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:
MIOR ZUHRY AZIM MIOR ADNAN
ANGKAT BERAT PLN USPTN PERLIS

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN BERSAMA DENGAN PENGURUS SUKAN EN MEGAT AHMAD KHUSAIRI DAN EN HAIRUL ANUAR ABU BAKAR KUN USPTNPs


LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN: PELAYARAN

Tarikh: 28.3.2012
Masa: 5.30 PTG
Tempat: TIMAH TASOH LAKE

Kehadiran:

1. SUKRI B ABD KARIM - JSM
2. ROHAIZAT B CHE IDRUS - JSM
3. Atlet - 5 lelaki, 2 wanita

LATIHAN
1. Simulasi pertandingan
2. Teknik starting.

PERTANDINGAN

1. Kebanyakan atlet terlibat dalam Kejohanan MSSPs yang diadakan pada minggu ini.

PERALATAN

1. Kebanyakan peralatan yang terdapat di pusat latihan pelayaran dalam keadaan uzur.
2. JSM En Rohaizat B. Che Idrus memohon untuk mendapatkan peruntukan subsidi minyak semasa latihan.
2. JSM En Sukri B Abd Karim memohon bantuan peralatan seperti layar optimist, bot optimist, life jacket, rak simpanan bot di tempat latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Cadangan Attachment program bersama dengan Pusat Pelayaran Kebangsaan Langkawi.

ULASAN

1. Komitmen daripada jurulatih dalam mengendalikan latihan amatlah memberangsangkan.
2. En Megat Ahmad Khusairi Pengurus Sukan dari Cawangan Pelapis turut serta semasa pemantauan ini dan juga En Hairul Anuar Abu Bakar KUN USPTNPs.
3. Kekurangan bot dan peralatan menyukarkan lagi latihan dijalankan kerana setiap atlet perlu menunggu giliran untuk melakukan latihan di dalam air.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN
PEMB. BELIA & SUKAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS
ANGKAT BERAT & PELAYARAN

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT BERSAMA DENGAN PENGURUS SUKAN EN MEGAT AHMAD KHUSAIRI DAN EN HAIRUL ANUAR ABU BAKAR KUN USPTNPs


LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN: ANGKAT BERAT

Tarikh: 29.3.2012
Masa: 5.30 PTG
Tempat: SMK ABI, KOLAM RENANG JBS KANGAR DAN GYMNASIUM ANGKAT BERAT MSNPs

Kehadiran:

1. MOHD FAIZ MUSA - JSM
2. RUSLI B. OTHMAN - JSM
3. Atlet - 5 lelaki, 6 wanita

LATIHAN
1. Latihan bebas (Gymnasium Angkat Berat MSNPs)
2. Active rest (Kolam Renang JBS)

PERTANDINGAN

1. Kebanyakan atlet terlibat dalam Kejohanan MSSPs yang diadakan pada minggu ini.
2. Atlet akan menyertai kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 01/2012 pada 2 - 5 April yang akan berlangsung di Kelantan.


PERALATAN

1. Peralatan set angkat berat berada didalam keadaan yang baik.
2 Majlis Sukan Negeri bersetuju untuk meluluskan pemberian peralatan kepada Pusat latihan SMK Abi, antara alatan yang diberikan adalah 2 set peralatan angkat berat dan 2 set platform latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Cadangan Attachment program bersama dengan PLN Kedah di SMK Tunku Anum Jitra atau Pelapis Serantau Zon Utara Pulau Pinang selepas kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 01/2012. Tarikh belum ditetapkan lagi.

ULASAN

1. Komitmen daripada jurulatih dalam mengendalikan latihan amatlah memberangsangkan
2. En Megat Ahmad Khusairi Pengurus Sukan dari Cawangan Pelapis turut serta semasa pemantauan ini dan juga En Hairul Anuar Abu Bakar KUN USPTNPs.
3. Seramai 6 orang atlet baru wanita telah menyertai pasukan angkat berat. Mereka terpilih dari Program Perlis Future Champions pada minggu lalu.
4.Pusat latihan di SMK Abi yang dinaiktaraf mendapat peruntukkan dari kerajaan Negeri Perlis sebanyak RM 200.000, antara kemudahan yang diterima dari bujet tersebut adalah bilik air, ruang latihan dan stor simpanan barang.


Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:
MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN
PEMB. BELIA & SUKAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS
ANGKAT BERAT & PELAYARAN

Friday, March 30, 2012

Kejohanan Tenpin Boling Negeri Sembilan Leg 2012

Laporan Hari Pertama

9.00 pagi
Acara girls Graded bermula dimana Negeri Perlis Di wakili Nurul Syahira. Beliau bermain di dalam squad A dan mengumpul jatuhan pin sebanyak 1203 setelah bermain 8 game dan berkedudukan ke 11 pada sesi squad A. Tepat jam 9 malam berita gembira diterima oleh pasukan Perlis setelah tamat acara girls graded squad B Nurul Syahira berada di tangga 13 keseluruhan dan layak ke pusingan kedua dimana seramai 20 peserta yang mengumpul mata tertinggi akan bertanding di pusingan ke 2 pada 1 april. 4ekalung tahniah diucapkan kepada beliau keran layak ke kelompok 20 terbaik.

