Salam,
Tarikh : 30 April - 1 Mei 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SMK ABI Bilangan
Atlet : 20 orang
Bilangan Jurulatih : 2 orang
Bilangan Urusetia : 2 orang
KLINIK ASAS ANGKAT BERAT SMK ABI
1. Pada 30 April 2011 yang lepas Majlis Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama USPTN Ps dan Persatuan Angkat Berat Negeri Perlis telah mengadakan Klinik Asas angkat berat bertempat di SMK Abi. Seramai 20 orang atlet yang terlibat pada klinik tersebut. Kerjasama daripada pihak sekolah amatlah memberangsangkan.
2. Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis telah merasmikan klinik tersebut dan beliau menyatakan hasrat untuk membangunkan sukan angkat berat melalui program Pelapis ini sebagai platform bagi atlet ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili Negeri Perlis ke temasya SUKMA 2012 di Pahang.
3. Jurulatih telah mengenalpasti 5 orang atlet hasil daripada klinik tersebut berpotensi untuk digilap dan diberi pendedahan ke kejohanan-kejohanan pada masa akan datang.
4. Kesungguhan pihak sekolah dalam menjayakan program ini amat menggalakkan dan sedikit sebanyak membantu program Pelapis dalam pencarian bakat-bakat baru
5. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Pengetua SMK Abi, Persatuan Angkat Berat Negeri Perlis dan kakitangan USPTN Ps dalam menjayakan Klinik Asas Angkat Berat ini.
5. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Pengetua SMK Abi, Persatuan Angkat Berat Negeri Perlis dan kakitangan USPTN Ps dalam menjayakan Klinik Asas Angkat Berat ini.
Sekian terima kasih
Disediakan oleh.MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN
tahniah semua. sangat bagus
ReplyDelete