31/05/2011
Kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 memasuki hari yang terakhir di mana semua yang melibatkan pertandingan akhir diadakan khas di Stadium Angkatan Tentera Dhaka, Bangladesh. Pemanah Pelapis Negara tidak terkecuali untuk sama-sama berada di dalam senarai pemanah untuk ke peringkat akhir iaitu Adibah Tajuddin bagi acara (Recurve Wanita), Farah Amalina Azhar (Recurve Wanita Junior), Atiq Bazil dan Farah Amalina Azhar (Recurve Junior Mix Team) dan Farah Amalina, Nur Naseha serta Siti Nor Hatika (Recurve Wanita Junior Team).
Persipan pasukan memanah kita dilakukan dengan rapi dan melangkah masuk ke stadium pada tepat jam 12.00 tengah hari diiringi doa dan harapan dari jurulatih serta rakan sepasukan bersama-sama memberi sokongan kepada pemanah-pemanah yang memasuki peringkat akhir. Tiada kata lain dapat disampaikan penentuan emas atau pun perak hanya terletak di jari pemenah-pemanah muda Pelapis Negara.
Berikut adalah keputusan-keputusan yang melibatkan pertandingan akhir pemanah pelapis negara di kejohanan 3rd Asian Archery Grand Prix dan Asian Youth Archery Championship :
Recurve Wanita (Perak)
Abibah Tajuddin kalah kepada Rimil Buriuly (India) dengan mata 4-6 dan merangkul pingat perak.
Recurve Wanita Junior (Emas)
Farah Amalina Azhar mengalahkan Himani Boro (India) dengan mata 6-0 dan memenagi emas.
Recurve Junior Mix Team (Perak)
Atiq Bazil dan Farah Amalina kalah kepada India dengan mata 133-144 gagal mengulangi kecemerlangan merangkul pingat perak
Recurve Wanita Junior Team (Perak)
Farah Amalina, Nur Naseha dan Siti Nor Hatika hanya merangkul pingat perak setelah kalah kepada trio dari India dengan mata 139-169.
Pingat Keseluruhan dari Malaysia
1 Emas
1 Emas
3 Perak
1 Gangsa
Walau bagaimanapun misi, tugas dan tanggungjawab telah dilaksanakan dengan baik dan lancar oleh semua peringkat dari Pengurus pasukan, jururlatih dan atlet sepanjang kami di sini dan ini merupakan ole-ole dari Bangladesh yang dapat kami bawa pulang ke Malaysia sebagai tanda ingatan dan tidak di pandang rendah oleh negara-negara yang turut sama bertanding yang sangat menghormati pasukan Negara kita pada edisi kali ini. Tirai kejohanan telah pun dilabuhkan dan penerbangan ke Malaysia pada jam 4.30 waktu Dhaka dan dijangka sampai ke Lapangan Terbang LCCT pada jam 10.30 waktu tempatan. Selamat tinggal Bangladesh semoga menjadi suatu kenangan yang indah yang tidak dapat dilupakan untuk kami semua sepanjang kami di sini.
Sekian sahaja laporan terakhir daripada Pengurus Pasukan di kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.
Sekian, terima kasih.
disediakan oleh :
Hairul Anuar bin Abu Bakar
No comments:
Post a Comment