Monday, July 25, 2011

SEKITAR KEJOHANAN OLAHRAGA TERTUTUP KEBANGSAAN KOAM 2011








Tempat: Stadium Utama, Kangar, Perlis
Tarikh: 23 - 24 Julai 2011

Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini mendapat penyertaan daripada 14 kontinjen dari seluruh negara.

Pada hari pertama Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan KOAM 2011 acara-acara yang dipertandingkan ialah :
  1. 20KM Jalan Kaki (Lelaki & Wanita)
  2. 10000m (Lelaki)
  3. Merejam Lembing (Wanita)
  4. Lompat Kijang (Lelaki & Wanita)
  5. Lompat Tinggi (Lelaki)
  6. Baling Tukul Besi (Wanita)
  7. Lompat Bergalah (Lelaki)
  8. Lempar Cakera (Wanita)
  9. 110m Lari Berpagar (Lelaki)
  10. 100m Lari Berpagar (Wanita)
  11. 100m (Lelaki & Wanita)
  12. 400m (Lelaki & Wanita)
  13. 1500m (Lelaki & Wanita)
  14. 3000m Berhalangan (Wanita)
  15. 4 x 100m (Lelaki & Wanita)

Manakala acara-acara pada hari kedua kejohanan (24 Julai 2011) pula ialah :
  1. 5000m (Lelaki/Wanita)
  2. Lontar Peluru (Wanita)
  3. Lompat Jauh (Lelaki/Wanita)
  4. Lompat Tinggi (Wanita)
  5. Merejam Lembing (Lelaki)
  6. Melempar Cakera (Lelaki)
  7. Baling Tukul Besi (Lelaki)
  8. Lompat Bergalah (Wanita)
  9. 400m Lari Berpagar (Lelaki/Wanita)
  10. 200m (Lelaki/Wanita)
  11. 800m (Lelaki/Wanita)
  12. 3000m Lari Berhalangan (Lelaki)
  13. 4x400m (Lelaki/Wanita)
Berikut adalah antara keputusan-keputusan pertandingan tersebut:

100m Lari Berpagar Wanita (Akhir)
1. Raja Nursheena Raja Azhar (ATM) - 13.39s
2. Nurfazlinda Shafie (Perlis) - 14.37s
3. Najaa Natasha (Perlis) - 15.20s

100m Lelaki (Akhir)
1. Mohd Azhar Md Ismail (ATM) - 10.79s
2. Mohd Izzudin Yahya (Perlis) - 10.98s
3. Eddie Edward Jr (Sabah) - 10.99s

200m Lelaki Akhir
1. Mohd Shamimi Azmi (N.Sembilan) - 21.77s
2. Sebastian Lee (Sabah) - 22.07s
3. Mohd Izzudin Yahya (Perlis) - 22.11s

Sekian, terima kasih
Aniza bt Roslan








Friday, July 22, 2011

Kem Bakat Memanah 1/2011, Hari Ke -Lima

Pukul 8.00 pagi semua peserta kem telah bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang akan diaturkan oleh jurulatih pada hari ini..agak merisaukan kerana cuaca pada pagi ini agak gelap dan diramalkan hujan akan turun..semua peserta memulakan pagi ini dengan sesi memanaskan badan dan tarik getah dengan diselaraskan oleh jurulatih yang terlibat..pada jam 9.00 pagi cuaca bertukar kepada kembali cerah dan memberi harapan kepada semua atlet untuk turun ke lapangsasar untuk melakukan aktiviti yang telah diatur oleh jurulalih..

Pada sebelah petang aktivit bermula pada jam 2.45 petang dengan meneruskan aktiviti hari ini iaitu ' Shooting Skill 30 meter'..cuaca pada petang ini amat panas, dan aktiviti dapat dijalankan seperti yang telah dirancangkan..

Pada sebelah malam, aktiviti diteruskan dengan sesi motivasi yang bertajuk " Kerjaya Dalam Sukan " daripada Hj. Md. Saadon bin A.Shukor dari Institut Sukan Negara..peserta dilihat amat bersemangat pada malam ini...aktivit malam ini berakhir pada jam 10.15 malam...

Terima kasih...
--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..

Thursday, July 21, 2011

Kem Bakat Memanah 1/2011, Hari Ke Empat

21/7/2011 masuk hari ke-empat Kem Bakat Memanah, banyak peningkatan yang dapat dilihat keatas atlet-atlet yang terpilih untuk menghadiri kem ini..seperti biasa kem bermula pada jam 8.00 pagi setelah semua atlet bersarapan pada pagi ini, ketua kumpulan yang telah dilantik membawa semua peserta kem melakukan sesi memanaskan badan di depan padang memanah..

