Sunday, August 21, 2011

Pemantauan PLN Boling Padang USPTN Perlis

Tarikh: 21 Ogos 2011

Masa: 8.00 Pagi

Tempat: Gelanggang Boling Padang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis

JSM: Kamis bin Harun

Kehadiran: 5 Lelaki

Sesi latihan pada pagi bermula pada pukul 8.00 pagi dengan program latihan yang di atur ialah pemainan Fours dan draw jack. Kehadiran pada harini juga dilihat amat mendukacitakan kerana hanya 5 orang atlet lelaki sahaja yang menghadiri sesi latihan. Ini disebabkan kerana SMK Derma (7 atlet) dan SMK Padang Behor (4 atlet) berada didalam minggu peperiksaan yang akan berakhir pada hari selasa ini.Bermula pada minggu hadapan jurulatih telah memaklumkan kepada semua atlet supaya menghadiri sesi latihan yang telah diatur tanpa sebarang alasan lagi. Sesi latihan pada pagi ini berakhir pada jam 11.00 pagi..

Untuk makluman juga, pada 19 hingga 23 Oktober ini akan berlangsung Kejohanan Perlis National Fours yang akan berlangsung di Gelanggang Boling Padang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis di bawah anjuran Persekutuan Lawn Bowls Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis. Untuk Kejohanan ini USPTN Perlis akan menghantar 3 Pasukan iaitu dua Pasukan Lelaki dan satu Pasukan Wanita.

Sekian Terima Kasih.....
--
Dari ~~ Rasidi Baharom

Monday, August 15, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Negeri Boling Padang

Tarikh: 14 Ogos 2011

Waktu : 8.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Gelanggang Boling Padang Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis

JSM: Kamis b. Harun

Atlet: 5 Lelaki dan 3 Wanita

Harini telah telah masuk hari yang 14 umat Islam berpuasa, atlet Boling Padang USPTN Perlis memulakan latihan pada pukul 8.00 pagi dengan program latihan yang telah diaturkan oleh JSM pada pagi ini iaitu "Draw in". Sesi latihan yang pertama berakhr pada jam 9.30 pagi dan atlet berehat selama 30 minit. Pada masa rehat ini PPN dan JSM mengambil masa ini untuk memberi taklimat kepada para atlet. Sesi latihan diteruskan pada jam 10.00 pagi dengan ujian kemahiran dilakukan iaitu pertandingan dalaman atau mini pertandingan dikalangan atlet yang hadir pada hari ini.Sesi latihan berakhir pada jam 11.00..pagi

Pada pagi ini juga JSM yang merangkap sebagai Naib Presiden II Persatuan Boling Padang Perlis telah memperkenalkan kepada semua atlet Boling Padang dengan Pengurus pasukan SUKMA Perlis untuk SUKMA Pahang pada 2012 iaitu En. Roslan bin Hashim. Atlet-atlet PLN Perlis ini akan melalui sesi pemilihan terakhir pada November ini untuk ke SUKMA Pahang.

Sekian terima kasih.....
--
dari ~~ Muhamad Rasidi Baharom

Friday, August 12, 2011

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON


Tarikh : 11 Ogos 2011 Masa : 4.00 PM
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Negeri Perlis
Kehadiran : 12 orang atlet
2 orang Jurulatih

Ulasan

1. Merupakan hari pertama latihan bagi bulan Ramadan .Walaupun berpuasa bagi atlet beragama Islam meraka hadir untuk menjalani latihan bersama atlet yang bukan beragama islam.

2. Untuk makluman, dua orang atlet dan seorang jurulatih telah mendapat tajaan dari syarikat ASHWAY selama 3 tahun.mereka ialah Tan Vin Hen ,Amir Syazwan Al Razi b Mohd Syariman dan Zulkefle b Md Nor.

3. Kehadiran memuaskan walaupun di bulan Ramadan. Pada pemantauan kali ini tiada atlet wanita yang hadir ke sesi latihan.
Pada hari ini PPN telah membekalkan bulu tangkis tambahan sebanyak 100 Tabung untuk latihan.

4. Jurulatih menyatakan Bulu Tangkis yang diterima kebanyakannya sudah tamat tempoh penggunaannya. Oleh yang demikian ianya tidak sesuai untuk latihan stroke.

5. Saya juga berbincang dengan jurulatih tentang bagaimana untuk menambah bilangan atlet wanita yang semakin berkurangan pada masa ini. apa yang dirancang adalah dengan cara membuat talent scouting semasa kejohanan tertutup negeri Perlis dan kejohan anjuran Persatuan.

6. Pada jam 5.30 Tamat sesi Pemantauan Sukan Badminton


Laporan dari
Saufik Redzuan b Subri
PPN Badminton


MESYUARAT JKK SUKAN BADMINTON BIL 01/2011

MESYUARAT JKK BADMINTON 01/11

Tarikh : 11 Ogos 2011

Masa :9.30 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat MSNPs

SENARAI KEHADIRAN

Bil

Nama

Jawatan / Jabatan

1

En Hairul Anuar b Abu Bakar

Katua Unit USPTNPs

2.

En Mohd Faris b Hj Sendek

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis

3

En Mahizan b Mustafa

Setiausaha Persatuan Badminton Perlis Merangkap Pengerusi Teknik Jabatan Pelajaran Negeri Perlis

4

En Saufik Redzuan b Subri

PPN Badminton Negeri Perlis

5

En A'Amar b Hashim

Jurulatih Separuh Masa

6

En Zulkefle Md Nor

Jurulatih Separuh Masa

7

Puan Nur Hanani bt Kmarudin

USPTN Perlis (Pencatat)

Tuan Pengarah MSNPs tidak dapat hadir kerana beliau sedang bercuti

Ulasan

1. Mesyuarat JKK yang pertama pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan dan mendapat kerjasama dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis,Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Persatuan Badminton Perlis dan Jurulatih-Jurulatih.

2. Hasil daripada mesyuarat tersebut, semua agensi yang terlibat telah bersetuju dalam membantu program ini supaya berjalan dengan lebih lancar.Pihak persatuan amat berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada pihak USPTNPs kerana membantu dalam penyediaan atlet untuk Negeri Perlis.Dengan wujudnya program ini Negeri Perlis telah mempunyai wakil atlet dalam acara GP Final yang mana sebelum ini belum ada wakil dari Negeri Perlis .Pihak persatuan amat berbangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh atlet.

3. Jabatan Belia dan Sukan juga telah bekerjasama dengan USPTNPs dimana Pihak JBS juga mempunyai program Bakat Badminton Bersama Nusa Mahsuri dibawah umur 12 tahun. Melalui program ini JBS dan USPTNPs telah bekerjasama dimana atlet yang berbakat akan diserapkan terus kedalam program Pelapis Negeri.Sehingga kini seramai 4 orang atlet telah dipilih kedalam Program Pelapis Negeri.

4. Jurulatih menyatakan latihan dijalankan mengikut jadual .Cuma ada sikit permasalahan yang timbul bagi Atlet wanita.Mereka kurang menghadiri latihan.Perancangan yang sedang diaturkan adalah menumpukan kepada kejohanan SUKMA 2012 di Pahang.Kini persiapan yang rapi giat dijalankan.Pihak Persatuan juga memohon untuk penambahan jurulatih untuk Negeri Perlis.Selain itu kami juga merancang meneruskan program pencarian bakat atlet pelapis wanita kerana kuantiti yang sedia ada amat kurang.

5. Pihak persatuan juga memohon kepada pengerusi agar dapat memanjangkan perkara yang dipohon iaitu tentang sewaan gelangang.Ini kerana Dewan latihan yang digunakan oleh atlet pelapis tidak dibantu oleh Kerajaan Negeri .Kos penyelengaraan dewan ini ditanggung sepenuhnya oleh Persatuan Negeri.Memandangkan Persatuan Badminton Negeri Perlis tidak mempunyai pendapatan atau tajaan ini membebankan persatuan .Oleh yang demikian pihak persatuan memohon agar pihak Majlis Sukan Negara dapat membayar sewaan gelanggang bagi mengurangkan bebanan persatuan.

