Wednesday, April 27, 2011

BENGKEL PENGUKUHAN KETUA UNIT DAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI (USPTN) CAWANGAN PELAPIS MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA


Salam hormat,

Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Ketua Unit dan Pegawai Pembangunan Negeri seluruh Malaysia telah berlangsung pada 26 hingga 28 April 2011 di Hotel Grand Paragon Johor Bahru, Johor. Penglibatan daripada pegawai-pegawai daripada Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau, Pelapis Negeri serta USPTN seluruh Negara bersama-sama meningkatkan pengetahuan serta halatuju Program Pelapis lebih jelas serta penambahbaikan.

Dengan kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia sedikit sebanyak memberi impak yang positif dalam melaksanakan program Pelapis dapat begerak lebih lancar dengan jalinan kerjasama yang baik daripada agensi-agensi ini bersama-sama diperingkat Kementerian khususnya dan di peringkat amnya.

Kesimpulannya dengan adanya bengkel seperti ini sekurang-kurangnya menggalakkan para penggiat sukan di peringkat negeri dan kebangsaan bagi merealisasikan hasrat melahirkan atlet yang cemerlang di dalam bidang sukan dapat dicapai.

disediakan oleh:
Hairul Anuar bin Abu Bakar

Tuesday, April 26, 2011

KEJOHANAN LAWN BOWLS KEDAH NATIONAL SINGLE AND PAIRS


Pasukan Lawn Bowls USPTN Perlis telah menyertai Kedah National Single And Pairs yang berlangsung pada 21 hingga 26 April 2011 di Gelanggang Lawn Bowls Alor Setar, Kedah.

Kejohanan ini dapat disertai oleh atlet Lawn Bowls Perlis diatas usaha dan inisiatif ibu bapa dan JSM Lawn Bowls Perlis mengeluarkan peruntukkan sendiri kerana pihak USPTN Perlis dan juga MSN Perlis tidak mengeluarkan bajet untuk ke kejohanan tersebut.Pihak USPTN Perlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas usaha Ibu bapa dan juga JSM Lawn Bowls Perlis.

3 orang atlet telah menyertai kejohanan tersebut iaitu 1 lelaki dan juga 2 wanita.

Sekia terima kasih.................

--

Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..

Thursday, April 21, 2011

MESYUARAT JKK PELAYARAN 01/2011






Salam,

Tarikh : 18/4/2011
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat MSN Perlis
Kehadiran :Noor Zaidi B Hamad - Pegawai Belia & Sukan
: Mior Zuhry Azim B Mior Adnan - PBS Angkat Berat & Pelayaran
: En Sukri B. Abdul Karim - JSM
: En Rohaizat B Che Idrus - JSM / Wakil Persatuan
: Suwaidah Azmi - PT/PO

MESYUARAT JKK PELAYARAN USPTN PERLIS 01/2011

ULASAN.

1. Mesyuarat JKK berjaya dijalankan dengan jayanya serta mendapat kerjasama baik daripada wakil dari MSN Perlis dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Persatuan Pelayaran Negeri Perlis dan jurulatih di bawah Program Pelapis Negeri Perlis.

2. Tiada wakil dari Jabatan Pelajaran Perlis dan Jabatan Belia & Sukan kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat tersebut.

3. Encik Rohaizat juga memaklumkan tentang permohonan untuk mendapatkan alatan Sukan Pelayaran seperti Laser Bot Bic Techno dan rak penyimpanan bot.

4. Pihak Majlis Sukan Negeri Perlis menyatakan hasrat akan membantu pihak persatuan bagi mendapatkan alatan-alatan yang diperlukan untuk latihan.

5. Pengerusi juga memuji pihak persatuan kerana telah berjaya menganjurkan Kejohanan Perlis International Open Regatta pada Bulan Februari yang lepas dengan jayanya. Beliau juga menyatakan hasrat untuk membantu pada penganjuran kejohanan yang akan diadakan pada ahkir tahun ini.

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh:
MIOR ZUHRY AZIM MIOR ADNAN



Sekian, terima kasih.

Monday, April 18, 2011

Kejohanan Memanah Terbuka Universiti Utara Malaysia


Pasukan Memanah USPTN Perlis telah menyertai Kejohanan Memanah Terbuka UUM pada 14 - 17 April 2011 yang bertempat di Padang Memanah Universiti Utara Malaysia.

USPTN Perlis telah menghantar seramai 1 Pegawai 2 Jurulatih dan 4 orang atlet Lelaki. Atlet Memanah hanya memasuki acara recurve.

