Tuesday, June 21, 2011

LAPORAN HARI KETIGA 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH


Salam,

27/05/2011
Persiapan pasukan memanah sudah sampai ke kemuncaknya iaitu pada hari ini merupakan merupakan hari terakhir sebelum kejohanan bermula pada esok diadakan sighters bagi atlet wanita terbuka dan wanita junior pada sebelah pagi manakala atlet lelaki terbuka dan lelaki junior pada sebelah petang. Setakat ini tahap kesihatan atlet masih berada di dalam keadaan baik di mana segala pemakan atlet dijaga dan dipantau sepanjang masa bagi mengelakkan terjadinya keracunan makanan. Seperti sedia maklum keadaan persekitaran di Bangladesh sangat kotor dengan keadaan jalan yang becak dan bau hancing di sana sini serta keadaan cuaca yang tidak menentu dan sukar diramal. 

Pada tepat jam 12 tengah hari mesyuarat pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh Mejar (B) Baharudin bin Jamil selaku Technical Deligate (TD) dan juga merupakan Vice Presiden Asian Archery Federation (AAF) telah mengesahkan sebanyak 14 negara yang akan bertanding pada kejohanan kali ini di mana ada penambahan bilangan negara yang menyertai kejohanan ini iaitu terdiri daripada:
1. Bangladesh -27
2. Bhutan - 8
3. Georgia - 5
4. Hong Kong - 4
5. India - 29
6. Iraq - 24
7. Kazakhstan - 9
8. Malaysia - 16
9. Nepal - 4
10. Pakistan - 4
11. Singapura - 13
12. Taiwan - 11
13. Tajikistan - 1
14. Thailand - 5

Tepat jam 4.30 petang waktu Bangladesh majlis perasmian telah diadakan di lapang sasar memanah BKSP yang dirasmikan oleh Menteri Sukan Bangladesh, majlis berjalan dengan lancar walaupun atucara yang sangat singkat dan padat amat memberi makna kepada atlet pelapis Negara kita yang amat bersemangat dan berkobar-kobar untuk bertanding. Rutin harian tepat jam 8.30 perjumpaan atlet bersama jurulatih dan pengurus pasukan diadakan sebagai amanat terakhir dan persiapan atlet untuk bertanding pada esok hari. 

Berikut adalah jadual untuk 28/05/2011 jam 9.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari merupakan kelayakan Recurve Wanita dan Recurve Junior Wanita 70M X 2 dan di sebelah petang pada 1.30 hingga jam 5.00 petang Recurve Lelaki dan Recurve Junior Lelaki. Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.

Sekian. 
DSCN2187.JPG

DSCN2188.JPG

DSCN2193.JPG

DSCN2196.JPG

DSCN2201.JPG

DSCN2208.JPG



No comments:

Post a Comment