Friday, June 24, 2011

OLAHRAGA : PEMANTAUAN DAN PERJUMPAAN BERSAMA J/LATIH






Tarikh : 23.06.2011
Masa : 5.10 petang
Tempat : PLN Olahraga

Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet untuk memaklumkan pergerakan kontinjen ke Kuala Lumpur untuk penyertaan Kejohanan Olahraga Terbuka Remaja Selangor (Selangor Junior Open) pada keesokan harinya. Latihan berjalan lancar. Kehadiran atlet ke sesi latihan adalah konsisten. Latihan pada hari ini adalah sebagai persiapan terakhir sebelum bertolak esok. Sebanyak 8 orang atlet terpilih untuk ke kejohanan tersebut. Perbincangan bersama jurulatih juga mencadangkan untuk diadakan mesyuarat JKK kali ke-2 pada bulan Ogos nanti.

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh:
Aniza Bt Roslan
PPN Olahraga

Wednesday, June 22, 2011

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT

Salam,

Tarikh : 21/6/2011
Masa : 5.30 petang
Tempat : Gymnasium Angkat Berat MSNPs
Kehadiran : 6 Atlet 2 Jurulatih
Pemantaun Sukan Angkat Berat

ULASAN.

1.Kehadiran atlet seramai 6 orang atlet dan 2 jurulatih. Seramai 2 orang atlet baru dari Smk Abi datang untuk sama-sama membuat latihan di gymnasium angkat berat MSNPS.

2. Satu perbincangan bersama jurulatih untuk persiapan Kejohanan Angkat Berat Zon utara yang akan diadakan pada bulan Julai. Antara topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan kategori yang akan di pertandingkan.

3. Jurulatih Mohd Faiz Musa bersetuju untuk membuat ujian rekod angkatan pada minggu hadapan.

4. JSM En Rusli B. Othman terlalu banyak menumpukan perhatian kepada program paralimpik daripada program Pelapis.

Sekian terima kasih.IMAG0015.jpgIMAG0016.jpgIMAG0018.jpg


IMAG0026.jpg


IMAG0020.jpg











Disediakan oleh:
MIOR ZUHRY AZIM MIOR ADNAN

Tuesday, June 21, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN BERBASIKAL (UJIAN KECERGASAN)

Salam,

Tarikh : 20/6/2011
Masa : 4.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Negeri
Kehadiran : 14 Atlet
: 2 Jurulatih

Aktiviti yang dijalankan semasa pemantauan

Ujian Kecergasan 2.4 KM

1. Menetapkan kepada semua atlet untuk menjalani ujian kecergasan pada setiap 3 bulan sekali bagi tujuan memantau tahap kecergasan setiap atlet yang berada dalam pusat latihan.

2. Para atlet bersemangat untuk menjalani latihan bagi persediaan pasukan Negeri Perlis untuk mentertai Kejohanan GP Lebuhraya yang akan diadakan di Kuantan Pahang pada 24 hingga 26 Jun 2011 dan Kejohanan SportExcel Lebuhraya sirkit 2/2011 pada 15 hingga 17 Julai 2011 di Kangar Perlis.
3. Telah menetapkan kepada semua atlet untuk ujian kecergasan ini di mana bagi atlet lelaki harus melakukan sekurang-kurangnya di bawah 10 minit dan bagi atlet wanita pula di bawah 12 minit.

4. Hasil daripada ujian tersebut didapati atlet berbasikal PLN perlis berada dalam tahap kecergasan yang baik dan bersedia untuk mengharungi kejohanan-kejohanan yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

--
Hairul Anuar bin Abu Bakar
PKU
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

LAPORAN HARI KE-7 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Salam,

31/05/2011
Kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 memasuki hari yang terakhir di mana semua yang melibatkan pertandingan akhir diadakan khas di Stadium Angkatan Tentera Dhaka, Bangladesh. Pemanah Pelapis Negara  tidak terkecuali untuk sama-sama berada di dalam senarai pemanah untuk ke peringkat akhir iaitu Adibah Tajuddin bagi acara (Recurve Wanita), Farah Amalina Azhar (Recurve Wanita Junior), Atiq Bazil dan Farah Amalina Azhar (Recurve Junior Mix Team) dan Farah Amalina, Nur Naseha serta Siti Nor Hatika (Recurve Wanita Junior Team).

