Wednesday, April 13, 2011

Mesyuarat JKK Sukan Akuatik (Renang)






Tarikh: 12 April 2011
Masa :3.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat ,Majlis Sukan Negeri Perlis

Kehadiran
1.En Muhamad Azahari B Ramli (Pengerusi-Wakil MSNPs
2.En. Hairul Anuar B Abu Bakar (PKU USPNTPs)
3.Puan Pawarni (Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Perlis)
4.En Hapis b M. Shariff (Wakil Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis)
5.Cik Goh Kim Nee (Wakil Jabatan Pelajaran Perlis)
6.En Mohd Yusoff (JSM Akuatik Reanag)
7.En Saufik Redzuan B Subri ( PPN Akuatik Renang)
8.Pn Lim Guat Hua (Wakil Ibu Bapa Atlet)


Perbincangan

1. Mesyaurat JKK berjaya dilaksanakan dengan mendapat Kerjasama baik daripada MSN Perlis, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis,Persatuan Renang Amatur Perlis,Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Jurulatih Samabilan dibawah Program Pelapis Negeri Perlis dan Wakil Ibu Bapa Atlet.

2.Buat pertama kalinya Wakil Jabatan Pelajaran Perlis telah menghadiri Mesyuarat JKK dan pihak USPTNPs amat berbesar hati dan berterima kasih kepada beliau kerana dapat hadir ke mesyuarat ini.

3.Hasil daripada mesyuarat tersebut Pihak MSNPs dan Jabatan Pelajaran Perlis akan membantu Pihak USPTNPs untuk mengadakan lebih banyak kejohanan dalaman yang akan dibantu oleh kedua-dua agensi tersebut. Di pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mereka akan membantu dari aspek kemudahan Kolam dan melaksanakan Program Pearlkids yang mana pihak USPTNPs akan membuat pemilihan dan pemantauan atlet yang berbakat yang boleh diserapkan kedalam Program Pelapis Negeri.

4. Selain itu pihak persatuan telah bersetuju untuk membantu Pihak USPTNPs dalam menyediakan pegawai teknikal bagi membantu untuk menjayakan Karnival Pelapis sirkit 2 pada bulan Oktober 2011.

5.Pengurusi juga mengharapkan pihak unit untuk mempercepatkan penggantian jurulatih Terjun.ini kerana Sukan Terjun adalah antara penyumbang pingat kepada Negeri Perlis Di Temasya SUKMA.En Hairul memberi maklumbalas, pihak unit dalam perbincangan untuk mempercepatkan proses pengantian tersebut

6.Pihak USPTNPs Berharap dengan kerjasama dari MSNPs, Jabatan Pelajaran,Jabatan Belia dan Sukan serta Jurulatih dan peranan ibu bapa dapat membantu menjayakan Program Pelapis Negeri dan Sukan Akuatik negeri Perlis mencapai Kejayaan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment