Sunday, May 15, 2011

Gimrama : HARI KEDUA KARNIVAL 02/2011


Tarikh : 14 Mei 2011
Masa : 2.00 - 7.00 ptg
Tempat : Dewan Badminton Tengku Anis,Pengkalan Chepa,Kelantan

Pertandingan memasuki hari kedua dan acara telah bermula seawal jam 9 pagi. Walaubagaimanapun pasukan Gimrama Perlis hanya terlibat untuk pertandingan yang bermula pada sesi kedua iaitu pada sebelah petang. Atlet Gimrama Perlis akan mengambil bahagian untuk event GRED 2 (Freehand) pada hari ini. Kesempatan bertemu dengan rakan-rakan sdo yang lain pada karnival ini terutamanya tuan rumah dan rakan-rakan sdo yang pernah menjadi tuan rumah karnival juga membolehkan saya berbincang dan mengambil maklumat-maklumat supaya dapat dijadikan panduan untuk penganjuran karnival seterusnya di Perlis nanti.

Sekian,terima kasih

No comments:

Post a Comment