Wednesday, April 6, 2011

Pemantauan Sukan Badminton






Tarikh 5 April 2011


Tempat: Dewan Badminton Kangar


Masa: 3.30 petang


Jurulatih : Di panglu oleh pembantu jurulatih (jurulatih terlibat dengan sukan MSSPs)


Kehadiran : 10 orang atlet


Semasa pemantuan dijalankan pembantu jurulatih mengambil alih kerana jurulatih terlibat dengan kejohanan MSSPs Sukan olahraga.


latihan berjalan lancar walaupun ketiadaan jurulatih.pembantu jurulatih memberi tunjuk ajar dengan baik.


sekian terima kasih



Laporan oleh

Saufik Redzuan B subri

PPN sukan Badminton dan Akuatik Renang

LAWATAN PENGARAH MSN PERLIS/USPTN PERLIS KE SMK ABI BAGI PENUBUHAN PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT


Salam,

Tarikh : 4/4/2011
Masa : 11.00 pagi
Tempat : SMK ABI
Kehadiran : Muhamad Azahari Ramli - Pengarah MSNPs
: En Hasan B. Ebau Noi Pengetua SMK ABI
: Azwadi B. Jusoh - Guru Sukan
: Noor Zaidi B Hamad - Pegawai Belia & Sukan
: Hairul Anuar B Abu Bakar - PKU USPTNPs
: Mior Zuhry Azim B Mior Adnan - PPN Angkat Berat

LAWATAN PENGARAH MSN PERLIS/USPTN PERLIS KE SMK ABI BAGI PENUBUHAN PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT

1. Pengarah menyatakan hasrat untuk menjadikan SMK Abi sebagai pusat kecemerlangan sukan angkat berat di Negeri Perlis. Pada tarikh 4 dan 5 April 2011 pihak MSN Perlis/USPTN Perlis dan JKR telah membuat lawatan ke sekolah tersebut bagi tujuan mengenal pasti tempat untuk dijadikan Gymnasium angkat berat.

2. Pihak sekolah telah bersetuju dan menyediakan bilik/permis sebagai tempat latihan untuk atlet/pelajar menjalani latihan. SMK Abi juga dilengkapi kemudahan asrama dan memudahkan atlet yg tinggal di asrama untuk menjalani latihan.

3. Hasil perbincangan dengan pihak JKR kos menaiktaraf dianggarkan sebanyak RM200.000 bagi tujuan pembinaan pusat latihan tersebut, ini merangkumi pembinaan setor alatan,bilik jurulatih dan platform untuk latihan dan pertandingan.

4. Pengarah juga ingin membuat promosi sukan Angkat Berat dengan mengadakan Pertandingan Angkat Berat Zon utara di sekolah tersebut dan pihak sekolah mengalu-alukan cadangan tersebut serta pihak sekolah akan sentiasa membantu untuk membangunkan sukan angkat berat.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh.
MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN



Tuesday, April 5, 2011

BENGKEL PERIODISASI JURULATIH PROGRAM PELAPIS USPTN PERLIS 2011

Salam,

Bengkel Periodisasi buat julung kalinya dianjurkan oleh USPTN Perlis kepada semua jurulatih yang berada di dalam Program Pelapis di mana melibatkan 9 jenis sukan iaitu angkat berat, memanah, berbasikal, gimrama, lawn bowl, pelayaran, badminton, olahraga dan renang. Seramai 13 orang jurulatih yang terlibat hanya 2 orang jurulatih tidak dapat mengikuti bengkel ini kerana terlibat dengan Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Perlis MSSPs. Bengkel ini berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 4 hingga 6 April 2011. Bengkel ini telah diterajui oleh Ketua Jurulatih Olahraga Pelapis Kebangsaan iaitu Encik Mohd Manshahar Abd Jalil dan diiringi Encik Harun Osman Pengurus Pelapis Kebangsaan bagi memantau sepanjang bengkel ini berlangsung.

