Friday, April 8, 2011

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA SPORTEXCEL SIRKIT 2/2011 PADA 8 HINGGA 10 APRIL 2011 DI VELEDROM CHERAS KUALA LUMPUR

Salam,

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA SPORTEXCEL SIRKIT 2/2011
PADA 8 HINGGA 10 APRIL 2011 DI VELEDROM CHERAS KUALA LUMPUR

Kejohanan ini merupakan Kejohanan trek yang kedua disertai oleh atlet dari PLN Perlis melibatkan seorang Pengurus Pasukan dua orang jurulatih dan lapan orang atlet. Pada mulanya seperti mana di dalam takwim PKBM kejohanan ini akan diadakan di Veledrom Rakyat Ipoh Perak akan tetapi terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakan maka pihak jawatankuasa penganjur terpaksa menukar venaue pertandingan ke Kuala Lumpur. Walaubagaimana pun sedikit sebanyak menjejaskan persiapan pasukan untuk ke kejohanan ini terutamanya dari segi peruntukan kewangan yang diluluskan oleh pihak Cawangan Pelapis MSNM.

Sungguh pun begitu ia tidak mematahkan semangat para pegawai pasukan untuk menyertai kejohanan ini kira-kira 119 orang atlet keseluruhan telah menyertai kejohanan pada kali ini terdiri dari pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu, Akademi Serantau Zon Utara, Sarawak, Serantau Ipoh, PLN Perlis, Pelapis Kebangsaan, Selangor, PLN Selangor, Pahang, Felda Pahang, Johor, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kejohanan ini merupakan persiapan pasukan negeri-negeri untuk menyertai Kejohanan SUKMA yang akan diadakan pada 2 hingga 12 Jun 2011 yang mana pada edisi kali ini acara berbasikal trek sahaja dipertandingkan di Veledrom Cheras Kuala Lumpur. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua atlet yang bertanding di dalam Kejohanan ini yang bermula pada 8/4/2011 dan berakhir pada 10/4/2011.

Sekian, terima kasih.

disediakan oleh:
Hairul Anuar bin Abu Bakar

Taklimat Kepada Ibu Bapa / Waris (Gimrama)

Pihak USPTN Perlis dengan kerjasama pihak SK Behor Empiang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu taklimat / penerangan pelaksanaan Program Pelapis kepada ibu - bapa atlet bagi sukan Gimrama lanjutan daripada program T.I.D yang diadakan pada awal Mac lalu.

Pn. Rokiah (Pen. Kanan Ko-Kurikulum) mempengerusikan majlis




Turut hadir ialah En. Zawawi b. Zakaria
(Ketua Sektor Pengurusan & Pembangunan, JPN Perlis)



Tarikh : 08.04.2011
Masa : 3.30 -5.30 petang
Tempat : Makmal Komputer, SK Behor Empiang
Kehadiran : 21 orang ibu bapa / waris pelajar

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ybhg Puan Rokiah iaitu Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Behor Empiang, 01000 Kangar, Perlis. Seterusnya sesi taklimat berkaitan Program Pelapis khususnya sukan Gimrama telah diberikan oleh pihak PPN dan Jurulatih Gimrama USPTN Perlis. Sesi soal jawab juga turut dijalankan di antara pihak ibu - bapa pelajar dan pihak USPTN Perlis.

Program ini sekaligus juga bertindak sebagai salah satu dari promosi program dan ia sebagai medium untuk menyampaikan butiran program dengan lebih tepat. Sesi penerangan ini juga diharapkan dapat memperjelaskan hala tuju pelajar dalam bidang sukan.

Perbincangan dengan pihak sekolah selepas taklimat memaklumkan bahawa sekolah dalam proses perbincangan bersama pihak JPN Perlis untuk memohon bantuan alatan latihan gimrama seperti bola dan tali. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SK Behor Empiang yang banyak menyokong dan membantu dalam pelaksanaan program ini.

Laporan Oleh:
Aniza bt Roslan
PPN Gimrama

Pemantauan ke Pusat Latihan Memanah di Lapangsasar Memanah Majlis Sukan Negeri Perlis

Tarikh: 7 April 2011

Tempat: Lapangsasar Memanah Majlis Sukan Negeri Perlis

Masa: 5.30 p.m

Jurulatih: Badruhisham Ishak ( JSM Memanah Perlis Md Zain Shafee melakukan latihan di SMK Syed Alwi Kangar Perlis)

Kehadiran: 4 Orang Atlet ( 8 orang atlet di bawah kendalian JSM Basruhisham Ishak terlibat dengan Olahraga MSSPs sebagai Urusetia)

Sesi latihan tertumpu kepada persediaan untuk menyertai Kejohanan Memanah Terbuka UUM yang akan bermula pada minggu hadapan

Kekurangan peralatan terutamanya Arrow yang telah banyak rosak menyebabkan atlet tidak dapat menjalani sesi latihan dengan baik.

Sekian terima kasih

Laporan Oleh
Muhamad Rasidi b Baharom
PPN Boling Padang Dan Memanah

Pemantauan Ke Pusat Latihan Lawn Bowls di Gelanggang Lawn Bowls Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis

Tarikh: 7 April 2011

Temapat: Gelanggang Lawn Bowls Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis

Masa: 4.30 p.m

Jurulatih: Kamis bin Harun

Kehadiran: 9 0rang Atlet (Atlet lain tidak dapat hadir kerana terlibat dengan Olahraga MSSPs dan Kelas Tambahan)

Jurulatih memberi sedikit taklimat sebelum memulakan sesi latihan, taklimat tersebut mengenai sesi pemilihan ke SUKMA Pahang pada 2012 yang akan bermula pada bulan hadapan dan diharapkan atlet Pelapis USPTN Perlis dapat menunjukkan prestasi yang baik sepanjang sesi latihan.

Sesi latihan pada hari pemantauan dilakukan adalah latihan Pairs untuk mengenalpasti kelemahan lawan dan untuk keserasian bersama rakan sepasukan.

Sekian Terima kasih....

Laporan oleh

Muhamad Rasidi b Baharom
PPN Boling Padang dan Memanah