Tuesday, March 29, 2011

UJIAN KECERGASAN SUKAN BERBASIKAL





Tarikh : 25/3/2011 (Jumaat)
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Rakan Sukan
Kehadiran : 11 atlet
: 2 jurulatih

UJIAN KECERGASAN

BEEP TEST

ULASAN

1. Ujian ini dijalankan bagi setiap 3 bulan sekali bagi menilai tahap kecergasan setiap atlet yang berada di dalam PLN ini supaya bersedia untuk menghadapi kejohanan yang akan disertai pada 8 hingga 10 April di Veledrom Rakyat Ipoh, Perak.

2. Didapati 6 orang atlet tidak hadir semasa ujian tersebut dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu hujan pada sebelah petang.

3. Ini merupakan 'Endurence Test' yang pertama dijalankan untuk tahun 2011 didapati atlet masih berada di bawah tahap yang sebenar.

4. Keseluruhannya ujian ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan bantuan daripada 2 jurulatih yang sedia ada dan dibantu oleh seorang pelajar praktikal dari Universiti Malaya dan beliau merupakan bekas atlet berbasikal Perlis.

Sekian, terima kasih

Monday, March 28, 2011

Mesyuarat JKK Sukan Olahraga







Tarikh : 28.03.2011
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Perlis

Kehadiran:
1. En Noor Zaidi b Hamad (Pengerusi-Wakil MSNPs)
2. En Hairul Anuar b Abu Bakar (PKU USPTNPs)
3. En. Iyaru Muthusamy (Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Perlis)
4. En. Fais b Hj Sendek (Wakil Jabatan Belia dan Sukan Perlis)
5. En. Dzulhawira b Khalid (JSM Olahraga)
6. Cik Aniza bt Roslan (PPN Olahraga)

Perbincangan:
1. Mesyuarat JKK berjaya dilaksanakan dengan mendapat kerjasama baik daripada MSN Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Persatuan Olahraga Amatur Perlis serta jurulatih-jurulatih di bawah Program Pelapis Negeri Perlis.

2. Sekali lagi tiada wakil daripada Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis semasa mesyuarat ini berlangsung walaUpun surat telah dihantar. Pihak Pengerusi dan Persatuan sedikit kecewa dengan keadaan ini.

3. Hasil daripada mesyuarat tersebut pihak MSN Perlis dan Persatuan bersetuju untuk cuba membantu dari segi kewangan bagi membolehkan pasukan olahraga USPTN Perlis sekiranya ingin menyertai kejohanan lain selain daripada kejohanan yang telah ditetapkan oleh pihak MSNM. Selain itu, Pengerusi juga telah memaklumkan pihak MSN Perlis mempunyai peruntukan untuk pembelian alatan dan akan membantu bagi menambah peralatan kerana ada sesetengahnya telah hilang.

4. Makluman daripada pihak Persatuan akan mengadakan satu kursus teknikal pada bulan hadapan yang bertujuan menambahkan bilangan pegawai teknikal dan juga sebagai persediaan awal Perlis untuk menjadi tuan rumah SUKMA ke-14. Selain itu, MSN Perlis juga akan mewujudkan satu pusat (one-stop centre) bagi membolehkan jurulatih-jurulatih membuat rujukan di MSN Perlis di mana akan disediakan buku-buku rujukan dan video-video sukan pada masa akan datang.

5. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis sentiasa bersedia membantu dari semua segi contohnya penggunaan gim atau asrama dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam memantapkan sukan olahraga di peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. Begitu juga dengan sokongan yang diterima daripada pihak Persatuan Olahraga Amatur Perlis (POAPs).

Laporan Oleh:
Aniza bt Roslan
PPN USPTN Perlis

Mesyuarat JKK Sukan Gimrama








Tarikh : 28.03.2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Perlis

Kehadiran :
1. En. Noor Zaidi b Hamad (Pengerusi-Wakil MSNPs)
2. En. Hairul Anuar b Abu Bakar (PKU USPTNPs)
3. En. Hapis b M.Shariff (Wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis)
4. Cik Aniza bt Roslan (PPN Gimrama)
5. Cik Afiqah Anati bt Mohd Aidil (JPM Gimrama USPTNPs / Wakil Persatuan)

Perbincangan:
1. Mesyuarat JKK berjaya dilaksanakan dengan mendapat kerjasama baik daripada MSN Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis serta jurulatih di bawah Program Pelapis Negeri Perlis.

