Thursday, October 20, 2011

MESYUARAT KHAS VANUE SUKMA PERLIS 2014 DAN KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA KE NEGERI PERLIS

Salam,

Pada 14 Oktober 2011 rombongan Majlis Sukan Negera Malaysia yang diketuai oleh YBHG Dato' Zolkples bin Embong serta YBHG Dato' Haji Ab. Jalil Abdullah Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan dan Encik Mohd Sofian bin Hamzah Ketua Cawangan Pengurusan Sukan telah berkunjung ke Negeri Perlis bagi menghadiri Mesyuarat Khas Vanue SUKMA Perlis 2014 yang diadakan di bilik Mesyuarat Menteri Besar, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan sendiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis iaitu Yang Behormat Encik Abd Jamil bin Saad. Dalam pada itu wakil dari Negeri Kedah iaitu Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah dijemput untuk bersama-sama bagi berbincang berkenaan beberapa Vanue pertandingan yang terpaksa digunakan di Negeri Kedah antaranya Akuatik di Gunung Keriang Alor Setar dan Pelayaran di Langkawi.

Hasil daripada mesyuarat tersebut telah mendapat kata sepakat berkenaan penggunaan vanue pertandingan bagi acara sukan Akuatik di Negeri Kedah dan Pelayaran akan dipertimbangkan sama ada diadakan di Langkawi atau Empangan Timah Tasoh Perlis dan juga Ketua Pengarah mencadangkan supaya pembinaan baru vanue untuk sukan menembak di Sungai batu Pahat Perlis dan Dewan Skuasy di Kompleks Sukan Negeri. Kos keseluruhan untuk naik naik taraf semua gelanggang sukan dan pembinaan barau adalah memakan belanja sebanyak RM 66.6 juta. Manakala Kerajaan Negeri Perlis telah meluluskan sebanyak RM 4.5 juta untuk gelanggang tinju, dewan latihan bola baling dan bola jaring serta Pejabat Seketeriat SUKMA 2014 di Kompleks Sukan Negeri.

Disamping itu rombongan YBHG Dato' telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis iaitu Yang Behormat Dato' Azizan bin Hamid di pejabat beliau banyak perkara telah dibincangkan berkenaan dengan pelaksanaan SUKMA di Perlis 2014 nanti. Di akhir sekali pihak kami telah mengaturkan perjumpaan khas Dato' Zolkples Embong dengan Menteri Besar Negeri Perlis Dato' Seri Mat Isa bin Sabu di bilik VVIP Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Sekian.

Disediakan oleh :
HAIRUL ANUAR BIN ABU BAKAR


No comments:

Post a Comment