Thursday, October 27, 2011

PEMANTAUAN SESI LATIHAN SUKAN BERBASIKAL






Tarikh : 25 Oktober 2011
Masa : 5.15 pm
Tempat : Kompleks Sukan Negeri Perlis
Kehadiran : 8 orang atlet dan 2 jurulatih

1. Cuaca pada mulanya kelihatan agak mendung tetapi akhirnya kembali baik. Sebelum sesi latihan dimulakan, jurulatih dan atlet akan mengambil masa kira-kira selama hampir 20-30 minit untuk berbincang dan mengetahui sekiranya ada permasalahan daripada atlet dan untuk sesi pada hari ini semuanya berada dalam keadaan baik.

2. Atlet Berbasikal iaitu Mohd Hakimi dan Futhoul Bahari direhatkan daripada latihan sementara pada minggu ini kerana telah mengalami kecederaan semasa mengikuti Kem Bakat Berbasikal Trek Pelapis (L) di Ipoh baru-baru ini. Diharapkan mereka cepat sembuh untuk kembali berlatih.

3. Sesi perbincangan ini juga adalah untuk jurulatih memberikan teguran dan nasihat kepada semua atlet untuk lebih fokus kepada setiap sesi latihan yang dijalankan. Kehadiran atlet semasa latihan amat baik dan memuaskan. Atlet menunjukkan minat yang tinggi dalam apa jua bentuk latihan yang diberikan oleh jurulatih.

4. Tahap kecergasan atlet adalah berada dalam keadaan yang baik serta membuat persediaan bagi menyertai Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 27-29 Oktober ini. Seramai 11 orang atlet telah disenarai pendek untuk menyertai kejohanan tersebut.

5. PPN juga memaklumkan bahawa satu Sirkit Bulanan Berbasikal Trek Pelapis akan diadakan pada bulan 12 November nanti di Veledrom Rakyat Ipoh, Perak.

Sekian, terima kasih
Aniza bt Roslan
PPN Berbasikal

No comments:

Post a Comment