Aktiviti pada hari ini ialah teknik asas memanah untuk jarak 30 meter...peserta kem dibenarkan untuk memanah pada hari ini..tetapi kepada atlet yang masih belum dapat membetulkan teknik asas pada hari sebelumnya dikehendaki untuk meneruskan sesi tersebut sehingga betul-betul dapat menguasai teknik yang betul sebelum dibenarkan untuk memanah pada jarak 30 meter.. aktiviti harini berlanjutan sehingga petang yang berakhir pada jam 5.30 petang

Pada pukul 5.30 petang jurulatih telah mengatur aktiviti riadah iaitu perlawanan futsal antara atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat..

Untuk sebelah malam Jurulatih En Othman Abdul Wahab mengatur satu sesi keyakinan diri kepada semua dengan semua atlet dikehendaki kedepan seorang demi seorang untuk bercakap bagi menyakinkan diri mereka sendiri supaya dengan adanya keyakinan yang terbentuk dapat membantu atlet tersebut lebih berani untuk berdepan dengan lawan ketika menyertai pertandingan-pertandingan yang mereka akan sertai nanti..aktiviti hari ini berakhir pada pukul 10.00 malam

Terima kasih

-- .
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..

Kem Bakat Memanah 1/2011 Hari Ke Tiga

Hari ini 20 Julai telah masuk hari ke tiga untuk Kem Bakat Memanah, pada hari ini aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi.

Aktiviti yang diatur pada hari ini ialah teknik asas memanah, ini adalah bertujuan bagi memperbaiki teknik memanah supaya menjadi lebih baik dan dapat meningkatkan prestasi atlet.Teknik asas memanah ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga ke petang yang berakhir pada pukul 6.00 petang.

Pada sebelah malam aktiviti yang agak ringan telah disediakan iaitu semua atlet, jurulatih dan pegawai menonton sebuah filem 'true story' yang bertajuk The Blinde Side.
Filem ini mempunyai nilai-nilai murni seperti setiakawan, kepercayaan dan semangat. Dengan menonton filem ini diharapkan semua atlet dapat mengambil pengajaran yang baik di dalam filem yang ditayangkan itu..

Sekian terima kasih
--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..


Tuesday, July 19, 2011

Kem Bakat Memanah 1/2011

Kem Bakat Memanah ini di adakan di Kompleks Majlis Sukan Negara, Keramat,
bermula pada 18 - 24 Julai 2011, Jumlah perserta yang terlibat :-

- 3 orang Pegawai Pembangunan Negeri
- 6 orang jurulatih
- 24 orang atlet

Hari ini berlangsung untuk hari yang ke -2 dengan aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi
dengan pemeriksaan peralatan memanah atlet yang diperiksa oleh jurulatih yang terlibat.

Pada sebelah petang pula semua atlet dibawa ke ke Institut Sukan Negara untuk membuat
ujian kecergasan di Dewan Biomekanik ISN.

Pada sebelah malam pula dua telah diatur dan aktiviti bermula pada jam 8.30 malam, sesi yang
pertama atlet dapat berkongsi pengalaman bersama dua atlet kebangsaan yang telah layak
bertanding di Olimpik London 2012 dan pada sesi yang kedua atlet berkongsi pengalaman
dan motivasi bersama En. Ibrahim Mohamad (Pak Brahim).

Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..

Wednesday, July 13, 2011

PEMANTAUAN/PERJUMPAAN JURULATIH DAN ATLET PLN BERBASIKAL

Salam,

Tarikh : 13/7/2011
Masa : 5.00 petang

Tempat : Kompleks Sukan Negeri

Jurulatih : 2 orang

Atlet : 14 orang


Ulasan

1. Sebelum latihan dijalankan satu perjumpaan diadakan bersama jurulatih dan atlet ini adalah bertujuan untuk berbincang dan mengetahui permasalahan daripada atlet yang berada di bawah program, dan alhamdullillah semuanya berada dalam keadaan baik dan menjalani latihan tanpa rungutan walaupun peralatan serta basikal latihan yang serba kekurangan.

2. Jurulatih memaklumkan beliau akan lebih menumpukan kepada latihan "endurance" bagi persiapan dan persediaan pasukan untuk SUKMA Pahang 2012 yang mana tiada acara trek dipertandingkan semasa temasya itu berlangsung.

3. Kehadiran atlet semasa latihan amat baik hanya beberapa atlet yang tidak dapat hadir disebabkan kekangan masa dan kelas tambahan di sekolah pada waktu petang.

4. Tahap kecergasan atlet adalah berada dalam keadaan yang baik serta membuat persediaan bagi menyertai Kejohanan Berbasikal Lebuhraya SportExcel Sirkit 1 yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Julai 2011 di Kangar, Perlis.

5. Atlet menunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi dalam apa jua bentuk latihan yang diberikan oleh jurulatih adalah lebih baik pihak Cawangan Pelapis memandang ke arah yang lebih positif bagaimana untuk kita sama-sama untuk mempertingkat bagi menghasilkan lebih ramai atlet berbasikal Negara.

Sekian, terima kasih

disediakan oleh:
Hairul Anuar Abu Bakar