Tuesday, July 5, 2011

MESYUARAT JKK SUKAN BERBASIKAL BIL.2/2011

Salam,

Tarikh : 4/7/2011
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat MSN Perlis
Kehadiran : Encik Noor Zaidi bin Hamad - Pegawai Sukan MSN Perlis (Pengerusi)
: Encik Hairul Anuar bin Bakar - Pemangku Ketua Unit (PPN Berbasikal)
: Encik Lutpi bin Ahmad - Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
: Encik Maniam Manikam - Setiausaha Persatuan Berbasikal Perlis
: Encik Kamarudin bin Yusoff - JPJ Perlis (bapa angkat berbasikal)
: Encik Mohd Firdaus bin Mt Nor - Jabatan Belia dan Sukan Perlis
: Puan Rohani bt Ishak - Bendahari Persatuan Berbasikal Perlis
: Encik Muhd Afandi bin Abdullah - Jurulatih Sepuh Masa
: Encik Rosmaini bin Md Rejab - Jurulatih Sambilan
: Puan Nur Hanani bt Kamarudin - USPTN Perlis (pencatat)

Ulasan

1. Kehadiran pada mesyuarat pada kali ini amat baik kerana wakil daripada Jabatan Pelajaran Pelis telah hadir dan memberi kerjasama dalam menjayakan mesyuarat JKK sukan berbasikal bil.2/2011 serta dihadiri oleh dua wakil persatuan Iaitu Setiausaha Encik Maniam Manikam dan bendahari Puan Rohani Ishak.

2. Pengerusi memuji kesungguhan dan kerjasama yang baik di antara Persatuan Berbasikal Perlis dan Majlis Sukan Negeri Perlis dalam melaksanakan Program Pembangunan Sukan di Negeri Perlis dan mengharapkan supaya perkara ini dapat diteruskan lagi.

3. Ucapan sekalung tahniah di atas kejayaan pasukan berbasikal Negeri Perlis kerana berjaya memperolehi empat emas dan satu perak menerusi ratu trek Negara iaitu Ju Pha a/p Somnet. Ini menunjukkan kejayaan program pembangunan sukan yang dilaksanakan antara jalinan Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Perlis.

4. Merancang untuk meneruskan bagi program pencarian bakat untuk atlet pelapis wanita yang disasarkan kepada kaum siam dimana akan dilaksanakan klinik berbasikal. Bersetuju untuk memanggil 10 orang JKK dari kampung siam bagi perbincangan perkara tersebut.

5. Mohon persetujuan daripada Jabatan Pelajaran Perlis untuk memasukkan SMK Dato Jaafar Hassan sebagai pusat kecemerlagan sukan berbasikal. Akan dipertimbangkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Perlis.

Sekian, terima kasih.

disediakan oleh :
Hairul Anuar Abu Bakar

04072011(004).jpg

04072011(005).jpg

04072011(007).jpg

04072011(008).jpg














No comments:

Post a Comment