Monday, September 24, 2012

Olahraga : Pemantauan Di Kejohanan Olahraga PO Perak Allcomers 2012










Tarikh : 22-23 September 2012
Tempat : Stadium Perak, Ipoh

Kehadiran :
1. En. Dzulhawira b Khalid - JSM
2. En. Nazmizan b Muhammad - JSM
3. Atlet : 7 Lelaki & 10 Wanita

22.09.2012(SABTU)
5.00 Petang - Mesyuarat Pengurus Pasukan ( Bilik Mesyuarat Stadium Perak)
Penyertaan Pasukan : 24 pasukan
Atlet Lelaki : 200 orang
Atlet Wanita : 135 orang

23.09.2012 (AHAD)
9.00 pagi - 5.30 ptg - Kejohanan berlangsung

Ulasan :
1. Atlet-atlet baru telah dibawa ke kejohanan ini dan telah menunjukkan prestasi yang agak baik. Latihan secara berterusan selepas ini diharap mampu meningkatkan lagi prestasi mereka.
2. Di kesempatan ini juga perbincangan telah dilakukan bersama jurulatih untuk mengadakan satu program binaan iaitu klinik olahraga terutamanya untuk atlet-atlet baru dalam sukan ini.
3. Pasukan berhasrat untuk menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang pada minggu hadapan. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan pihak MSN Perlis untuk bantuan kewangan sekiranya ada.

Sekian, terima kasih.

Friday, September 21, 2012

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT USPTN PERLIS


LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: ANGKAT BERAT

Tarikh: 20 September 2012
Masa: 5.00 PTG
Tempat: GYMNASIUM ANGKAT BERAT MSNPs

Kehadiran
1. Rusli b. Othman - JSM
2. Mohd Faiz Musa - JSM
3. Atlet - 11 lelaki, 4 wanita

LATIHAN

1. Back Squat
2. Stand Snatch
3. Push Jerk

4. Press
 

PROGRAM BINAAN

1. Program latihan bersama atlet angkat berat PLN Kedah akan diadakan pada 28-29 September bertempat di SMK Tunku Anum Jitra.

ULASAN

1. Atlet giat menjalankan latihan bagi menghadapi kejohanan angkat berat Remaja Bawah 16 Tahun Kebangsaan  yang akan diadakan pada
bulan Oktober nanti.
2. JSM En Rosli Othman membuat latihan asas pengenalan angkat berat kepada atlet yang baru menyertai sukan ini.
3. Seramai 7 orang atlet baru menyertai sukan angkat berat kebanyakkanya dalam lingkungan umur 15 tahun ke bawah.

Sekian terima kasih.

Laporan di sediakan oleh: 
MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS
ANGKAT BERAT & PELAYARAN

Thursday, September 20, 2012

Latihan Pasukan Sepak Takraw USPTN Perlis


Tarikh: 19 September 2012
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Rakan Sukan

KEHADIRAN:
JSM: AZIZ ABDULLAH
        ROSLI MANSOR
        18 Atlet

LATIHAN:
1. Latih Tubi Rejaman dan Servis
2. Latihan Kejituan dan Konsisten
3. Permainan Mengikut Regu

PERALATAN:
1. Memerlukan Bola dan jaring

ULASAN:
1. Kehadiran atlet ke pusat latihan amat memuaskan
2. Ujian Kecergasan untuk atlet Sepak Takraw akan diadakan pada 25 September 2012 bertempat di Dewan Rakan Sukan


Wednesday, September 12, 2012

Sesi Latihan PLN Memanah

Tarikh: 11 September 2012
Masa: 5.45 Petang
Tempat: SMK Syed Alwi

KEHADIRAN:
JSM: Mohd Subhanthirio b Mohd Suhaimi
Atlet: 6 Lelaki 2 Wanita

LATIHAN:
1. Fitness
2. Asas Peralatan
3. Membina Kekuatan tangan

PERALATAN:
1.Memerlukan Arrow(yang murah) untuk kegunaan atlet baru

ULASAN:
1. Sesi latihan berjalan dengan lancar dengan keadaan cuaca yang baik.
2. Semua atlet yang berada dibawah kendalian JSM Mohd Subhanthirio adalah atlet baru
3. Sesi latihan agak terganggu pada bulan ini kerana musim hujan
4. Jurulatih Memaklumkan , kemungkinan terpaksa menarik diri dari menyertai Kejohanan Memanah Sirkit Ke2 Kebangsaan kerana 3 atlet terlibat dengan perperiksaan SPM dan 2 atlet yang terlibat dengan PMR..Perbincangan dengan lebih lanjut bersama jurulatih akan dilakukan sebelum keputusan sebenar dibuat..

Sekian terima kasih

Friday, September 7, 2012

Pemantauan Sesi Latihan Berbasikal


Tarikh : 07.09.2012
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan Negeri Perlis

Kehadiran :
1. En. Muhd Afandi - JPM
2. En. Noor Rahizal - JSM

Atlet : 10 Orang

Latihan :
Road : 40 km

Ulasan :
1. Atlet yang mengalami kecederaan sebelum ini iaitu Mohd Naim telah pulih dan mula menjalani latihan seperti biasa.
2. Sesi latihan berjalan lancar dan kehadiran atlet memuaskan.
3. Jurulatih menegaskan tentang kehadiran atlet ke sesi latihan.
4. Latihan untuk esok pagi (Sabtu) ditunda ke sebelah petang kerana esok sekolah ganti.

Sekian, terima kasih.

--
Aniza Bt Roslan
Peg Pembangunan Negeri
USPTN Perlis
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia