Tuesday, June 21, 2011

LAPORAN HARI KE-5 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Salam dan namastee,

29/05/2011
Pasukan memanah Pelapis Negara pada pagi ini sedikit ceria dengan keputusan-keputusan yang amat menegejutkan di luar jangkaan di mana pada hari ini dipertandingkan acara Olympic Round untuk semua ketegori iaitu Recurve Winita dan Recurve Wanita Junior pada sebelah pagi manakala Recurve Lelaki dan Recurve Lelaki Junior pada sebelah petang. Pemanah Pelapis wanita kita telah melakukan kejutan mengalahkan pemanah dari India, Taiwan, Iraq, Bhutan, Singapura serta Georgia dan Bangladesh untuk melayakkan diri ke pertandingan akhir iaitu Adibah binti Tajudin (Recurve Wanita) dan Farah Amalina binti Azhar (Recurve Wanita Junior). Untuk makluman semua pertandingan akhir akan diadakan di Stadium Angkatan Tentera Dhaka, Bangladesh pada 31/05/2011. 

Pada sebelah petang pula pasukan memanah Pelapis Negara sedikit suram kerana pemanah lelaki gagal untuk layak ke pertandingan akhir tetapi tetap memberi tentangan yang hebat kepada pihak lawan dalam erti kata walau pun kita tewas tetapi pemanah kita menang dari segi moral kerana bertanding sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Berikut disertakan keputusan pertandingan pada hari ini :

Recurve Wanita (Olympic Round)
1. Adibah bt Tajuddin - ke pertandingan akhir (31/05/2011)
2. Siti Rashida bt Kamar Basah - pusingan kedua  
3. Sarah Aminah bt Mahpar - pusingan pertama

Recurve Wanita Junior (Olympic Round)
1. Adibah bt Tajuddin - ke pertandingan akhir (31/05/2011)
2. Nur Naseha bt Rusli - pusingan kedua
3. Siti Nor Hatika bt Ibrahim - pusingan pertama

Recurve Lelaki (Olympic Round)
1. Mohd Firdaus bin Ishak- pusingan pertama
2. Mohd Aliff Adha bin Hassan - suku akhir
3. Syafiq Izzuddin bin Sulaiman - pusingan pertama
4. Mohd Faris Haziq bin Shuhaimi - suku akhir

Recurve Lelaki Junior (Olympic Round)
1. Muhammad Ikram bin Joni - pusingan kedua
2. Nazir bin Omar - pusingan kedua
3. Atiq Bazil bin Bakri - pusingan kedua

Pada keesokan hari 30/05/2011 pada sebelah pagi akan dipertandingkan acara Recurve Berpasuka Wanita Junior dan Recurve Berpasukan Lelaki Junoir serta ' Recurve Mix Team Junior'. Manakala pada sebelah petang pula  Recurve Berpasukan Wanita dan Recurve Berpasukan Lelaki serta ' Recurve Mix Team'. Kita mengharapkan sesuatu yang indah akan berlaku kepada pemanah Pelapis Negara kita agar dapat dapat melayakkan diri untuk mengiringi pemanah wanita kita untuk bersama-sama ke pertandingan akhir.

Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan Memanah di kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH doakan kejayaan untuk kami di sini.
DSCN2231.JPG

DSCN2234.JPG

DSCN2241.JPG

DSCN2232.JPG

DSCN2261.JPG

DSCN2263.JPG  
DSCN2252.JPG

DSCN2262.JPG   
DSCN2237.JPG


Sekian, terima kasih.

disediakan oleh :
Hairul Anuar bin Abu Bakar


No comments:

Post a Comment