Friday, April 8, 2011

Taklimat Kepada Ibu Bapa / Waris (Gimrama)

Pihak USPTN Perlis dengan kerjasama pihak SK Behor Empiang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu taklimat / penerangan pelaksanaan Program Pelapis kepada ibu - bapa atlet bagi sukan Gimrama lanjutan daripada program T.I.D yang diadakan pada awal Mac lalu.

Pn. Rokiah (Pen. Kanan Ko-Kurikulum) mempengerusikan majlis




Turut hadir ialah En. Zawawi b. Zakaria
(Ketua Sektor Pengurusan & Pembangunan, JPN Perlis)



Tarikh : 08.04.2011
Masa : 3.30 -5.30 petang
Tempat : Makmal Komputer, SK Behor Empiang
Kehadiran : 21 orang ibu bapa / waris pelajar

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ybhg Puan Rokiah iaitu Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Behor Empiang, 01000 Kangar, Perlis. Seterusnya sesi taklimat berkaitan Program Pelapis khususnya sukan Gimrama telah diberikan oleh pihak PPN dan Jurulatih Gimrama USPTN Perlis. Sesi soal jawab juga turut dijalankan di antara pihak ibu - bapa pelajar dan pihak USPTN Perlis.

Program ini sekaligus juga bertindak sebagai salah satu dari promosi program dan ia sebagai medium untuk menyampaikan butiran program dengan lebih tepat. Sesi penerangan ini juga diharapkan dapat memperjelaskan hala tuju pelajar dalam bidang sukan.

Perbincangan dengan pihak sekolah selepas taklimat memaklumkan bahawa sekolah dalam proses perbincangan bersama pihak JPN Perlis untuk memohon bantuan alatan latihan gimrama seperti bola dan tali. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SK Behor Empiang yang banyak menyokong dan membantu dalam pelaksanaan program ini.

Laporan Oleh:
Aniza bt Roslan
PPN Gimrama

No comments:

Post a Comment