Friday, March 25, 2011

Perlis Pairs dan Singles 2011

Tarikh Kejohanan: 21 - 25 Mac 2011
Anjuran : Persekutuan Boling Padang Malaysia dan Persatuan Boling Padang Negeri Perlis
Acara : Pairs dan Singles

Untuk kejohanan ini USPTN Perlis telah menghantar 11 orang atlet 2 jurulatih dan seorang pegawai
yang merangkap sebagai pengurus pasukan.

Untuk acara single atlet terbaik bagi USPTN Perlis iaitu Auni Fatian bt Kamis telah layak hingga ke
suku akhir setelah dikalahkan oleh pemain dari Selangor.Acara Singles telah berakhir pada 22 Mac 2011.

Untuk acara Pairs 2 pasukan Pairs telah layak ke suku akhir dan sedang bertanding pada peringkat tersebut
Pairs tersebut iaitu Pairs wanita yang di sertai oleh Narshimi bt Shafiee dan Auni Fatiah bt Kamis serta bagi
pairs lelaki iaitu Abd Syafiq Afif bin Abd Rahman dan Muhammad Danial bin Kamarulzaman.

Keputusan penuh akan di makluman setelah kejohanan tamat pada petang nanti..

Terima Kasih

Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Perlis

1 comment:

  1. tahniah la usptn perlis. mcm ini baru sukan di perlis maju..hidup usptn

    ReplyDelete