--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..


Thursday, April 14, 2011

KEJOHANAN BADMINTON 100 PLUS SIRKIT 2 IPOH PERAK



TARIKH: 14 APRIL 2011


TEMPAT : IPOH PERAK


ATLET 12 LELAKI 1 PEREMPUAN.


PEGAWAI TERLIBAT : SAUFIK REDZUAN,ZULKEFLE,A'AMAR, RIZUANA DAN AZMIL


Pada kejohanan ini perlis telah menghantar seramai 13 orang atlet.pada kejohanan ini tiada sasaran yang diletakkan. Ini kerana pemain harapan perlis tidak beraksi dengan konsisten .seperti yang di jangka para pemain Perlis tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran gelanggang yang baru.berikut adalah keputusan :

PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 12 TAHUN

Chan Yee Jun-Pusingan kedua

Jack Rocca Oi-Pusingan Kedua

Mohd Farhan Fikri-Pusingan Pertama

Yee Bing Xian-Pusingan kedua


BERGU LELAKI BAWAH 12 TAHUN

Yee Bing Xian / Jack Rocca Oi-Pusingan Pertama

Chan Yee Jun / Mohd Farhan-Pusingan kedua


PERSEORANGAN WANITA BAWAH 12 TAHUN

Nur Rizwani bt Redzuan-Pusingan Prtama


PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 14 TAHUN

Amir Syazwan Al Razi-Pusingan Pertama

Chan Xie Yang - Pusingan Pertama

Chan Yee Siang-Pusingan Pertama


BERGU LELAKI BAWAH 14 TAHUN

Amir Syazwan Al Razi / Chan Yee Siang - Suku Akhir


PERAEORANGAN LELAKI BAWAH 16 TAHUN

Lee Shee Yang- Pusingan Kedua

Amier Zubairie - Pusingan Kedua

Tan Vi Hen- Pusingan Kedua


PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 18 TAHUN

Chee Wei Zhong -Pusingan Kedua


BERGU LELAKI BAWAH 18 TAHUN

Chee Wei Zhong / Wong Kai Jun- Pusingan Pertama


Wednesday, April 13, 2011

LAWATAN PEMANTAUAN DAN PERJUMPAAN ATLET BERBASIKAL PLN PERLIS







Salam,

LAWATAN PEMANTAUAN DAN PERJUMPAAN ATLET BERBASIKAL PLN PERLIS

TARIKH : 12/4/2010
MASA : 5.30 PETANG
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN NEGERI
PROGRAM : "LIGHT TRAINING"
KEHADIRAN ATLET : 12 ORANG
KEHADIRAN JURULATIH : 2 ORANG

LAPORAN PEMANTAUAN

1. ATLET BARU MENYERTAI KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA SPORTEXCEL SIRKIT 2/2011 DI VELEDROM CHERAS KUALA LUMPUR PADA 8 HINGGA 10 APRIL 2010. PLN BERBASIKAL PERLIS BERJAYA MEMBAWA PULANG 2 PINGAT GANGSA.

2. ATLET MASIH BERADA DALAM KEADAAN KELETIHAN DAN JURULATIH HANYA MENJALANKAN "LIGHT TARINING" DI SEKITAR KOMPLEKS SUKAN NEGERI.

3. ENCIK MUHD AFANDI DAN ENCIK ROSMAINI MEMAKLUMKAN ADA 3 ORANG ATLET BARU AKAN MENJALANI LATIHAN IAITU 2 ATLET LELAKI DAN SEORANG ATLET WANITA.

4. HASIL DARIPADA PERJUMPAAN BERSAMA ATLET DIDAPATI BASIKAL LATIHAN TIDAK MENCUKUPI UNTUK KEPERLUAN SEMASA LATIHAN DAN SEMASA PERTANDINGAN.