Persipan pasukan memanah kita dilakukan dengan rapi dan melangkah masuk ke stadium pada tepat jam 12.00 tengah hari diiringi doa dan harapan dari jurulatih serta rakan sepasukan bersama-sama memberi sokongan kepada pemanah-pemanah yang memasuki peringkat akhir. Tiada kata lain dapat disampaikan penentuan emas atau pun perak hanya terletak di jari pemenah-pemanah muda Pelapis Negara.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang melibatkan pertandingan akhir pemanah pelapis negara di kejohanan 3rd Asian Archery Grand Prix dan Asian Youth Archery Championship :

Recurve Wanita (Perak)
Abibah Tajuddin kalah kepada Rimil Buriuly (India) dengan mata 4-6 dan merangkul pingat perak.

Recurve Wanita Junior (Emas)
Farah Amalina Azhar mengalahkan Himani Boro (India) dengan mata 6-0 dan memenagi emas.

Recurve Junior Mix Team (Perak)
Atiq Bazil dan Farah Amalina kalah kepada India dengan mata 133-144 gagal mengulangi kecemerlangan merangkul pingat perak 

Recurve Wanita Junior Team (Perak)
Farah Amalina, Nur Naseha dan Siti Nor Hatika hanya merangkul pingat perak setelah kalah kepada trio dari India dengan mata 139-169.

Pingat Keseluruhan dari Malaysia
1 Emas
3 Perak
1 Gangsa

Walau bagaimanapun misi, tugas dan tanggungjawab telah dilaksanakan dengan baik dan lancar oleh semua peringkat dari Pengurus pasukan, jururlatih dan atlet sepanjang kami di sini dan ini merupakan ole-ole dari Bangladesh yang dapat kami bawa pulang ke Malaysia sebagai tanda ingatan dan tidak di pandang rendah oleh negara-negara yang turut sama bertanding yang sangat menghormati pasukan Negara kita pada edisi kali ini. Tirai kejohanan telah pun dilabuhkan dan penerbangan ke Malaysia pada jam 4.30 waktu Dhaka dan dijangka sampai ke Lapangan Terbang LCCT pada jam 10.30 waktu tempatan. Selamat tinggal Bangladesh semoga menjadi suatu kenangan yang indah yang tidak dapat dilupakan untuk kami semua sepanjang kami di sini.

Sekian sahaja laporan terakhir daripada Pengurus Pasukan di kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.

DSCN2333.JPG   
DSCN2335.JPG

DSCN2342.JPG
DSCN2338.JPG

DSCN2339.JPG   
DSCN2346.JPG   
DSCN2362.JPG  
DSCN2366.JPG

DSCN2368.JPG

DSCN2375.JPG   
DSCN2371.JPG

DSCN2350.JPG


Sekian, terima kasih. 

disediakan oleh :
Hairul Anuar bin Abu Bakar


LAPORAN HARI KE-6 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Salam,


30/05/2011

Pertandingan telah masuk hari yang ketiga pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh pemanah kita walaupun menghadapi kesukaran tetap memberi persembahan yang baik bagi menghadapi pemanah-pemanah yang handal daripada India,Thailand, Taiwan, Singapura dan tuan rumah iaitu Bangladesh. Namun begitu pada awal pagi lagi pemanah Pelapis Negara melangkah ke padang dengan tekad dan keazaman yang tinggi bagi meneruskan cabaran Negara bagi melayakkan diri ke pertandingan akhir.

