Friday, May 27, 2011

LAPORAN HARI KEDUA 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011

Salam dan Namastee,

26/5/2011
Pagi yang dingin kami didendangkan dengan bunyian ho-hon kenderaan di atas jalanraya yang mana dapat digambarkan betapa sibuk dan sesaknya keadaan jalanraya di sini dengan ketiadaan lampu isyarat dan keadaan jalan yang sangat daif. Seperti mana yang dirancangkan semalam tepat jam 7.30 pagi kami sepasukan mengambil sarapan pagi dengan hidangan roti puri bersama kuah dal, roti bakar dan jem nenas beserta dengan telur. Selesai sarapan kami pemeriksaan peralatan dilakukan oleh Coach Othman dan Coach Azizul kepada semua atlet.

Seterusnya kami terus ke lapang sasar memanah BKSP (Bangladesh Krira Shikkha Protishtan) untuk latihan 'short distence shoot' bermula pada jam 9 pagi sehinggalah jam 11.45 pagi. Atlet-atlet tidak melepaskan peluang bersama-sama atlet dari negara-negara lain yang bertanding dan atlet dari Negara kita memberi sepenuh tumpuan terhadap latihan dan tunjuk ajar yang dicurahkan oleh Coach Othman setelah satu hari tidak menjalani latihan disebabkan perjalanan dari Malaysia.

Setelah selesai latihan kami bergerak pulang ke bilik penginapan untuk makan tengah hari dan pada sebelah petang tiada sesi latihan semua atlet direhatkan di bilik masing-masing. Selesai makan malam seperti kebiasaan pada setiap malam akan diadakan perjumpaan atlet bersama pengurus pasukan dan coach di bilik pengurus pasukan.

Sedikit maklumat berkenaan jadual esok 27/05/2011 (Jumaat) pada sebelah pagi sighters untuk wanita open dan wanita junior pada jam 8.00 pagi , Mesyuarat pengurus pasukan pada jam 12.00 tengah hari manakala sighters untuk lelaki open dan lelaki junior pada jam 1.30 petang dan pada jam 4.30 petang pula majlis perasmian.

Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan bagi kejohanan di 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 dari Dhaka Bangladesh.
--
Hairul Anuar bin Abu Bakar
PKU
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

Wednesday, May 18, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA PAHANG 2011

Tarikh :13-15 Mei 2011
Tempat : Kuantan Pahang
Penyertaan : 8 atlet, 1 jurulatih

Kejohanan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Kontinjen Pelapis Perlis berjaya memperolehi 5 pingat iaitu 1 emas, 3 perak dan 1 gangsa pada kejohanan ini. TAHNIAH..!!

KEPUTUSAN KEJOHANAN

1) MOHD KHAIRULLAH B ABD RAZAK - EMAS (L/JAUH) & PERAK (L/KIJANG)
2) AMIR RUSHAIMI B HAMIDON - PERAK (L.JAUH) & GANGSA (L.KIJANG)
3) MOHD ZARIF FAIZ B MOHD AKRAM - PERAK (L/CAKERA)

Sekian, terima kasih..

Sunday, May 15, 2011

Gimrama : HARI KEDUA KARNIVAL 02/2011

Tarikh : 14 Mei 2011
Masa : 2.00 - 7.00 ptg
Tempat : Dewan Badminton Tengku Anis,Pengkalan Chepa,Kelantan

Pertandingan memasuki hari kedua dan acara telah bermula seawal jam 9 pagi. Walaubagaimanapun pasukan Gimrama Perlis hanya terlibat untuk pertandingan yang bermula pada sesi kedua iaitu pada sebelah petang. Atlet Gimrama Perlis akan mengambil bahagian untuk event GRED 2 (Freehand) pada hari ini. Kesempatan bertemu dengan rakan-rakan sdo yang lain pada karnival ini terutamanya tuan rumah dan rakan-rakan sdo yang pernah menjadi tuan rumah karnival juga membolehkan saya berbincang dan mengambil maklumat-maklumat supaya dapat dijadikan panduan untuk penganjuran karnival seterusnya di Perlis nanti.

Sekian,terima kasih

Karnival Pelapis Negeri 01/2011 Kelantan (Angkat Berat)

Kejohanan Angkat Berat Karnival Pelapis Negeri 01/2011 Kejohanan berlangsung pada hari kedua dengan acara 58kg(w)Afifah Bt Azmal . Pada hari ketiga 3 orang atlet telah menyertai kejohanan tersebut iaitu kategori 77kg Mohd Hanie Musa, 85kg Nurul Hidayat dan Mohd Nabil Abd Manaf 94kg. Berikut adalah keputusan selepas kejohanan diadakan.

Keputusan

1. Afifah Bt Azmal 58kg(w) Snatch -45kg Clean & Jerk - 55kg (tempat ke 4)
2. Mohd hanie B. Musa 77kg(L) Snatch 101kg, clean & jerk 122kg( 1perak dan 1 gangsa tempat kedua)
3. Nurul Hidayat 85kg(L) Snatch 101kg, Clean & jerk (tiada angkatan)
4. Mohd Nabil 94kg(L) Snatch 101kg, clean & jerk 125kg( 2 perak tempat kedua)

Syabas kepada semua atlet yang bertanding. Terima kasih

Disediakan Oleh.

MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN

Memanah Hari Kedua Kejohanan - Karnival Pelapis Negeri 1/2011

14/5/2011 berlangsung hari ketiga Karnival Pelapis Negeri Sirkit 1/2011 dengan Sukan Memanah memasuki hari kedua Kejohanan dengan acara 30 meter.