Harapan kami dengan terlaksananya bengkel periodisasi ini jurulatih-jurulatih USPTN Perlis dapat menimba ilmu dan dapat melaksanakan penyediaan periodisasi serta dapat menyediakan perancangan yang lebih bersistematik dan lebih berkesan bagi penyediaan pasukan ke kejohanan-kejohanan di peringkat Negeri serta Kebangsaan. Sasaran utama kita adalah terjurus kepada penyediaan pasukan bagi menghadapi Kejohan Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang 2012.

Ucapan terima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis terutama kepada Pengarah Cawangan Pelapis iaitu Encik Jefri Ngadirin di atas sokongan padu kepada program-program pembangunan yang dianjurkan bagi kemajuan sukan di peringkat Negeri dan seterusnya melahirkan jaguh di peringkat antarabangsa.

MESYUARAT JKK ANGKAT BERAT USPTN PERLIS 01/2011


Tarikh : 30/3/2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat MSN Perlis
Kehadiran:
1) Noor Zaidi B Hamad - Pegawai Belia & Sukan (Pengerusi)
2) Mior Zuhry Azim B Mior Adnan - PPN Angkat Berat
3) Mohd Hapis bin Shariff - Jabatan Belia dan Sukan Perlis
4) Rusli B. Othman - Angkat Berat Negeri Perlis
5) Mohd Faiz Musa - Jurulatih Separuh Masa


ULASAN:

1. Mesyuarat JKK berjaya dijalankan dengan jayanya walaupun pada masa yang sama keadaan banjir semakin buruk melanda bandar Kangar. Mendapat kerjasama baik daripada wakil dari MSN Perlis dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis serta Persatuan Angkat Berat Negeri Perlis dan jurulatih di bawah Program Pelapis Negeri Perlis

2. Tiada wakil dari Jabatan Pelajaran Perlis walaupun surat telah dikeluarkan bagi menjemput untuk bersama menghadiri mesyuarat tersebut. Beberapa perkara tidak dapat diselesaikan terutama dari segi pelepasan pelajar menjalani latihan dan permohonan pelepasan ke kejohanan.

3. Jurulatih juga memaklumkan tentang permohonan peruntukan supplement untuk atlet sebagai persediaan menghadapi kejohanan.

4. Wakil dari Jabatan Belia dan Sukan menyatakan akan membantu bagi memudahkan program berjalan dengan lancar.

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh:
MIOR ZUHRY AZIM MIOR ADNAN

Friday, April 1, 2011

Pemantauan Sukan Olahraga






Tarikh : 01.04.2011
Masa : 5.30-6.30 ptg
Tempat : PLN Olahraga
Kehadiran : Atlet - 8 orang
Jurulatih - 1 orang

1. Latihan tetap diadakan walaupun keadaan banjir masih melanda. Ini adalah sebagai persediaan akhir untuk pasukan menyertai Kejohanan MSSPs Olahraga pada 04-07 April akan datang. Talent scouting akan diadakan oleh jurulatih semasa berlangsungnya kejohanan ini.

2. Jurulatih memohon bantuan alatan latihan dan perkara ini selanjutnya akan dibincangkan bersama pihak MSN Perlis kerana dimaklumkan ada peruntukan untuk pembelian peralatan sukan.

3. Kehadiran atlet tidak sepenuhnya kerana keadaan banjir yang masih belum surut. Walau bagaimanapun ada atlet yang bersungguh-sungguh untuk hadir ke sesi latihan termasuklah ada yang dilihat datang dengan menaiki lori. Begitu juga dengan ibu bapa atlet yang sanggup meredah banjir semata-mata untuk menghantar anak mereka menghadiri latihan.

4. Jurulatih begitu komited dan bersungguh-sungguh melakukan latihan. Atlet diberi teguran dan diminta lebih fokus untuk latihan.

5. Pemangku Ketua Unit (PKU), En. Hairul Anuar juga telah turun padang untuk sesi pemantauan kali ini.

Laporan Oleh:
Aniza bt Roslan
PPN Olahraga