Monday, September 24, 2012

Olahraga : Pemantauan Di Kejohanan Olahraga PO Perak Allcomers 2012










Tarikh : 22-23 September 2012
Tempat : Stadium Perak, Ipoh

Kehadiran :
1. En. Dzulhawira b Khalid - JSM
2. En. Nazmizan b Muhammad - JSM
3. Atlet : 7 Lelaki & 10 Wanita

22.09.2012(SABTU)
5.00 Petang - Mesyuarat Pengurus Pasukan ( Bilik Mesyuarat Stadium Perak)
Penyertaan Pasukan : 24 pasukan
Atlet Lelaki : 200 orang
Atlet Wanita : 135 orang

23.09.2012 (AHAD)
9.00 pagi - 5.30 ptg - Kejohanan berlangsung

Ulasan :
1. Atlet-atlet baru telah dibawa ke kejohanan ini dan telah menunjukkan prestasi yang agak baik. Latihan secara berterusan selepas ini diharap mampu meningkatkan lagi prestasi mereka.
2. Di kesempatan ini juga perbincangan telah dilakukan bersama jurulatih untuk mengadakan satu program binaan iaitu klinik olahraga terutamanya untuk atlet-atlet baru dalam sukan ini.
3. Pasukan berhasrat untuk menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang pada minggu hadapan. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan pihak MSN Perlis untuk bantuan kewangan sekiranya ada.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment