TARIKH:24-25 MAC 2012JAM : 9.00 PAGI
KEHADIRAN : 198 ORANG PESERTA
PENGLIBATAN : KETUA UNIT ,PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,PEGAWAI ISN,JURULATIH ,PEGAWAI MSN NEGERI DAN STAFF USPTN PERLIS DAN MSN NEGERI.
24 MAC 2012
Pendaftaran telah bermula sejak jam 8.30 pagi hingga ke pukul 9.30 pagi.Seramai 198 orang pelajar dari peringkat umur 7 tahun hingga 15 tahun telah didaftarkan .
Setelah selesai pendaftaran, pihak ISN memberi taklimat tentang program. Pihak ISN telah memecahkan pelajar mengikut sukan masing-masing.Berikut adalah sukan –sukan yang terlibat dalam program ini Badminton,Renang,Angkat Berat,Memanah,Sepak Takraw, Boling Padang,Olahraga,Gimrama,Bola Baling,Hoki dan Tenpin Boling.
Ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut timabng berat badan dan ketinggian, vertical Jump,standing Broad Jump, 40m sprint,sit and reach,maximum Push Up, Plank Test, yoyo test dan 1km cycling test.
Ujian selesai di jalankan pada jam 1.30 tengahari dan atlet di beri rehat untuk solat zohor dan makan tengahari.
Pada jam 3.00 Petang sesi kedua dijalankan iaitu pengenalan sukan oleh jurulatih- jurulatih yang terlibat.Seramai 12 orang jurulatih telah membuat penerangan tentang sukan masing masing.Setelah itu Ketua Unit juga telah memberikan ucapan kepada pelajar dan menerangkan fungus Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis kepada pelajar-pelajar.
Bagi sesi yang ketiga, para pelajar telah dipecahkan mengikut sukan masing-masing dan penerangan oleh jurulatih mengenai sukan yang mereka ceburi.Sesi bersama jurulatih selesai jam 5.00 petang dan majlis selesai pada hari yang pertama .
25 MAC 2012
Sesi pertama pada hari yang kedua ialah demo mengikut sukan oleh atlet-atlet negeri perlis.Sesi bermula jam 9.00 pagi dan berjalan mengikut venue sukan masing masing dan rehat pada jam 10.30 pagi untuk makan pagi.
Tepat jam 11.00 sesi kedua dimulakan iaitu mini pertandingan. Jurulatih memecahkan pelajar mengikut kretiviti jurulatih dan pertandingan bermula mengikut sukan masing-masing.
Program selesai jam 12.30 tengah hari dan mini pertandingan selesai dijalankan. Dan pelajar di beri rehat untuk makan tengahari sebelum majlis penutup berlangsung.
Majlis penutup bermula jam 1.30 tengah hari. Tuan Pengarah En Muhd Azahari b Ramli telah merasmikan majlis penutup Program dan acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan sijil penyertaan kepada peserta. Program selesai jam 2.30 petang dan majlis bersurai.
--
Tuesday, March 27, 2012
PERLIS FUTURE CHAMPIONS 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment