Salam dan Namastee,
26/5/2011
Pagi yang dingin kami didendangkan dengan bunyian ho-hon kenderaan di atas jalanraya yang mana dapat digambarkan betapa sibuk dan sesaknya keadaan jalanraya di sini dengan ketiadaan lampu isyarat dan keadaan jalan yang sangat daif. Seperti mana yang dirancangkan semalam tepat jam 7.30 pagi kami sepasukan mengambil sarapan pagi dengan hidangan roti puri bersama kuah dal, roti bakar dan jem nenas beserta dengan telur. Selesai sarapan kami pemeriksaan peralatan dilakukan oleh Coach Othman dan Coach Azizul kepada semua atlet.
Seterusnya kami terus ke lapang sasar memanah BKSP (Bangladesh Krira Shikkha Protishtan) untuk latihan 'short distence shoot' bermula pada jam 9 pagi sehinggalah jam 11.45 pagi. Atlet-atlet tidak melepaskan peluang bersama-sama atlet dari negara-negara lain yang bertanding dan atlet dari Negara kita memberi sepenuh tumpuan terhadap latihan dan tunjuk ajar yang dicurahkan oleh Coach Othman setelah satu hari tidak menjalani latihan disebabkan perjalanan dari Malaysia.
Setelah selesai latihan kami bergerak pulang ke bilik penginapan untuk makan tengah hari dan pada sebelah petang tiada sesi latihan semua atlet direhatkan di bilik masing-masing. Selesai makan malam seperti kebiasaan pada setiap malam akan diadakan perjumpaan atlet bersama pengurus pasukan dan coach di bilik pengurus pasukan.
Sedikit maklumat berkenaan jadual esok 27/05/2011 (Jumaat) pada sebelah pagi sighters untuk wanita open dan wanita junior pada jam 8.00 pagi , Mesyuarat pengurus pasukan pada jam 12.00 tengah hari manakala sighters untuk lelaki open dan lelaki junior pada jam 1.30 petang dan pada jam 4.30 petang pula majlis perasmian.
Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan bagi kejohanan di 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 dari Dhaka Bangladesh.
--
Hairul Anuar bin Abu Bakar
PKU
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

No comments:
Post a Comment