Pada hari ini pada sebelah pagi dipertnadingkan bagi acara Recurve Lelaki Junior Team, Recurve Wanita Junior Team dan Recurve Mix Junior Team. Manakala pada sebelah petang pula Recurve Lelaki Team, Recurve Wanita Team dan Recurve Mix Team. Berikut adalah keputusan rasmi pemanah-pemanah Pelapis Negara :


Recurve Lelaki Junior Team

Mohd Ikram/Nazir Omar/Aatiq Bazil (Gangsa)

-           Kalah kepada  India

-           Menang dengan Iraq

Recurve Wanita Junior Team

Farah Amalina/Nur Naseha/Siti Nor Hatika (Akhir)

-          Menang dengan Bangladesh

-          Akan bertemu India di pertandingan akhir.

Recurve Mix Junior Team

Atiq Bazil/Farah Amalina (Akhir)

-          Menang dengan Iraq

-          Akan bertemu India di pertandingan akhir

Recurve Lelaki Team

Mohd Firdaus/Syafiq Izzuddin/Mohd Alif (pusingan pertama)

-          Kalah kepada Thailand

 

Recurve Wanita Team

Siti Rashida/Adibah/Sarah Aminah (Tempat ke-4)

-          Menang dengan Georgia

-          Kalah kepada India

-          Kalah kepada Bangladesh

 

Recurve Mix Team

Mohd Firdaus/Siti Rashida (pusingan pertama)

-          Kalah kepada Bangladesh

Pada tarikh 31/05/2011 akan berlangsungnya pertandingan akhir di Stadium Angkatan Tentera Dhaka, Bangladesh di mana pasukan memenah Pelapis Negara kita berjaya menempatkan diri ke pertandingan akhir bagi acara Recurve Wanita (Olympic Round), Recurve Wanita Junior (Olympic Round), Recurve Wanita Junior Team dan Recurve Mix Junior Team. Semua dari kategori ini pasukan Negara akan menentang pemanah dari Negara India.

 

Sekian laporan dari Pengurus Pasukan Memanah di kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH. 

 

DSCN2268.JPG

DSCN2277.JPG  
DSCN2272.JPG  
DSCN2269.JPG  
DSCN2288.JPG
DSCN2300.JPG

DSCN2309.JPG

DSCN2312.JPG


Sekian, terima kasih.

disediakan oleh :
Hairul Anuar bin Abu Bakar

LAPORAN HARI KE-5 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Salam dan namastee,

29/05/2011
Pasukan memanah Pelapis Negara pada pagi ini sedikit ceria dengan keputusan-keputusan yang amat menegejutkan di luar jangkaan di mana pada hari ini dipertandingkan acara Olympic Round untuk semua ketegori iaitu Recurve Winita dan Recurve Wanita Junior pada sebelah pagi manakala Recurve Lelaki dan Recurve Lelaki Junior pada sebelah petang. Pemanah Pelapis wanita kita telah melakukan kejutan mengalahkan pemanah dari India, Taiwan, Iraq, Bhutan, Singapura serta Georgia dan Bangladesh untuk melayakkan diri ke pertandingan akhir iaitu Adibah binti Tajudin (Recurve Wanita) dan Farah Amalina binti Azhar (Recurve Wanita Junior). Untuk makluman semua pertandingan akhir akan diadakan di Stadium Angkatan Tentera Dhaka, Bangladesh pada 31/05/2011. 

