Tuesday, October 2, 2012

Pemantauan Sukan Boling




Tarikh  :1 Okt 2012
Jam :  8.00 malam
Atlet: 7 lelaki 7 wanita 2 jurulatih
Latihan pertama bulan Oktober telah dijalankan.
Latihan amat memuaskan.jurulatih memberikan komitmen yang penuh.
Latihan persediaan untuk Kejohanan Piala Remaja

--
ساءوفيك رضوان ب سوبري
http://usptnps.blogspot.com
PPN Badminton dan Akuatik Renang
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia

Monday, October 1, 2012

KEJOHANAN LUMBA BASIKAL REMAJA (TREK SIRKIT 01/2012) SPORTEXCEL/MSN/MILO/PKBM














Tarikh : 27-30 September 2012
Masa : 7.00 pagi - 7.00 petang
Tempat : Veledrom Kuala Lumpur, Cheras, K.L

Penyertaan
1. 1- SDO, 2- Jurulatih & 9 orang atlet

Ulasan :
1. Seramai 6 orang atlet baru dibawa ke kejohanan kali ini untuk memberi pendedahan dan mereka menunjukkan prestasi yang agak baik. Kesemuanya adalah berumur bawah 15 tahun.
2. Atlet-atlet yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi diberi kelonggaran tidak menyertai kejohanan pada kali ini .
3. Pasukan Berbasikal juga akan menyertai Kejohanan Berbasikal Terbuka Perlis yang akan diadakan pada minggu ini dengan menggunakan bantuan peruntukan kewangan daripada pihak Persatuan.
4. Jurulatih akan meningkatkan lagi usaha / latihan sebagai persediaan rapi menyertai kejohanan seterusnya yang dijadualkan akan diadakan pada bulan November nanti.
5. Jurulatih juga akan membuat pemilihan atlet-atlet terbaik (prestasi daripada kejohanan-kejohanan yang disertai sepanjang tahun) untuk program attachment bersama Pelapis Serantau atau Pelapis Kebangsaan yang dirancang pada bulan Disember nanti.

Sekian, terima kasih.
Aniza Bt Roslan
USPTN Perlis

Sunday, September 30, 2012

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT LATIHAN BERSAMA JURULATIH PLN KEDAH


LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM BINAAN  

SUKAN: ANGKAT BERAT

Tarikh: 28 - 29 September 2012
Masa: 8.30 PG - 5.00 PTG
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Jitra

Kehadiran

1. Mat Nor B. Osman
1. Rusli b. Othman - JSM
2. Mohd Faiz Musa - JSM
3. Atlet - 9 lelaki, 4 wanita

LATIHAN

1. Warm Up
2. Teknik Asas Snatch
3. Teknik Asas Clean & Jerk

ULASAN

Seramai 12 orang atlet menyertai dalam program latihan ini. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menambahkan pengetahuan dan memperbaiki teknik latihan  yang lebih sistematik dan berkesan. Dua sesi dijalankan semasa Program ini, pada hari pertama teknik Asas Snatch dan pada hari kedua teknik clean & jerk.

Latihan dikendalikan oleh En Mat Nor Osman dengan menerangkan asas teknik snatch dan clean & Jerk pada semua atlet yang terlibat. JSM Rusli B. Othman dan En Mohd Faiz bin Musa turut serta dalam latihan pada kali ini. 

Setelah latihan dijalankan ramai atlet telah memberi respon yang positif tentang teknik latihan yang diajar oleh JPM Mat Nor Osman. Semua atlet menunjukkan semangat dan minat yang tinggi semasa latihan dijalankan. 

Jutaan terima kasih kepada pihak USPTN Kedah kerana memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program latihan ini.

Sekian terima kasih.


Disediakan Oleh:

MIOR ZUHRY AZIM MIOR ADNAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS
ANGKAT BERAT & PELAYARAN


Friday, September 28, 2012

Ujian Kecergasan Atlet PLN Sepak Takraw


SUKAN: SEPAK TAKRAW

Tarikh: 25 SEPTEMBER 2012
Masa : 5.00 Petang
Tempat: Dewan Rakan Sukan Majlis Sukan Negeri Perlis

KEHADIRAN:
AZIZ BIN ABDULLAH
ROSLI BIN MANSOR
Atlet:15 LELAKI

Batery Ujian:
1. Broad Jump
2. Sit Up
3. T-Test
4. Beep Test
5. Illinois Test
6. 35 Meter Dash

ULASAN:
1. Kehadiran atlet  memuaskan
2.Tahap kecergasan atlet memanah agak memuaskan
4. JSM Memaklumkan tahap kecergasan atlet akan dipertingkatkan.

Monday, September 24, 2012

Olahraga : Pemantauan Di Kejohanan Olahraga PO Perak Allcomers 2012










Tarikh : 22-23 September 2012
Tempat : Stadium Perak, Ipoh

Kehadiran :
1. En. Dzulhawira b Khalid - JSM
2. En. Nazmizan b Muhammad - JSM
3. Atlet : 7 Lelaki & 10 Wanita

22.09.2012(SABTU)
5.00 Petang - Mesyuarat Pengurus Pasukan ( Bilik Mesyuarat Stadium Perak)
Penyertaan Pasukan : 24 pasukan
Atlet Lelaki : 200 orang
Atlet Wanita : 135 orang

23.09.2012 (AHAD)
9.00 pagi - 5.30 ptg - Kejohanan berlangsung

Ulasan :
1. Atlet-atlet baru telah dibawa ke kejohanan ini dan telah menunjukkan prestasi yang agak baik. Latihan secara berterusan selepas ini diharap mampu meningkatkan lagi prestasi mereka.
2. Di kesempatan ini juga perbincangan telah dilakukan bersama jurulatih untuk mengadakan satu program binaan iaitu klinik olahraga terutamanya untuk atlet-atlet baru dalam sukan ini.
3. Pasukan berhasrat untuk menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang pada minggu hadapan. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan pihak MSN Perlis untuk bantuan kewangan sekiranya ada.

Sekian, terima kasih.