Memasuki hari kedua Kejohanan Atlet Memanah USPTN Perlis mula menunjukkan peningkatan yang amat memuaskan. Selain daripada membuat pemantauan terhadap atlet dan jurulatih untuk Karnival Pelapis ini saya sebagai Pegawai Pembangunan Negeri memgambil seberapa banyak maklumat untuk persediaan menjadi tuan rumah Karnival Pelapis Sirkit ke 2/2011 yang dijangka akan berlangsung di Kangar pada penghujung tahun ini..

Bersama-sama ini disertakan keputusan hari kedua kejohanan

Jarak 30 Meter

Bil Nama Pusingan 1 Pusingan 2
1 Mohd Shahiq 293 314
2 Mohd Asly 293 312
3 Aizul Akhmal 223 201
4 Nurhan Hadiff 165
5 Nur Diyana 211 254
6 Nor Asiyah 248 265

Mohd Shahiq dan Mohd Asly berjaya menunjukkan prestasi yang baik tetapi masih belum berjaya untuk berada didalam kelompok 10 terbaik dan jurulatih telah berjanji akan memberi tumpuan kepada kedua-dua atlet ini supaya mereka dapat meningkatkan lagi pretasi.

Selepas kejohanan ini Atlet-atlet akan menyertai Kejohanan Memanah MSSM yang akan berlangsung di Terengganu pada hujung bulan ini...
--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..

Saturday, May 14, 2011

GIMRAMA : LAPORAN HARI PERTAMA KARNIVAL 01/2011

Tarilh : 13 Mei 2011

Masa : 9.00 pg hingga 7.00 mlm

Tempat : Dewan Badminton Tengku Anis,Pengkalan Chepa,Kelantan

1. Pertandingan telah bermula pada 12 Mei tetapi pasukan gimrama Perlis tidak mempunyai event pada hari berkenaan.

2. Pada hari ini 2 orang atlet gimrama Perlis akan mengambil bahagian untuk event GRADE 2 (BALL).

3. Pertandingan pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat pada kira-kira jam 10 pagi iaitu :

- Dato' Zolkples Embong (Ketua Pengarah MSNM)

- YB rs En Abd Jalil Abdullah (Pengarah Bahagian Sukan MSNM)

- YB rs En Jefri Ngadirin (Pengarah Cawangan Pelapis MSNM)

- En Mohamad Noordin Hj. Awang (Pengarah MSN Kelantan)

4. Atlet Gimrama Perlis seterusnya akan bertanding pada esok hari pada sebelah petang.

Sekian,terima kasih.

RESULT

Event / Acara : Gred 2 (Ball)

1. Siti Hajar bt Ismail - 8.200 (LULUS)

2. Natasya bt Zulkifli - 8.133 (LULUS)

Sekian,terima kasih.

Pasukan Memanah USPTN Perlis Bersama BRAINetwork Universiti Sains Malaysia

Pasukan Memanah USPTN Perlis telah dijemput oleh Universiti Sains Malaysia untuk menghadiri
taklimat mengenai Brain Research And Information Network di Falkuti USM Kubang Kerian

Taklimat ini adalah mengenai kajian yang telah dilakukan oleh pihak USM mengenai penggunaan
pemikiran manusia dan tindakbalas otak manusia. Jurulatih dan atlet Memanah Perlis juga telah
mencuba beberapa peralatan yang agak menarik untuk mengkaji keupayaan pemikiran otak manusia.

Selaian itu, Jurulatih dan atlet Memanah juga dibawa untuk melawat ke kawasan USM oleh
Prof. Madya Dr. Wan Aasim Wan Adnan
Dengan adanya jemputan dan lawatan ini amat bermakna kepada pasukan memanah USPTN Perlis kerana dapat
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai USM.

Terima kasih kepada pihak USM...
--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRKIT 1/2011 SUKAN MEMANAH

Hari Kedua Kejohanan dan hari pertama bagi pertandingan Memanah Karnival Pelapis bermula pada jam 8.30 pagi
dengan keadaan cuaca yang baik. Enam Pemanah USPTN Perlis akan bertanding didalam acara 50 meter bagi Kat II
dengan dua pusingan akan berlangsung yang akan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Untuk jarak 50 meter ni 2 atlet Perlis menunjukkan peningkatan prestasi dengan pungutan mata yang agak baik.
Berikut adalah pungutan mata dan kedudukan atlet Memanah Perlis pada Jarak 50 Meter:-

KEPUTUSAN MEMANAH KARNIVAL PELAPIS
50 METER

PUSINGAN PERTAMA

BIL NAMA KEDUDUKAN MATA
1 MOHD SHAHIQ 19 246
2 MOHD ASLY ASRAF 30 221
3 AIZUK AKHMAL 50 153
4 NURHAN HADIFF 55 70
5 NUR DIYANA 17 186
6 NOR ASIYAH 28 105
PUSINGAN KEDUA
BIL NAMA KEDUDUKAN MATA
1 MOHD SHAHIQ 253
2 MOHD ASLY ASRAF
3 AIZUK AKHMAL 121
4 NURHAN HADIFF
5 NUR DIYANA 125
6 NOR ASIYAH 146

Keputusan penuh akan dimasukkan pada hari esok

*Bagi dua atlet yang baru menyertai pertandingan ini seperti Nurhan Hadiff dan Nor Asiyah masih dilihat gagal
menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan yang agak besar bagi mereka dengan kedua-dua atlet kelihatan
agak gementar sehingga tumpuan mereka pada pertandingan agak terganggu.

Untuk kejohanan hari ketiga dan hari kedua pertandingan atlet-atlet USPTN Perlis akan mengambil bahagian dalam
acara 30 meter yang akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.
--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..