2. Agak mendukacitakan kerana tiada wakil daripada Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis semasa mesyuarat ini berlangsung walaupun surat telah dihantar.

3. Hasil daripada mesyuarat tersebut Pengerusi memuji tindakan Pegawai Pembangunan dan Jurulatih kerana telah melakukan program T.I.D baru-baru ini. Tindakan ini seterusnya boleh dilakukan oleh sukan-sukan yang lain pula. Seterusnya jurulatih diminta lebih serius dan pro-aktif dalam merancang program latihan berterusan bagi sukan gimrama ini.

4. Sedikit perbincangan mengenai Karnival Pelapis Negeri 02/2011 kerana Perlis akan menjadi tuan rumah dan sukan gimrama ini merupakan salah satu sukan yang akan dipertandingkan nanti.

5.Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis sentiasa bersedia membantu dari semua segi dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam pengembangan sukan gimrama ini di Negeri Perlis.

Laporan Oleh:
Aniza bt Roslan
PPN USPTN Perlis

Friday, March 25, 2011

TALENT SCOUTING RENANG







Tarikh :12 FEB 2011
Tempat : Kolam Renang Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis
Masa: 9.00 pagi

Pegawai Terlibat : Saufik Redzuan b Subri (PPN),Ahmad Yussoff (JSM) dan Miss Goh (JPNPs)

Kejohanan MSSPs 2011

Sempena kejohanan Renang MSSPs tahun 2011,pihak USPTNPs telah membuat Talent Scouting bagi mengenal pasti bakat baru yang berpotensi untuk di serap ke dalam program Pelapis Negeri. MSSPs tahun ini mendapat sambutan yang amat baik dari sekolah-sekolah yang terlibat dan menunjukkan satu perkembangan yang amat baik dalam sukan renang. Sekolah yang terlibat adalah SK Seri Indera, SK Sena, SK Putra, SK Stella Marris manakala dari sekolah menengah pula adalah dari SMK Syed Hasaan, SMK Perlis, SMK Putra.

Terdapat seramai 10 orang atlet telah terpilih ke dalam program Pelapis setelah dipilih oleh pegawai yang berpengalaman....


Sekian Laporan dari

Saufik Redzuan b Subri
PPN Badminton dan Akuatik Renang


T.I.D Sukan Gimrama






Tarikh : 07.03.2011
Tempat : SK Putra, Kangar, Perlis
Masa : 9.00 pagi

Tarikh : 08.03.2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Behor Empiang, Kangar, Perlis

Program T.I.D Sukan Gimrama telah diadakan di kedua-dua buah sekolah berkenaan dan mendapat sambutan dan kerjasama yang sangat baik daripada pihak sekolah. Sesi pemilihan yang diadakan adalah kepada pelajar-pelajar dari prasekolah dan darjah 1. Pihak sekolah amat mengalu-alukan program seumpama ini dan berharap program-program seperti ini akan dapat diadakan lagi untuk sukan yang lain pula.

Lanjutan daripada sesi pemilihan tersebut, Jurulatih Gimrama USPTN Perlis , Cik Afiqah Anati telah mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak untuk diserapkan menjalani latihan untuk program pelapis USPTN Perlis. Hasil perbincangan dengan pihak sekolah juga memohon supaya diadakan satu taklimat mengenai program pelapis ini kepada pihak ibu bapa atlet yang telah terpilih. Pihak USPTN Perlis akan mengaturkan sesi taklimat tersebut.

Makluman atlet terpilih :
1. SK Putra (24 orang terpilih)
2. SK Behor Empiang (31 orang terpilih)

Laporan disediakan oleh :
Aniza Roslan
PPN USPTN Perlis