Tuesday, June 21, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN BERBASIKAL (UJIAN KECERGASAN)

Salam,

Tarikh : 20/6/2011
Masa : 4.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Negeri
Kehadiran : 14 Atlet
: 2 Jurulatih

Aktiviti yang dijalankan semasa pemantauan

Ujian Kecergasan 2.4 KM

1. Menetapkan kepada semua atlet untuk menjalani ujian kecergasan pada setiap 3 bulan sekali bagi tujuan memantau tahap kecergasan setiap atlet yang berada dalam pusat latihan.

2. Para atlet bersemangat untuk menjalani latihan bagi persediaan pasukan Negeri Perlis untuk mentertai Kejohanan GP Lebuhraya yang akan diadakan di Kuantan Pahang pada 24 hingga 26 Jun 2011 dan Kejohanan SportExcel Lebuhraya sirkit 2/2011 pada 15 hingga 17 Julai 2011 di Kangar Perlis.
3. Telah menetapkan kepada semua atlet untuk ujian kecergasan ini di mana bagi atlet lelaki harus melakukan sekurang-kurangnya di bawah 10 minit dan bagi atlet wanita pula di bawah 12 minit.

4. Hasil daripada ujian tersebut didapati atlet berbasikal PLN perlis berada dalam tahap kecergasan yang baik dan bersedia untuk mengharungi kejohanan-kejohanan yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

--
Hairul Anuar bin Abu Bakar
PKU
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment