28/05/2011
Hari ini merupakan hari kemuncak di mana merupakan pertandingan yang sebenar, atlet-atlet dibekalkan dengan persiapan mental dan fizikal yang secukupnya di tambah pula dengan iringan doa dan harapan daripada kami selaku pegawai dan jurulatih yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan jatuh bangunnya atlet-atlet pelapis di sini. Tepat jam 8.30 pagi bermula acara bagi Recurve Wanita dan Recurve Wanita Junior 70M X 2 sehingga jam 12.00 manakala Recurve Lalaki dan Recurve Lelaki Junior 70M X 2 pada pukul 1.30 petang hingga jam 5.00 petang.
Pada kejohanan pada kali seperti mana semua sedia maklum atlet daripada Pelapis Kebangsaan, Akademi Serantau Zon Selatan, Akademi Serantau Zon Utara dan atlet Pelapis Negeri berpusat di UiTM Jengka, Pahang dibentuk untuk menjadi satu pasukan hanya mengambil masa lebih kurang (5) hari untuk datang ke sini. Berikut disertakan keputusan kejohanan pada hari ini:
Recurve Wanita 70M X 2
1. Siti Rashida bt Kamar Basah - 612 mata/ kedudukan - 11/28
2. Adibah bt Tajudin - 582 mata/ kedudukan - 18/28
3. Sarah Aminah bt Mahpar - 526 mata/ kedudukan - 25/28
Recurve Wanita Junior 70M X 2
1. Farah Amalina bt Azhar - 584 mata/ kedudukan - 5/15
2. Nur Naseha bt Rusli - 503 mata/ kedudukan - 10/15 (pecah rekod peribadi)
3. Siti Nor Hatika bt Ibrahim - 497 mata/ kedudukan - 11/15
Recurve Lelaki 70M X 2
1. Mohd Firdaus bin Ishak - 630 mata/ kedudukan - 13/38 (pecah rekod peribadi)
2. Shafiq Izzuddin bin Sulaiman - 622 mata/ kedudukan - 17/38
3. Mohd Alif Adha bin Hassan - 620 mata/ kedudukan - 18/38 (pecah rekod peribadi)
4. Mohd Faris Haziq Shuhaimi - 609 mata/ kedudukan - 21/38
Recurve Lelaki Junior 70M X 2
1. Muhammad Ikram bin Joni - 626 mata/ kedudukan - 8/18 (pecah rekod peribadi)
2. Nazir bin Omar - 621 mata/ kedudukan - 10/18 (pecah rekod peribadi)
3. Atiq Bazil bin Bakri - 612 mata/ kedudukan - 12/18
Sesungguhnya kami mengharapkan sesuatu yang baik kepada pasukan memanah di sini untuk acara pada esok agar memberi sedikit keceriaan serta doakan kejayaan kami disini. Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.
|
Sekian, terima kasih.
disediakan oleh :
Hairul Anuar bin Abu Bakar
No comments:
Post a Comment