5. PADA MASA YANG SAMA DIADAKAN PERBINCANGAN BAGI MENGADAKAN KLINIK BERBASIKAL DI PERLIS DAN TARIKH DAN TEMPAT AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN SETELAH BERBINCANG DENGAN KETUA JURULATIH PELAPIS KEBANGSAAN IAITU ENCIK SOOD.

disediakan oleh:
HAIRUL ANUAR ABU BAKAR

Mesyuarat JKK Sukan Akuatik (Renang)






Tarikh: 12 April 2011
Masa :3.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat ,Majlis Sukan Negeri Perlis

Kehadiran
1.En Muhamad Azahari B Ramli (Pengerusi-Wakil MSNPs
2.En. Hairul Anuar B Abu Bakar (PKU USPNTPs)
3.Puan Pawarni (Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Perlis)
4.En Hapis b M. Shariff (Wakil Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis)
5.Cik Goh Kim Nee (Wakil Jabatan Pelajaran Perlis)
6.En Mohd Yusoff (JSM Akuatik Reanag)
7.En Saufik Redzuan B Subri ( PPN Akuatik Renang)
8.Pn Lim Guat Hua (Wakil Ibu Bapa Atlet)


Perbincangan

1. Mesyaurat JKK berjaya dilaksanakan dengan mendapat Kerjasama baik daripada MSN Perlis, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis,Persatuan Renang Amatur Perlis,Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Jurulatih Samabilan dibawah Program Pelapis Negeri Perlis dan Wakil Ibu Bapa Atlet.

2.Buat pertama kalinya Wakil Jabatan Pelajaran Perlis telah menghadiri Mesyuarat JKK dan pihak USPTNPs amat berbesar hati dan berterima kasih kepada beliau kerana dapat hadir ke mesyuarat ini.

3.Hasil daripada mesyuarat tersebut Pihak MSNPs dan Jabatan Pelajaran Perlis akan membantu Pihak USPTNPs untuk mengadakan lebih banyak kejohanan dalaman yang akan dibantu oleh kedua-dua agensi tersebut. Di pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mereka akan membantu dari aspek kemudahan Kolam dan melaksanakan Program Pearlkids yang mana pihak USPTNPs akan membuat pemilihan dan pemantauan atlet yang berbakat yang boleh diserapkan kedalam Program Pelapis Negeri.

4. Selain itu pihak persatuan telah bersetuju untuk membantu Pihak USPTNPs dalam menyediakan pegawai teknikal bagi membantu untuk menjayakan Karnival Pelapis sirkit 2 pada bulan Oktober 2011.

5.Pengurusi juga mengharapkan pihak unit untuk mempercepatkan penggantian jurulatih Terjun.ini kerana Sukan Terjun adalah antara penyumbang pingat kepada Negeri Perlis Di Temasya SUKMA.En Hairul memberi maklumbalas, pihak unit dalam perbincangan untuk mempercepatkan proses pengantian tersebut

6.Pihak USPTNPs Berharap dengan kerjasama dari MSNPs, Jabatan Pelajaran,Jabatan Belia dan Sukan serta Jurulatih dan peranan ibu bapa dapat membantu menjayakan Program Pelapis Negeri dan Sukan Akuatik negeri Perlis mencapai Kejayaan yang cemerlang.

Tuesday, April 12, 2011

Latihan Pertama Atlet TID Gimrama










Tarikh : 12.04.2011
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat : PLN Gimrama
Kehadiran :
a) Atlet - 2 orang
b) Atlet baru - 14 orang

Atlet-atlet yang dipilih dalam TID gimrama yang diadakan pada awal Mac lalu telah hadir ke dewan latihan buat pertama kalinya pada hari ini. Program ini mendapat sambutan yang amat baik dari pihak sekolah di mana pihak sekolah ada mengaturkan pengangkutan sekiranya ada pihak ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak-anak mereka. Pihak sekolah juga ada menyertakan guru pengiring bersama-sama pelajar yang hadir. Kehadiran atlet senior sedikit sebanyak membuatkan atlet-atlet baru teruja dengan kemahiran-kemahiran yang mereka tunjukkan. Ada juga sebahagian ibu bapa yang menunggu kerana hendak melihat anak mereka berlatih.

Sekian,terima kasih.

Laporan Oleh
Aniza bt Roslan
PPN Gimrama

Monday, April 11, 2011

Pemantauan ke Pusat Latihan Badminton di Dewan Badminton Kangar Perlis






Tarikh : 11 April 2011

Jam : 3.00 Petang

Tempat : Dewan Badminton Kangar

Atlet : 13 orang

Jurulatih : A'amar Hashim Dan Zulkefle Md Nor

Latihan yang dijalankan arini adalah match play dan latihan terakhir sebelum bertolak ke Ipoh Perak untuk Kejohanan Sirkit 2 zon a.

kehadiran amat memuaskan . Jurulatih melatih dan tunjuk ajar tentang skill dan teknik yang betul.


sekian terima kasih

Laporan oleh
SAUFIK REDZUAN B SUBRI
PPN Sukan Badminton & Renang.