Pada sebelah petang pula pasukan memanah Pelapis Negara sedikit suram kerana pemanah lelaki gagal untuk layak ke pertandingan akhir tetapi tetap memberi tentangan yang hebat kepada pihak lawan dalam erti kata walau pun kita tewas tetapi pemanah kita menang dari segi moral kerana bertanding sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Berikut disertakan keputusan pertandingan pada hari ini :

Recurve Wanita (Olympic Round)
1. Adibah bt Tajuddin - ke pertandingan akhir (31/05/2011)
2. Siti Rashida bt Kamar Basah - pusingan kedua  
3. Sarah Aminah bt Mahpar - pusingan pertama

Recurve Wanita Junior (Olympic Round)
1. Adibah bt Tajuddin - ke pertandingan akhir (31/05/2011)
2. Nur Naseha bt Rusli - pusingan kedua
3. Siti Nor Hatika bt Ibrahim - pusingan pertama

Recurve Lelaki (Olympic Round)
1. Mohd Firdaus bin Ishak- pusingan pertama
2. Mohd Aliff Adha bin Hassan - suku akhir
3. Syafiq Izzuddin bin Sulaiman - pusingan pertama
4. Mohd Faris Haziq bin Shuhaimi - suku akhir

Recurve Lelaki Junior (Olympic Round)
1. Muhammad Ikram bin Joni - pusingan kedua
2. Nazir bin Omar - pusingan kedua
3. Atiq Bazil bin Bakri - pusingan kedua

Pada keesokan hari 30/05/2011 pada sebelah pagi akan dipertandingkan acara Recurve Berpasuka Wanita Junior dan Recurve Berpasukan Lelaki Junoir serta ' Recurve Mix Team Junior'. Manakala pada sebelah petang pula  Recurve Berpasukan Wanita dan Recurve Berpasukan Lelaki serta ' Recurve Mix Team'. Kita mengharapkan sesuatu yang indah akan berlaku kepada pemanah Pelapis Negara kita agar dapat dapat melayakkan diri untuk mengiringi pemanah wanita kita untuk bersama-sama ke pertandingan akhir.

Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan Memanah di kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH doakan kejayaan untuk kami di sini.
DSCN2231.JPG

DSCN2234.JPG

DSCN2241.JPG

DSCN2232.JPG

DSCN2261.JPG

DSCN2263.JPG  
DSCN2252.JPG

DSCN2262.JPG   
DSCN2237.JPG


Sekian, terima kasih.

disediakan oleh :
Hairul Anuar bin Abu Bakar


LAPORAN HARI KE-4 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Salam Bangladeshi,

28/05/2011
Hari ini merupakan hari kemuncak di mana merupakan pertandingan yang sebenar, atlet-atlet dibekalkan dengan persiapan mental dan fizikal yang secukupnya di tambah pula dengan iringan doa dan harapan daripada kami selaku pegawai dan jurulatih yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan jatuh bangunnya atlet-atlet pelapis di sini. Tepat jam 8.30 pagi bermula acara bagi Recurve Wanita dan Recurve Wanita Junior 70M X 2 sehingga jam 12.00 manakala Recurve Lalaki dan Recurve Lelaki Junior 70M X 2 pada pukul 1.30 petang hingga jam 5.00 petang.

Pada kejohanan pada kali seperti mana semua sedia maklum atlet daripada Pelapis Kebangsaan, Akademi Serantau Zon Selatan, Akademi Serantau Zon Utara dan atlet Pelapis Negeri berpusat di UiTM Jengka, Pahang dibentuk untuk menjadi satu pasukan hanya mengambil masa lebih kurang (5) hari untuk datang ke sini. Berikut disertakan keputusan kejohanan pada hari ini:

Recurve Wanita 70M X 2
1. Siti Rashida bt Kamar Basah - 612 mata/ kedudukan - 11/28
2. Adibah bt Tajudin                     - 582 mata/ kedudukan - 18/28
3. Sarah Aminah bt Mahpar        - 526 mata/ kedudukan - 25/28

Recurve Wanita Junior 70M X 2
1. Farah Amalina bt Azhar           - 584 mata/ kedudukan - 5/15
2. Nur Naseha bt Rusli                 - 503 mata/ kedudukan - 10/15 (pecah rekod peribadi)
3. Siti Nor Hatika bt Ibrahim        - 497 mata/ kedudukan - 11/15

