Tuesday, June 21, 2011

LAPORAN HARI KE-6 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Salam,


30/05/2011

Pertandingan telah masuk hari yang ketiga pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh pemanah kita walaupun menghadapi kesukaran tetap memberi persembahan yang baik bagi menghadapi pemanah-pemanah yang handal daripada India,Thailand, Taiwan, Singapura dan tuan rumah iaitu Bangladesh. Namun begitu pada awal pagi lagi pemanah Pelapis Negara melangkah ke padang dengan tekad dan keazaman yang tinggi bagi meneruskan cabaran Negara bagi melayakkan diri ke pertandingan akhir.

Pada hari ini pada sebelah pagi dipertnadingkan bagi acara Recurve Lelaki Junior Team, Recurve Wanita Junior Team dan Recurve Mix Junior Team. Manakala pada sebelah petang pula Recurve Lelaki Team, Recurve Wanita Team dan Recurve Mix Team. Berikut adalah keputusan rasmi pemanah-pemanah Pelapis Negara :


Recurve Lelaki Junior Team

Mohd Ikram/Nazir Omar/Aatiq Bazil (Gangsa)

-           Kalah kepada  India

-           Menang dengan Iraq

Recurve Wanita Junior Team

Farah Amalina/Nur Naseha/Siti Nor Hatika (Akhir)

-          Menang dengan Bangladesh

-          Akan bertemu India di pertandingan akhir.

Recurve Mix Junior Team

Atiq Bazil/Farah Amalina (Akhir)

-          Menang dengan Iraq

-          Akan bertemu India di pertandingan akhir

Recurve Lelaki Team

Mohd Firdaus/Syafiq Izzuddin/Mohd Alif (pusingan pertama)

-          Kalah kepada Thailand

 

Recurve Wanita Team

Siti Rashida/Adibah/Sarah Aminah (Tempat ke-4)

-          Menang dengan Georgia

-          Kalah kepada India

-          Kalah kepada Bangladesh

 

Recurve Mix Team

Mohd Firdaus/Siti Rashida (pusingan pertama)

-          Kalah kepada Bangladesh

Pada tarikh 31/05/2011 akan berlangsungnya pertandingan akhir di Stadium Angkatan Tentera Dhaka, Bangladesh di mana pasukan memenah Pelapis Negara kita berjaya menempatkan diri ke pertandingan akhir bagi acara Recurve Wanita (Olympic Round), Recurve Wanita Junior (Olympic Round), Recurve Wanita Junior Team dan Recurve Mix Junior Team. Semua dari kategori ini pasukan Negara akan menentang pemanah dari Negara India.

 

Sekian laporan dari Pengurus Pasukan Memanah di kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH. 

 

DSCN2268.JPG

DSCN2277.JPG  
DSCN2272.JPG  
DSCN2269.JPG  
DSCN2288.JPG
DSCN2300.JPG

DSCN2309.JPG

DSCN2312.JPG


Sekian, terima kasih.

disediakan oleh :
Hairul Anuar bin Abu Bakar

No comments:

Post a Comment