Thursday, March 31, 2011

MESYUARAT JKK SUKAN BERBASIKAL






Salam,

Tarikh : 30/3/2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat MSN Perlis
Kehadiran : Encik Muhd Azahari bin Ramli - Pengarah MSN Perlis (Pengerusi)
: Hairul Anuar bin Abu Bakar - PKU/PPN Berbasikal
: Mohd Hapis bin Shariff - Jabatan Belia dan Sukan Perlis
: Rohani bt Ishak - Persatuan Lumba Basikal Negeri Perlis
: Muhd Afandi bin Abdullah - Jurulatih Sepenuh Masa
: Rosmaini bin Md Rejab - Jurulatih Sambilan


MESYUARAT JKK BERBASIKAL USPTN PERLIS

ULASAN.

1. Mesyuarat JKK berjaya dijalankan dengan jayanya walaupun pada masa yang sama keadaan banjir semakin buruk melanda bandar Kangar. Mendapat kerjasama baik daripada Pengarah MSN Perlis dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis serta Persatuan Lumba Basikal Negeri Perlis dan jurulatih di bawah Program Pelapis Negeri Perlis.

2. Agak mendukacitakan tiada wakil daripada Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis semasa mesyuarat ini berlangsung setelah surat telah dihantar serta membuat panggilan telefon bagi peringatan tentang mesyuarat berkenaan.

3. Hasil daripada mesyuarat tersebut Pengerusi telah bersetuju untuk membantu PLN berbasikal bagi menambah peralatan latihan seperti basikal untuk pertandinagan, basikal latihan serta perlatan-peralatan untuk digunakan untuk pertandingan.

4. Pengerusi juga memuji atas kejayaan atlet yang telah menyumbangkan pingat di peringkat antarabangsa seperti Jupha a/p Somnet dan Muhd Fauzan Nor Azman yang berjaya meraih pingat di Kejohanan Trek Asia di Bangkok tempoh hari.

5.Jabatan Belia dan Sukan serta Persatuan Lumba Basikal Negeri Perlis akan sentiasa membantu dan memberi kerjasama bagi memartabatkan sukan berbasikal di Negeri Perlis ke peringkat yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

Hairul Anuar bin Abu Bakar
PKU Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

5 comments:

  1. patut dapat cemerlang ne

    ReplyDelete
  2. apa program basikal terbaru di Perlis? xder promosi pun..

    ReplyDelete
  3. Tahniah msn perlis. Memang mantap

    ReplyDelete