Thursday, October 6, 2011

Pemantauan PLN Sepak Takraw


Tarikh : 5 Oktober 2011

Masa : 9.00 malam

Tempat : Dewan Rakan Sukan

JSM : Bidi b. Mat Rejab
Aziz b. Abdullah

Atlet : 12 Orang


Sesi latihan pada malam dilakukan hanya untuk atlet berumur antara 17 - 21 tahun sahaja.. Sesi latihan ini dijalankan oleh sebab atlet dalam lingkungan umur ini tidak dapat melakukan latihan pada sebelah petang kerana komitmen kerja atau kelas tambahan di sekolah..

Program latihan pada malam ini lebih tertumpu kepada kecergasan dan stamina atlet.. Pada malam ini juga diadakan ujian kemahiran iaitu:-

1. Tekong - melakukan servis sebanyak 30 kali dalam masa 5 minit
2. Apit Kanan - Melakukan rejaman sebanyak 20 kali dalam masa 5 minit
3. Apit Kiri - Melakukan timbangan bola 200 kali dalam masa 5 minit.

JSM berharap agar PLN Perlis dapat menyertai kejohanan Sepak Takraw Pelapis yang akan berlangsung pada bulan Oktober sebagai medan ujian untuk atlet Sepak takraw Perlis. Sekian Terima kasih

Dari ~~ Rasidi Baharom

No comments:

Post a Comment