Recurve Lelaki 70M X 2
1. Mohd Firdaus bin Ishak           - 630 mata/ kedudukan - 13/38 (pecah rekod peribadi)
2. Shafiq Izzuddin bin Sulaiman  - 622 mata/ kedudukan - 17/38
3. Mohd Alif Adha bin Hassan    - 620 mata/ kedudukan - 18/38 (pecah rekod peribadi)
4. Mohd Faris Haziq Shuhaimi   - 609 mata/ kedudukan - 21/38

Recurve Lelaki Junior 70M X 2
1. Muhammad Ikram bin Joni      - 626 mata/ kedudukan - 8/18 (pecah rekod peribadi)
2. Nazir bin Omar                         - 621 mata/ kedudukan - 10/18 (pecah rekod peribadi)
3. Atiq Bazil bin Bakri                  - 612 mata/ kedudukan - 12/18

Sesungguhnya kami mengharapkan sesuatu yang baik kepada pasukan memanah di sini untuk acara pada esok agar memberi sedikit keceriaan serta doakan kejayaan kami disini. Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.
DSCN2212.JPG

DSCN2215.JPG


DSCN2211.JPG

DSCN2218.JPG


Sekian, terima kasih.

disediakan oleh :
Hairul Anuar bin Abu Bakar

LAPORAN HARI KETIGA 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH


Salam,

27/05/2011
Persiapan pasukan memanah sudah sampai ke kemuncaknya iaitu pada hari ini merupakan merupakan hari terakhir sebelum kejohanan bermula pada esok diadakan sighters bagi atlet wanita terbuka dan wanita junior pada sebelah pagi manakala atlet lelaki terbuka dan lelaki junior pada sebelah petang. Setakat ini tahap kesihatan atlet masih berada di dalam keadaan baik di mana segala pemakan atlet dijaga dan dipantau sepanjang masa bagi mengelakkan terjadinya keracunan makanan. Seperti sedia maklum keadaan persekitaran di Bangladesh sangat kotor dengan keadaan jalan yang becak dan bau hancing di sana sini serta keadaan cuaca yang tidak menentu dan sukar diramal. 

Pada tepat jam 12 tengah hari mesyuarat pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh Mejar (B) Baharudin bin Jamil selaku Technical Deligate (TD) dan juga merupakan Vice Presiden Asian Archery Federation (AAF) telah mengesahkan sebanyak 14 negara yang akan bertanding pada kejohanan kali ini di mana ada penambahan bilangan negara yang menyertai kejohanan ini iaitu terdiri daripada:
1. Bangladesh -27
2. Bhutan - 8
3. Georgia - 5
4. Hong Kong - 4
5. India - 29
6. Iraq - 24
7. Kazakhstan - 9
8. Malaysia - 16
9. Nepal - 4
10. Pakistan - 4
11. Singapura - 13
12. Taiwan - 11
13. Tajikistan - 1
14. Thailand - 5

Tepat jam 4.30 petang waktu Bangladesh majlis perasmian telah diadakan di lapang sasar memanah BKSP yang dirasmikan oleh Menteri Sukan Bangladesh, majlis berjalan dengan lancar walaupun atucara yang sangat singkat dan padat amat memberi makna kepada atlet pelapis Negara kita yang amat bersemangat dan berkobar-kobar untuk bertanding. Rutin harian tepat jam 8.30 perjumpaan atlet bersama jurulatih dan pengurus pasukan diadakan sebagai amanat terakhir dan persiapan atlet untuk bertanding pada esok hari. 

Berikut adalah jadual untuk 28/05/2011 jam 9.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari merupakan kelayakan Recurve Wanita dan Recurve Junior Wanita 70M X 2 dan di sebelah petang pada 1.30 hingga jam 5.00 petang Recurve Lelaki dan Recurve Junior Lelaki. Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.

Sekian. 
DSCN2187.JPG

DSCN2188.JPG

DSCN2193.JPG

DSCN2196.JPG

DSCN2201.JPG

DSCN2208.JPG