Saturday, October 1, 2011

UJIAN 2.4 KM PLN USPTN PERLIS 02/2011





Tarikh : 1 Oktober 2011

Masa: 8.00 Pagi

Tempat: Stadium Utama Negeri Perlis

PPN Terlibat :
Saufik Redzuan B. Subri
Mior Zuhry Azim B. Mior Adnan
Muhamad Rasidi B. Baharom

Turut Membantu: Azamin b. Man

Sukan Terlibat:
1. Angkat Berat
2. Badminton
3. Boling Padang
4. Memanah
5. Renang
6. Sepak Takraw

Pada hari ini telah dijalankan ujian kecergasan 2.4 km .Walaupun dengan keadaan cuaca hujan renyai-renyai semangat atlet untuk menjalani ujian ini sangat berkobar -kobar.Tepat jam 8.30 pagi ujian telah bermula.Kesemua atlet telah dilepaskan oleh en Azamin b Man.Para ibu bapa atlet turut datang memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Kehadiran atlet sangat memuaskan.Ujian ini telah di jalankan di atas trek Stadium Utama Kangar.

Pihak USPTNPs amat berterima kasih kepada pihak pengurusan stadium kerana memberi kerjasama membenarkan pihak unit menggunakan kemudahan stadium.Para atlet harus belari sebanyak 6 pusingan trek bagi menamatkan 2.4km.Bagi ujian ini para atlet harus melepasi masa ujian iaitu bagi atlet lelaki harus berlari dibawah mas 12 minit dan atlet perempuan biwah 13 minit.

Tepat jam 9.00 am ujian telah selesai dijalankan .kesemua atlet telah berjaya melakukan ujian ini.Sekian laporan dari pihak urusetia Ujian Kecergasan Pusat Latihan Negeri kali ke 2 2011.

--
Dari PPN - Memamah, Sepak Takraw, Boling Padang, Badminton, Angkat Berat dan Renang

Wednesday, September 21, 2011

PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS MSNM KE NEGERI PERLIS






Tarikh : 21.09.2011
Masa : 9.30 pagi
Tempat : USPTNPs

Hari ini Negeri Perlis amnya dan USPTN Perlis khususnya telah menerima kahadiran seorang Pengurus Sukan Pelapis Negeri dari Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia iaitu EN RASHID BIN RAMLI. Ketibaan beliau telah dijemput oleh En Saufik Redzuan b Subri di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah pada jam 8.30 pagi.

Setibanya di pejabat USPTN Perlis, Ketua Unit USPTN Perlis iaitu En Hairul Anuar b. Abu Bakar mengalu-alukan ketibaan En. Rashid yang seterusnya bertemu dengan semua staf USPTN Perlis untuk penerangan ringkas tentang tujuan kehadiran beliau ke sini. Pihak USPTN Perlis telah mengaturkan satu jadual lawatan beliau ke semua Pusat Latihan Negeri (PLN) di Perlis sepanjang 2 hari beliau di sini. Program lawatan beliau akan dimulakan pada petang ini. Beliau dijangka bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah pagi Jumaat (23/09/2011).

Selain daripada lawatan ke semua PLN, En Rashid juga akan dibawa melawat ke venue-venue pertandingan untuk penganjuran Karnival Pelapis Negeri pada bulan Disember 2011 nanti. Beliau juga akan membuat lawatan ke Kejohanan Perlis National Fours 2011 yang secara kebetulannya sedang berlangsung di Perlis pada 19.09.2011 hingga 23.09.2011 ini.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 20, 2011

HARI KEDUA - PERLIS NATIONAL FOURS 2O11

20 September 2011 masuk hari kedua kejohanan Boling Padang National Fours 2011... Bagi Pasukan USPTN Perlis lelaki dan wanita pada hari ini hanya menentang satu pasukan sahaja pada sebelah petang... keadaan cuaca pada harini agak baik kerana berada didalam keadaan yang tidak terlalu panas dan keadaan cuaca sebegini amat dialu-alukan oleh semua pasukan..

Perlawanan pada sebelah petang bermula pada pukul 2.00 petang dengan pasukan lelaki USPTN Perlis akan menentang pasukan Pulau Pinang 'B'... Bagi perlawanan ini pasukan USPTN Perlis menang dengan jumlah mata yang agak tipis iaitu 16 - 14.... Bagi pasukan wanita pula, mereka bertemu pasukan PDRM... Pasukan PDRM ini diwakili oleh 3 orang atlet Kebangsaan.... Keputusan bagi perlawanan ini telah dijangka oleh Jsm Perlis dengan keputusan USPTN Perlis tewas 5 - 26...

Untuk hari esok akan berlangsung pusingan kedua yang akan bermula pada pukul 9.00 pagi...

Sekian terima kasih....
--
Dari ~~~ Rasidi Baharom

PEMANTAUAN SUKAN RENANG






Tarikh :19 Setember 2011
Tempat : Kolam Renang JBS
Jam :5.00 Petang
Kehadiran : 12 orang Atlet & 1 seorang jurulatih

Latihan pada hari ini telah bermula jam 4.30 petang.Latihan yang dijalankan adalah speed 100 meter gaya bebas dan butterfly.Kehadiran pada hari ini amat memuaskan dan kehadiran adalah 100%.

Pegawai dan jurulatih juga berbincang mengenai kejohanan dalaman yang akan dianjurkan oleh USPTNPs dan MSN Perlis yang masih dalam perbincangan bersama pengarah.Pada tarikh 24 dan 25 september atlet dan jurulatih akan ke kejohanan Jemputan negeri Kedah yang akan berlangsung di Kompleks Renang Gunung Keriang.Kesemua atlet akan bertanding dalam kategori masing-masing.Kejohanan ini akan di bantu oleh Persatuan dan ibubapa atlet dari segi yuran penyertaan dan pengangkutan.

Pemantauan berakhir jam 6.00 Petang

Sekian terima kasih


Laporan oleh
Saufi Redzuan B Subri
PPN Akuatik Renang

Monday, September 19, 2011

PERLIS NATIONAL FOURS 2011 - HARI PERTAMA


Hari ini berlangsungnya Perlis National Fours 2011 yang bertempat di Gelanggang Lawn Bowls Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kejohanan ini adalah pengajuran Persatuan Boling Padang Perlis dengan kerjasama Persekutuan Lawn Bowls Malaysia serta Majlis Sukan Negeri Perlis.
Bermula pada jam 9.00 pagi pasukan wanita USPTN Perlis turun ke gelanggang untuk bertemu dengan pasukan Pulau Pinang, keputusan bagi perlawanan ini berkesudahan dengan USPTN Perlis seri dengan pasukan Pulau Pinang pada jumlah mata 16 -16...Hujan pada awal pagi menyebabkan peserta mengalami sedikit masalah untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang pertandingan.. Pada sebelah petang kejohanan bermula pada pukul 3.00 petang dengan pasukan lelaki USPTN Perlis menentang pasukan Warga Emas dengan keputusan perlawanan ini berpihak kepada pasukan USPTN Perlis dengan pungutan mata 16 - 15...bagi pasukan wanita pula, pada sesi petang USPTN Perlis bertemu dengan pasukan Perlis (pasukan daripada persatuan Boling Padang Perlis)..keputusan bagi perlawanan ini dimenangi oleh pasukan USPTN Perlis dengan pungutan mata 11 -8... Untuk hari esok atlet Boling Padang Perlis berharap cuaca berada didalam keadaan yang baik dan panas supaya semua atlet dapat bertanding didalam keadaan yang amat selesa serta dapat menunjukkan pretasi yang terbaik....

Dari ~~~ Rasidi Baharom