Sunday, May 15, 2011

Memanah Hari Kedua Kejohanan - Karnival Pelapis Negeri 1/2011

14/5/2011 berlangsung hari ketiga Karnival Pelapis Negeri Sirkit 1/2011 dengan Sukan Memanah memasuki hari kedua Kejohanan dengan acara 30 meter.

Memasuki hari kedua Kejohanan Atlet Memanah USPTN Perlis mula menunjukkan peningkatan yang amat memuaskan. Selain daripada membuat pemantauan terhadap atlet dan jurulatih untuk Karnival Pelapis ini saya sebagai Pegawai Pembangunan Negeri memgambil seberapa banyak maklumat untuk persediaan menjadi tuan rumah Karnival Pelapis Sirkit ke 2/2011 yang dijangka akan berlangsung di Kangar pada penghujung tahun ini..

Bersama-sama ini disertakan keputusan hari kedua kejohanan

Jarak 30 Meter

Bil Nama Pusingan 1 Pusingan 2
1 Mohd Shahiq 293 314
2 Mohd Asly 293 312
3 Aizul Akhmal 223 201
4 Nurhan Hadiff 165
5 Nur Diyana 211 254
6 Nor Asiyah 248 265





Mohd Shahiq dan Mohd Asly berjaya menunjukkan prestasi yang baik tetapi masih belum berjaya untuk berada didalam kelompok 10 terbaik dan jurulatih telah berjanji akan memberi tumpuan kepada kedua-dua atlet ini supaya mereka dapat meningkatkan lagi pretasi.

Selepas kejohanan ini Atlet-atlet akan menyertai Kejohanan Memanah MSSM yang akan berlangsung di Terengganu pada hujung bulan ini...
--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..

No comments:

Post a Comment