6. Sehingga ke bulan Ogos PPN Badminton menyatakan kuota pertandingan sebanyak 4 bagi sukan Badminton Negeri Perlis telah Berjaya dilaksanakan.Selain itu kita juga telah menyertai beberapa lagi pertandingan yang mana ianya dibantu oleh pihak Persatuan.Antara kejohanan yang di bantu oleh persatuan ialah Terbuka Kedah.Dalam pertandingan ini Tan Vin Hen telah mendapat tempat 16 terbaik keseluruhan.Tan Vin Hen juga telah mendapat pingat Gangsa di MSSM di Pahang dalam acara Perseorangan Lelaki bawah 15 tahun.ini merupakan pencapaian terbaik Negeri Perlis.

7. PPN juga merancang akan mengadakan program Attachment atlet dan jurulatih bersama jurulatih luar .Tetapi ianya masih dalam perancangan dan mungkin akan dijalankan pada bulan Oktober.Selain itu juga PPN merancang program binaan untuk atlet yang akan dijalankan ni Pulau Langkawi. Pada masa ini pihak PPN sedang berbincang dengan pihak Pengurusan LADA.Disamping itu kita akan adakan perlawanan persahabatan dengan Pihak LADA. Pihak Persatuan juga akan mengadkan kejohanan dalam pada bulan September ini.Oleh yang demikian atlet Pelapis Negeri Perlis akan menyertai kejohanan ini.

8. Berita gembira yamg telah diterima oleh pihak USPTNPs ialah 2 orang atlet dan seorang Jurulatih dari negeri Perlis telah mendapat tajaan dari Syarikat ASHWAY selama 3 tahun.Mereka ialah Tan Vin Hen dan Amir Syazwan Al Razi b Mohd Syariman dan bagi jurulatih adalah En Zulkefle b Md Nor. Ini merupakan satu kejayaan dan kebanggaan Negeri Perlis.

9. Pihak USPTNPs berharap dengan kerjasama dari semua agensi program ini akan terus berjaya dan mencapai keputusan yang lebih positif di masa hadapan

Sekian terima kasih

** Laporan tidak dapat dihantar pada hari semalam kerana talian internet di USPTNPs mengalami ganguan selama satu hari.


Laporan Oleh

Saufik Redzuan b Subri

PPN Badminton

Monday, August 8, 2011

Majlis Tanda Tangan Kontrak dan Perjumpaan Bersama JSM Sepak Takraw USPTN Perlis

Pada 5 Ogos 2011 telah berlangsungnya majlis menandatangani kontrak dan perjumpaan bersama Jurulatih Sambilan bagi sukan Sepak Takraw Pusat Latihan Negeri USPTN Perlis. Majlis ringkas ini berlangsung di bilik Ketua Unit USPTN Perlis pada jam 3.30 petang dengan dihadiri oleh kedua-dua JSM iaitu En. Aziz b. Abdullah dan En. Bidi b. Mat Rejab. Ketua Unit memberi taklimat kepada kedua-dua JSM ini mengenai tugas dan tanggungjawap mereka ketika menjadi JSM Sepak Takraw.

Kedua-dua jurulatih dilihat amat bersemangat untuk mejalankan tugas dan diharap dengan pegalaman yang mereka ada dapat membangunkan lagi sukan sepak takraw ini. Untuk makluman juga kedua-kedua jurulatih ini juga telah mempunyai pemain sepak takraw iaitu diperingkat bawah 20 tahun dan juga dibawah umur 17 tahun yang akan menjadi atlet sepak takraw USPTN Perlis.

USPTN Perlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis kerana meluluskan permohonan untuk membuka PLN Sepak Takraw di peringkat USPTN Perlis dan dengan ada PLN sepak takraw ini dapat mengembangkan lagi bakat pemain sepak takraw di Negeri Perlis.

Sekian terima kasih

Dari: ~~ Muhamad Rasidi Baharom