3.00 petang
Bermula acara girls open dan perlis di wakili oleh Suraya Shahidon.beliau agak malang pada kali ini keran sebelum acara bermula beliau didapati mengalami alahan.ini sedikit menjejaskan tumpuan beliau. Beliau sekadar menghuni tangga ke 26 keseluruhan dan gagal ke pusingan kedua. Dalam acara ini seramai 16 orang peserta layak ke pusingan kedua. Setelah tamat pertandingan
Beliau telah di hantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.Keadaan beliau sekarang telah stabil setalah mendapatkan suntikan.

7.30 malam
Bermula acara boy garaded . Perlis di wakili oleh Ezzam Azmi.sehingga jam 9.30 malam beliau masih bermain.dan keputusan akan dimaklumkan nanti. Setelah tamat acara boy graded squad A bermula acara boys graded squad B dan boys open squad A dan perlis diwakili oleh Abd Rashid (B G) aiman faris dan mohd farizduan (BO) dan di jangka akan selesai jan 1 pagi ini.


Sekian laporan hari pertama

Tuesday, March 27, 2012

PERLIS FUTURE CHAMPIONS 2012


TARIKH:24-25 MAC 2012

JAM : 9.00 PAGI

KEHADIRAN : 198 ORANG PESERTA

PENGLIBATAN : KETUA UNIT ,PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,PEGAWAI ISN,JURULATIH ,PEGAWAI MSN NEGERI DAN STAFF USPTN PERLIS DAN MSN NEGERI.

24 MAC 2012

Pendaftaran telah bermula sejak jam 8.30 pagi hingga ke pukul 9.30 pagi.Seramai 198 orang pelajar dari peringkat umur 7 tahun hingga 15 tahun telah didaftarkan .

Setelah selesai pendaftaran, pihak ISN memberi taklimat tentang program. Pihak ISN telah memecahkan pelajar mengikut sukan masing-masing.Berikut adalah sukan –sukan yang terlibat dalam program ini Badminton,Renang,Angkat Berat,Memanah,Sepak Takraw, Boling Padang,Olahraga,Gimrama,Bola Baling,Hoki dan Tenpin Boling.

Ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut timabng berat badan dan ketinggian, vertical Jump,standing Broad Jump, 40m sprint,sit and reach,maximum Push Up, Plank Test, yoyo test dan 1km cycling test.

Ujian selesai di jalankan pada jam 1.30 tengahari dan atlet di beri rehat untuk solat zohor dan makan tengahari.

Pada jam 3.00 Petang sesi kedua dijalankan iaitu pengenalan sukan oleh jurulatih- jurulatih yang terlibat.Seramai 12 orang jurulatih telah membuat penerangan tentang sukan masing masing.Setelah itu Ketua Unit juga telah memberikan ucapan kepada pelajar dan menerangkan fungus Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis kepada pelajar-pelajar.

Bagi sesi yang ketiga, para pelajar telah dipecahkan mengikut sukan masing-masing dan penerangan oleh jurulatih mengenai sukan yang mereka ceburi.Sesi bersama jurulatih selesai jam 5.00 petang dan majlis selesai pada hari yang pertama .

25 MAC 2012

Sesi pertama pada hari yang kedua ialah demo mengikut sukan oleh atlet-atlet negeri perlis.Sesi bermula jam 9.00 pagi dan berjalan mengikut venue sukan masing masing dan rehat pada jam 10.30 pagi untuk makan pagi.

Tepat jam 11.00 sesi kedua dimulakan iaitu mini pertandingan. Jurulatih memecahkan pelajar mengikut kretiviti jurulatih dan pertandingan bermula mengikut sukan masing-masing.

Program selesai jam 12.30 tengah hari dan mini pertandingan selesai dijalankan. Dan pelajar di beri rehat untuk makan tengahari sebelum majlis penutup berlangsung.

Majlis penutup bermula jam 1.30 tengah hari. Tuan Pengarah En Muhd Azahari b Ramli telah merasmikan majlis penutup Program dan acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan sijil penyertaan kepada peserta. Program selesai jam 2.30 petang dan majlis bersurai.

DSC_0531.JPGDSC_0109.JPG


--
DSC_0068.JPG DSC_0078.JPG

Wednesday, March 21, 2012

Lawatan Ke Pusat Latihan Negeri Sepak Takraw


SUKAN: SEPAK TAKRAW

Tarikh: 20 Mac 2012
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis

Kehadiran:

1. Aziz bin Abdullah - JSM
2. Rosli bin Mansor - JSM
3. Atlet - 14 Lelaki

LATIHAN

1. Fitness
2. Kemahiran Pengawalan Gelanggang
3. Kemahiran Persefahaman Regu

PERTANDINGAN

1. 25 MAC 2012 Pertandingan persahabatan bersama sekolah Mutiara Impian akan diadakan pada Jam 3.00 Petang bertempat di Dewan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis

PROGRAM BINAAN

1. Pada 24 dan 25 Mac 2012 Program "PERLIS FUTURE CHAMPION" akan diadakan bagi mencari atlet-atlet baru.
2. Program ini adalah kerjasama antara USPTN Perlis, Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negara..

ULASAN

1. Bagi atlet yang berumur antara 18 hingga 21 tahun sesi latihan dijalankan pada sebelah malam iaitu pada setiap malam Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu
2. Sesi latihan dijalankan di Dewan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis disebabkan Dewan Rakan Sukan Majlis Sukan Negeri Perlis didalam proses membaikpulih dan kos sewa gelanggang untuk latihan atlet pada sebelah malam di tanggung oleh pihak Persatuan Sepak Takraw Negeri Perlis.

Dari~~~
Rasidi Baharom