Thursday, October 20, 2011

MESYUARAT KHAS VANUE SUKMA PERLIS 2014 DAN KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA KE NEGERI PERLIS

Salam,

Pada 14 Oktober 2011 rombongan Majlis Sukan Negera Malaysia yang diketuai oleh YBHG Dato' Zolkples bin Embong serta YBHG Dato' Haji Ab. Jalil Abdullah Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan dan Encik Mohd Sofian bin Hamzah Ketua Cawangan Pengurusan Sukan telah berkunjung ke Negeri Perlis bagi menghadiri Mesyuarat Khas Vanue SUKMA Perlis 2014 yang diadakan di bilik Mesyuarat Menteri Besar, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan sendiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis iaitu Yang Behormat Encik Abd Jamil bin Saad. Dalam pada itu wakil dari Negeri Kedah iaitu Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah dijemput untuk bersama-sama bagi berbincang berkenaan beberapa Vanue pertandingan yang terpaksa digunakan di Negeri Kedah antaranya Akuatik di Gunung Keriang Alor Setar dan Pelayaran di Langkawi.

Hasil daripada mesyuarat tersebut telah mendapat kata sepakat berkenaan penggunaan vanue pertandingan bagi acara sukan Akuatik di Negeri Kedah dan Pelayaran akan dipertimbangkan sama ada diadakan di Langkawi atau Empangan Timah Tasoh Perlis dan juga Ketua Pengarah mencadangkan supaya pembinaan baru vanue untuk sukan menembak di Sungai batu Pahat Perlis dan Dewan Skuasy di Kompleks Sukan Negeri. Kos keseluruhan untuk naik naik taraf semua gelanggang sukan dan pembinaan barau adalah memakan belanja sebanyak RM 66.6 juta. Manakala Kerajaan Negeri Perlis telah meluluskan sebanyak RM 4.5 juta untuk gelanggang tinju, dewan latihan bola baling dan bola jaring serta Pejabat Seketeriat SUKMA 2014 di Kompleks Sukan Negeri.

Disamping itu rombongan YBHG Dato' telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis iaitu Yang Behormat Dato' Azizan bin Hamid di pejabat beliau banyak perkara telah dibincangkan berkenaan dengan pelaksanaan SUKMA di Perlis 2014 nanti. Di akhir sekali pihak kami telah mengaturkan perjumpaan khas Dato' Zolkples Embong dengan Menteri Besar Negeri Perlis Dato' Seri Mat Isa bin Sabu di bilik VVIP Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Sekian.

Disediakan oleh :
HAIRUL ANUAR BIN ABU BAKAR


Friday, October 14, 2011

PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN USPTN PERLIS

Tarikh : 13.10.2011
Masa. : 5.00ptg
Tempat : SK KUALA PERLIS

Kehadiran : 11 orang atlet 2 jurulatih

Mod latihan : Teori ikatan pelayaran dan undang-undang pelayaran.

1. Latihan dijalankan di Sk Kuala Perlis dengan kehadiran seramai 11 orang atlet dan 2 orang jurulatih. Latihan ini dijalankan untuk atlet yang masih baru untuk sukan pelayaran ini. Latihan bagi atlet-atlet senior diadakan pada hari minggu sabtu dan ahad bertempat di Tasik Timah Tasoh.

2. Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan atlet betul-betul mahir dalam teknik ikatan layar dan undang-undang pelayaran supaya mereka tidak melakukan kesalahan pada kejohanan kelak.

3. Untuk makluman latihan tidak dapat dijalankan pada hujung minggu ini kerana jurulatih terlibat dengan kursus bot yang diadakan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi.

Sekian terima kasih.

MIOR ZUHRY AZIM B MIOR ADNAN
PBS PELAYARAN USPTN
PERLIS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT USPTN PERLIS

Tarikh : 11.10.2011
Masa. : 5.00 ptg
Tempat: Gimnasium Angkat Berat MSNPs

Kehadiran : 1 jurulatih 9 atlet


Seramai 9 atlet berlatih bagi sesi hari ini. Latihan diadakan untuk persiapan ke kejohanan angkat berat bawah 16 tahun yang akan berlangsung di Kelantan pada minggu hadapan. JSM Mohd Faiz Musa tidak dapat hadir kerana beliau membuat latihan persediaan di China bagi menghadapi Sukan Sea nanti.

Latihan pada kali ini akan tertumpu kepada latihan fizikal untuk menyertai kejohanan yang akan disertai nanti. Latihan fizikal ini akan memantapkan lagi persediaan atlet ini untuk menghadapi kejohanan tersebut.

Sekian terima kasih.

MIOR ZUHRY AZIM MIOR ADNAN
PBS ANGKAT BERAT
USPTN PERLIS

Thursday, October 13, 2011

Pemantauan PLN Memanah

Tarikh: 12 Oktober 2011
Tempat: Sekolah Kebangsaan Behor Mali
Waktu: 5.30 Petang
Jurulatih: Md. Zain Bin Shafee
Atlet : 1 Lelaki & 6 Wanita

Sesi latihan pada hari ini bermula pada jam 5 petang.. Program hari ini ialah latihan pada 30 meter dan 50 meter..JSM memaklumkan atlet yang sudah lepas menduduki peperiksaan PMR sudah kembali menjalani latihan..Beberapa orang atlet lelaki tidak dapat menjalani latihan kerana terlibat dengan Kem di sekolah.. Pada hujung minggu yang lalu 5 orang atlet telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh SPTS di Baling Kedah.. Keputusan yang diperolehi agak baik memandangkan ada beberapa orang atlet baru sahaja kembali berlatih setelah hampir dua bulan berehat untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan. Pada masa kini atlet giat menjalani latihan untuk menghadapi Karnival Pelapis pada Disember ini.. Sekian terima kasih..

Dari~~~ Rasidi Baharom

--

Thursday, October 6, 2011

Pemantauan PLN Sepak Takraw


Tarikh : 5 Oktober 2011

Masa : 9.00 malam

Tempat : Dewan Rakan Sukan

JSM : Bidi b. Mat Rejab
Aziz b. Abdullah

Atlet : 12 Orang


Sesi latihan pada malam dilakukan hanya untuk atlet berumur antara 17 - 21 tahun sahaja.. Sesi latihan ini dijalankan oleh sebab atlet dalam lingkungan umur ini tidak dapat melakukan latihan pada sebelah petang kerana komitmen kerja atau kelas tambahan di sekolah..

Program latihan pada malam ini lebih tertumpu kepada kecergasan dan stamina atlet.. Pada malam ini juga diadakan ujian kemahiran iaitu:-

1. Tekong - melakukan servis sebanyak 30 kali dalam masa 5 minit
2. Apit Kanan - Melakukan rejaman sebanyak 20 kali dalam masa 5 minit
3. Apit Kiri - Melakukan timbangan bola 200 kali dalam masa 5 minit.

JSM berharap agar PLN Perlis dapat menyertai kejohanan Sepak Takraw Pelapis yang akan berlangsung pada bulan Oktober sebagai medan ujian untuk atlet Sepak takraw Perlis. Sekian Terima kasih

Dari ~~ Rasidi Baharom