Tuesday, April 5, 2011

BENGKEL PERIODISASI JURULATIH PROGRAM PELAPIS USPTN PERLIS 2011

Salam,

Bengkel Periodisasi buat julung kalinya dianjurkan oleh USPTN Perlis kepada semua jurulatih yang berada di dalam Program Pelapis di mana melibatkan 9 jenis sukan iaitu angkat berat, memanah, berbasikal, gimrama, lawn bowl, pelayaran, badminton, olahraga dan renang. Seramai 13 orang jurulatih yang terlibat hanya 2 orang jurulatih tidak dapat mengikuti bengkel ini kerana terlibat dengan Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Perlis MSSPs. Bengkel ini berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 4 hingga 6 April 2011. Bengkel ini telah diterajui oleh Ketua Jurulatih Olahraga Pelapis Kebangsaan iaitu Encik Mohd Manshahar Abd Jalil dan diiringi Encik Harun Osman Pengurus Pelapis Kebangsaan bagi memantau sepanjang bengkel ini berlangsung.

Harapan kami dengan terlaksananya bengkel periodisasi ini jurulatih-jurulatih USPTN Perlis dapat menimba ilmu dan dapat melaksanakan penyediaan periodisasi serta dapat menyediakan perancangan yang lebih bersistematik dan lebih berkesan bagi penyediaan pasukan ke kejohanan-kejohanan di peringkat Negeri serta Kebangsaan. Sasaran utama kita adalah terjurus kepada penyediaan pasukan bagi menghadapi Kejohan Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang 2012.

Ucapan terima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis terutama kepada Pengarah Cawangan Pelapis iaitu Encik Jefri Ngadirin di atas sokongan padu kepada program-program pembangunan yang dianjurkan bagi kemajuan sukan di peringkat Negeri dan seterusnya melahirkan jaguh di peringkat antarabangsa.

1 comment: