Friday, October 21, 2011

Kejohanan Sepak Takraw Pelapis Negeri 2011 -- Hari Pertama

Masuk hari pertama berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw Pelapis Negeri 2011...Pihak Penganjur telah mengeluarkan jadual kejohanan yang baru pada hari ini dan untuk hari ini Pasukan Pelapis Perlis hanya akan melalui satu perlawanan sahaja bagi pasukan Bawah 18 dan Bawah 21... Bagi bawah 18 tahun Pelapis Perlis bertemu pasukan SSTMI pada jam 10.00 pagi..Pada perlawanan ini pasukan Pelapis Perlis tewas kepada SSTMI.. Faktor kekalahan dapat dilihat iaitu Pelapis Perlis masih kekurangan pegalaman memandangkan ini adalah penyertaan kali pertama..Berikut adalah keputusan perlawanan tersebut:

Set Pertama : 6 - 15
Set Kedua : 15 - 06
Set Ketiga : 11 - 15
Set Keempat : 05 - 15

Untuk pasukan bawah 21 tahun, Pelapis Perlis bertemu pasukan tuan rumah iaitu Selangor pada jam 12.00 Tgh..Keputusan perlawanan ini pasukan Pelapis Perlis dengan mudah membenam pasukan Selangor.. Berikut adalah keputusan perlawanan tersebut :
Set Pertama : 15 - 7
Set Kedua : 15 - 4
Set Ketiga : 16 - 14

Sekian sahaja laporan untuk hari pertama Kejohanan Sepak Takraw Pelapis Negeri 2011
Terima Kasih.. --

Dari _ ~~ Rasidi Baharom

No comments:

Post a Comment